Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. CN amat rekemen beri anak anda tonton Lagu Animasi ini, baby bawah setahun pun layan juga. Silap-silap mak bapak pun layan sekali. Memang layan betul. Semua lagu best. Sudah lebih 130 Juta Views di Youtube tau!
Tak Caya? Cuba Tengok Video dibawah.
Lagu Kalau Rasa Gembira
Lagu Chan Mali Chan
Lagu Lompat Si Katak Lompat
Haaa... layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends anak anda boleh tonton di Youtube dan Astro Ceria. Gerenti layan punyalah...
Ada yang nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh terus beli online di website The Baby Store . Ada Volume 1 dan Volume 2. Stok amat terhad.
Selamat Hari Guru buat diri sendiri dan juga rakan-rakan guru di seluruh Malaysia. Tahun ni merupakan tahun ketujuh CN bergelar seorang guru dan tahun ini juga merupakan tahun pertama CN tak dapat sambut hari guru kerana cuti bersalin ! Waa.. Its ok, ucapan selamat hari guru tetap diterima di media sosial dari pelajar2 tersayang. Yang paling terharu, ex-student CN di SMK St Mary yang kini telah berumur 23 tahun masih tetap tidak melupakan memberi ucapan hari guru buat gurunya yang jauh di Banting.
Jika tahun lepas, tema sambutan hari guru adalah 'back to school', tahun ini pula tema adalah kembar. Tak sabar tunggu gambar2 kembar dari rakan-rakan guru di SMKTPG. Mesti havoc sebab dorang semua sporting.
Jika tahun lepas, tema sambutan hari guru adalah 'back to school', tahun ini pula tema adalah kembar. Tak sabar tunggu gambar2 kembar dari rakan-rakan guru di SMKTPG. Mesti havoc sebab dorang semua sporting.
~ Cerita Cikgu dari Cikgu Norazimah ~