Salam mesra...
Entry kali ni adalah flashback SAKURA di bumi UNIMAS. Macam dah boleh buat tajuk novel kan? Hehehe.. Untuk pengetahuan semua, UNIMAS atau pun nama penuh UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK yang terletak di Sarawak bumi kenyalang mempunyai sebuah kolej kediaman khas untuk pelajar wanita iaitu KOLEJ SAKURA.
Kolej Sakura terletak bersebelahan dengan Kolej Alamanda & Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, berhadapan dengan Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Kejuruteraan. Ini merupakan tempat paling strategik untuk meng'usyar' mamat hensem dekat Fakulti Kejuruteraan ! Hahahaha