Salam mesra..
JJCM kembali bersiaran dari CN. Kali ni CN nak berkongsi tempat makan MEE BANDUNG paling sedap ! Siapa suka mee bandung ? Angkat tangan !
CN tak berapa suka mee bandung ni, yang memang minat giler dengan mee bandung ni, Kak Su (housemate) jer. Tapi bila try mee bandung dekat Restoran Santai di Tesco Rawang ni, terus jatuh cinta RASA pertama ! Ahaks
Serius, memang sedap ! Kuahnya pekat dan pedas..kalau tempat lain, mee bandung banyak rasa udang kering, tapi kat sini takde. Udangnya besar2 dan segar, isi ada macam2, memang confirm kenyang ! Mangkuk besar tau, so kalau nak makan mee bandung dekat sini, kena pastikan memang betul2 lapar.
Air lak, CN suka jus durian belanda. Memang pekat dan menyegarkan. Kak Su dan Kak Pe'ah lak memang suka jus epal kasturi di mana epal hijau diblend bersama asam boi, fuh ! Memang menyegarkan !
Lagi satu, selain ada Restoran Santai dekat Tesco Rawang ni, u all gak boleh shoping baju2 yang gorges dekat sini. Ada banyak booth dan butik di sini. Selalunya, CN dan rakan2 akan ke sini selepas habis sekolah. Makan kasi kenyang then SHOPING ! Hehe
Mee Bandung menggoda JIWA anda ;)
Air Santai apa ntah ! Tapi sedap..soda+jelly
Kegemaran setiap masa : Jus apple kasturi
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.