cerita pendidikan
PT3 Geografi 2014 : Langkah/Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Udara
July 03, 2014
PT3 Geografi 2014 : Langkah/Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Udara
Langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara merupakan bahagian terakhir untuk kajian kes PT3 Geografi. Markah penuh adalah 20 markah dimana pelajar dikehendaki untuk memberikan cadangan yang relevan dan kritis untuk mendapatkan markah penuh. Setiap idea pelajar mestilah disertakan bersama huraian yang tepat dan contoh berkaitan kawasan kajian. Berikut merupakan beberapa langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara yang boleh dijadikan rujukan. Diingat sekali lagi, pelajar mesti menghuraikan cadangan tersebut menggunakan ayat sendiri dengan relevan dan kritis.
PT3 Geografi 2014 : Kesan Pencemaran Udara
Pelajar akan diberi markah penuh iaitu 20 jika pelajar menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian. Berikut merupakan kesan-kesan pencemaran udara di kawasan kajian serta contohnya. Reminder, calon PT3 Geografi 2014 hendaklah menghuraikan kesan kejadian dibawah dengan menggunakan ayat sendiri.
1. Jerebu : Contoh, indeks IPU di kawasan kajian agak tinggi dan tidak sihat.
2. Gangguan kesihatan : Contoh, pencemaran udara telah menyebabkan pelbagai penyakit seperti lelah, asma dan batuk.
3. Hujan asid : Contoh, hujan asid telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~