Gambar hiasan dari Google |
Salam mesra..
Musim cuti sekolah ni pasti ramai yang menghadiri majlis kenduri kahwin, tunang, cukur jambul dan pelbagai jenis kenduri. Kad jemputan melambak-lambak kat rumah sempena cuti sekolah ni. Tapi bukan isu kenduri yang CN nak kongsikan dengan pembaca tersayang tapi berkenaan dengan nombor kod negeri di dalam IC penduduk Malaysia.
Kenapa pulak CN berminat nk berkongsi dalam entry kali ni? Ini kerana walaupun CN dilahirkan di Selangor, tapi nombor kod negeri CN berbeza dibandingkan dengan Encik Suami dan Irfan Bambam. Dorang pun dilahirkan di Selangor, tapi mempunyai nombor kod negeri yang sama. CN sorang je lain, tak pasal-pasal CN dipulaukan oleh mereka anak beranak. Tak aci betul ! hehehe