Dhia Zahra itu Sinaran Bunga
Alhamdulillah pada 30 March 2016 yang lalu, ketika azan Zohor berkumandang, lahirlah puteri CN yang diberi nama Dhia Zahra seberat 3.78kg. Lima hari CN warded di Hospital Banting menantikan kelahiran si kecil ini, akhirnya pada 30 March itu, doktor decide untuk melakukan induced ekoran overdue dari expected due date iaitu 23 March.
Dhia Zahra |
Pengalaman di induced sama seperti kelahiran Irfan dulu, cuma bezanya tempoh kelahiran kali kedua ini lebih 'singkat' kerana Irfan dulu lahir ketika hampir azan Asar sedangkan adiknya lahir ketika sesudah azan Zohor. Dan yang paling surprised adalah si adik lagi 'semangat' berbanding abangnya. Jika Irfan dulu 3.5kg, adiknya pulak 3.78kg. Inilah masalah bila si mama suka makan nasi ketika preggy. Kan anak beso-beso ! Hehehe
Walau bagaimanapun, CN bersyukur kerana kedua-dua kelahiran anak CN adalah normal. Berkat berlatih cara meneran yang betul, luka perinium pun minima. Sesungguhnya jika diberi pilihan, CN tidak kisah untuk bawak perut besar selama 9 bulan, tetapi untuk bersalin lagi dan berpantang lagi, memang kena ambil masa bertahun la jawabnya. CN memang salute pada ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai, 'Anda memang hebat !!!"
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~