Gambar Google
Tips hilangkan jeragat dan bintik hitam : Jeragat dan bintik hitam merupakan benda yang paling dibenci oleh wanita. Alhamdulillah, wajah CN masih lagi terhindar dari jeragat. Cuma bintik hitam susah nak hilang. Agak menyibuk bintik2 hitam di hidung CN. Jadi di sini CN ingin berkongsi dengan anda cara CN kurangkan bintik hitam di wajah secara semulajadi.
Cara-caranya :
Sediakan daun betik, beras dan kulit kayu manis. Rendamkan beras semalaman sehingga kembang. Setelah itu kisar atau tumbuk bersama daun betik serta kulit kayu manis. Jangan lupa tambahkan sedikit air. Sapukan pada kulit dan biarkan kering selama 30 minit. Ketika masih lembap, gosok seperti scrub dan barulah dicuci. Bilaskan dengan air suam. Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar sumber Google
Khasiat bilberry untuk mata anda : Tahukah anda bahawa buah bilberry mampu memperbaiki penglihatan pada waktu malam? buah bilberry adalah kelompok yang sama dengan blueberry. Ada kajian menyatakan bahawa dengan mengambil kira-kira 25 hingga 50 mg ekstrak buah bilberry, kesannya akan kelihatan pada masa setengah jam ! Jadi untuk anda yang akan balik kampung pada waktu malam, cubalah mengambil ekstrak buah bilberry sebelum memulakan perjalanan. Lagi best kalau beli buah bilberry dan buat kudapan masa tengah drive, selain rasanya yang masam yang boleh menghilangkan mengantuk, ia juga bagus untuk penglihatan kita pada waktu malam, 2 in 1 !
Selamat pulang ke kampung halaman dan hati-hati semasa memandu ...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN memang respect dekat SURIRUMAH sepenuh masa. Sangat besar jasamu wahai surirumah sepenuh masa. Kepada Encik Suami di luar sana, sila hargai jasa isteri anda....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~