Uncang teh pun boleh dibuat pelbagai bentuk. Bukan bentuk biasa, tapi sangat unik dan pelik ! Tak percaya? Jom tengok
1. Orang malas
2. Penguin Pool
3. Tapis pokok
4. Ikan berenang
5. Anjing laut comel
6. Robot air
Mana satu pilihan anda?
CN suka orang malas dengan ikan berenang. Rasa-rasanya tak sempat nak rendam teh tu, Irfan dah amik orang malas tu buat main ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Encik Suami bersama shirt EFG tersayang |
Tadi CN mengemas baju dalam almari. Cuti sekolah, projek biasa mestilah mengemas almari yang serabut tu. Dalam duk mengemas, CN cari shirt couple dan letakkan sekali. Nanti senang cari bila nak pakai dengan Encik Suami.
Paling tak sangka kan rupa-rupanya CN banyak shirt couple warna hitam. Shirt #MSUCares & Save Gaza ni di beli sempena menderma. Best menderma dapat shirt, boleh dipakai kan. Shirt EFG ni special sikit. Shirt pertama CN ada nama blog, memang bangga pakai. Tak sangka CN seorang blogger...wee
Antara shirt hitam CN dan Encik Suami |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa
Sudah lama CN tidak buat entry tentang ranking Alexa blog cekgunorazimah.com ni. Entry terakhir tentang ranking Alexa ini adalah pada 29012015. Selepas itu CN malas nak up entry tentang Alexa sebab ranking dalam Malaysia adalah no data. Buat apa nak up entry sebab no data kan?
Sampai la bulan April, data kembali tetapi menjunam ke angka 3k. Pergh ! Memang dasyat. Tapi takpelah, bila dah ada data, boleh pantau prestasi blog kan?
Global Traffic Rank : 471,168
Malaysia Traffic Rank : 3,538
Walau bagaimanapun, CN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca cekgunorazimah.com yang tidak pernah jemu singgah ke blog CN dan datang mengomen. Tanpa anda, siapalah CN.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pusat Internet 1 Malaysia
Program Pusat Internet 1Malaysia merupakan satu program kerajaan untuk rakyat termiskin di bandar dan juga luar bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan sosio ekonomi penduduk berpendapatan rendah.
Pusat Internet 1Malaysia menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran yang amat minimun. Program ini telah dilaksanakan seawal tahun 2013 hingga kini. Masa CN habis belajar, CN pernah ditawarkan bekerja sebagai penyelia di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Datuk Harun, oleh sebab masalah pengangkutan, CN terpaksa tolak tawaran tersebut.
Baru-baru ini, Pusat Internet 1Malaysia cawangan Telok Panglima Garang telah menawarkan Program Kursus Adobe Hunt (Photoshop) kepada 20 orang pelajar dari SMK Telok Panglima Garang. Selaku guru ICT, CN bersama 2 orang lagi rakan guru telah berkolaborasi bersama Pusat Internet 1Malaysia Telok Panglima Garang mengadakan kursus tersebut selama 2 hari iaitu Sabtu & Ahad minggu lepas.
Pelajar telah dibahagi kepada 2 kumpulan untuk 2 hari belajar tentang Adobe Photoshop. Penyertaan adalah PERCUMA. Kalau di tempat lain, sekurang-kurangnya RM50 melayang untuk kursus seperti ini. Tapi di Pusat Internet 1Malaysia, kursus ini adalah percuma. Menarik bukan?
Fasilitator untuk kursus 2 hari tersebut adalah dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Telok Panglima Garang sendiri. Selain belajar tentang Adobe Photoshop, pertandingan merekacipta poster juga turut diadakan untuk menguji tahap kefahaman peserta. Tempat kursus tersebut adalah di Pusat Internet 1Malaysia Telok Panglima Garang yang terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan.
Alhamdulillah, feedback dari peserta kursus, mereka memang sukakan kursus sebegini. Peserta juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang dibelajar melalui pertandingan yang diadakan selepas kursus tersebut. Paling best tentulah venue kursus yang selesa dan mempunyai Internet yang berkelajuan tinggi. InsyaAllah, pada Jun nanti, akan diadakan lagi kursus dengan topik yang lain bersama pihak Pusat Internet 1Malaysia lagi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~