Salam Jumaat..
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Gambar hiasan dari Google |
Salam mesra..
Musim cuti sekolah ni pasti ramai yang menghadiri majlis kenduri kahwin, tunang, cukur jambul dan pelbagai jenis kenduri. Kad jemputan melambak-lambak kat rumah sempena cuti sekolah ni. Tapi bukan isu kenduri yang CN nak kongsikan dengan pembaca tersayang tapi berkenaan dengan nombor kod negeri di dalam IC penduduk Malaysia.
Kenapa pulak CN berminat nk berkongsi dalam entry kali ni? Ini kerana walaupun CN dilahirkan di Selangor, tapi nombor kod negeri CN berbeza dibandingkan dengan Encik Suami dan Irfan Bambam. Dorang pun dilahirkan di Selangor, tapi mempunyai nombor kod negeri yang sama. CN sorang je lain, tak pasal-pasal CN dipulaukan oleh mereka anak beranak. Tak aci betul ! hehehe
Salam mesra..
Hari isnin dan merupakan cuti sekolah ! Bestnyer ! Hari ni diisi dengan melayan anime One Piece. Anime ni memang banyak dalam laptop CN. Cuma lama tak melayan cerita ni sebab kesibukan dalam menguruskan hal rumah tangga, chewah !
Mesti ada yang tak percaya CN pun layan anime kan? Ala..cerita ni best tau ! Kelakar dan penuh aksi. Sekarang Encik Suami pun dah terpengaruh dengan One Piece ni. hehehe...
Hokay..nak sambung melayan One Piece . Akhir kata, selamat bercuti kepada yang bercuti dan selamat bekerja kepada mereka yang bekerja ! Mmuanx ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bercuti bersama bff di Penang
Salam mesra..
8 Langkah Bercuti Bersama Rakan merupakan topik entry CN hari ini. Sememangnya bercuti bersama rakan lagi2 bff akan menjadi percutian yang sangat mengenjoykan. CN sendiri untung sangat sebab bff CN adalah adik kandung sendiri. Kitorang 5 beradik memang sangat2 rapat dan sering share semua benda bersama-sama. Itulah untungnya 5 beradik all gurls ! Memang havoc !
Bukan kisah CN dan adik beradik yang nak diceritakan, tapi tips untuk anda pembaca tersayang tentang 8 Langkah Bercuti Bersama Rakan. Almaklumlah, cuti sekolah mestilah nak bercuti ke mana2 kan? Tips ni CN amik dari akhbar Harian Metro 13/3/2014.
1. Tiket tanggungjawab sendiri
: Selepas melakukan tempahan tiket, biarlah setiap orang bertanggungjawab atas tiket masing-masing. Yelah, buatnya orang yang pegang tiket tu hilangkan semua tiket tu, tak jadi bercuti ler gamaknya.
2. Selesaikan segala permasalahan
: Jika anda mempunyai banyak kerja yang perlu dihantar semasa bercuti, cuba selesaikan semuanya sebelum memulakan percutian. Ini penting supaya percutian anda berjalan lancar dan tidak mempunyai gangguan emosi sesama sendiri.
3. Buat jadual percutian
: Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan disertakan dengan pengangkutan untuk ke sana. Kalau ada pamplet tentang tempat percutian lagi bagus untuk dijadikan rujukan.
4. Percutian mewah atau bajet ?
: Sabaiknya tentukan tema percutian anda. Ini membolehkan anda tahu dari awal hotel kelas apa yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi menjamu selera dan tempat berbelanja.
5. Bawa penutup mata
: Ini mungkin remeh tapi penting. Ini berlaku ada sukar tidur sekiranya lampu tidak dipadamkan sedangkan rakan anda sebaliknya.
6. Tanggungjawab bersama
: Jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti mana diharapkan. Berjaya atau gagalnya percutian itu bergantung daripada persefahaman anda dan rakan-rakan anda.
7. Menjaga satu sama lain
: Walaupun ada kalanya rakan anda itu terlalu menjengkelkan sepanjang bercuti, mereka adalah saudara terdekat anda di destinasi percutian anda. Lebih-lebih lagi saat anda bercuti di luar negara. Jadi, seharusnya anda dan rakan2 anda saling menjaga satu sama lain sehingga selamat sampai di rumah.
8. Elakkan gajet
: Percutian harus dinikmati. Jangan biarkan gajet merampas segala kesempatan anda untuk menikmati tempat percutian yang dikunjungi. Lebih baik anda berborak atau bertukar cerita bersama rakan yang ada di depan mata berbanding asyik berhubung bersama mereka yang jauh di sana.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~