Salam jumaat
Manusia biasa macam kita sering kali melakukan kesilapan.Kesilapan ini kadang2 tidak disedari sekiranya tiada sesiapa yang menegur.Tetapi tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukan apa yang ditegur kerana sifat EGO. Bukan ego yang menjadi topik, tetapi adalah motif menegur.
Jika motif menegur seseorang untuk tujuan penambahbaikan, amat dialu-alukan. Tetapi bagaimana jika motif menegur seseorang itu adalah untuk menunjukkan kehebatan diri dari orang yang ditegur itu? Perlukah menegur orang dengan niat menjatuhkan maruah?