Irfan Hensem
Masih lagi dalam mood bercuti, pelbagai aktiviti bersama si kecil Irfan Hensem. Memang best cuti ni, boleh cuba pelbagai aktiviti dengan budak kecik ni. Yela, sebagai seorang mama, kenalah kreatif mencipta permainan untuk perkembangan si kecil.
Ada orang bertanya, kenapa CN duk letak #IrfanHensem dalam Instagram. Hensem sangat ke Irfan tu? Alahai..sebagai seorang mama, kata-kata tu merupakan doa. Kalau setiap hari CN doakan Irfan hensem, InsyaAllah, bila besar nanti hensem lah budak tu. Sama juga dengan pujian lain macam "Irfan pandai", "Irfan cerdik", "Irfan anak soleh", CN memang tak lokek untuk memuji Irfan bila dia buat sesuatu yang baik. Anak sendiri kan?
Lagi pun menurut kajian, anak-anak yang sering dipuji akan lebih konfiden berbanding anak yang tidak atau jarang dipuji oleh ibubapa. Jadi, mulakan hari ini dengan memuji anak kecil anda. Biarlah orang nak kata apa, mulut orang tak boleh tutup..weeee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~