Hati yang BERSYUKUR dan SENYUM yang ceria
Serta FIKIRAN yang baik-baik kerana KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN akan ada dalam setiap KESYUKURAN
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Krabi adalah antara destinasi percutian target CN. InsyaAllah, bila BabyDhia dah besar sikit, memang akan menjejakkan kaki ke sana. Kalau nak bercuti ke pulau, lagi-lagi tempat jauh kena naik flight, mestilah sekurang-kurangnya 4 hari di sana, barulah berbaloi ! Jangan risau tentang flight dan penginapan, semuanya ada di https://www.traveloka.com/en-my/. Ada banyak promosi menarik lagi-lagi hujung tahun ni tau. CN yang saja-saja duk survey pun rambang mata tengok promosi menarik di sana. Jangan risau tentang perancangan last minute, semua boleh setle hanya di hujung jari!
Pengalaman percutian 4 hari di Krabi
Ok, meh CN nak kongsi sikit pengalaman kawan CN bercuti 4 hari ke Krabi. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anda yang dalam perancangan bercuti ke sana.
Ok, so fast forward to our 4 days trip in Krabi. Kitorang dijemput oleh hotel limo sebaik saja touched down di Krabi International Airport. Perjalanan dari airport ke hotel ni tak jauh pun. Lebih kurang 10 km je. I booked Rayavadee Resort, sebuah hotel lima bintang yang terletak di Railay beach sebab orang cakap area ni paling senang nak gerak ke mana-mana since ia terletak berhampiran pusat bandar. Dari apa yang I noticed, walaupun Krabi hanyalah merupakan sebuah bandar kecil, kepadatan hotel di sini dah sama macam hotels di Bangkok. Jadi, untuk korang yang tak sempat nak prebook tempat penginapan, jangan risau sebab banyak gila accomodation kat sekitar area ni. U can find from asrama bajet to posh Krabi hotel. U can just walk in to check in. Once dah sampai resort, I was in an awe to discover how luxurious yet tranquil the resort was. Villa kitorang merupakan sebuah spa pavillion. Equipped with and outdoor Jacuzzi, shower, sun lounges and a gazebo for total relaxation. Semua bilik di sini juga dilengkapi dengan flat screen satellite TV with DVD/CD player and servis wireless internet. Hairdryer, flashlight, slippers and bathrobes as well as tea and coffee making facilities. Signature bath amenities were also provided. Ambient kat sini sangat la tenang dan damai. Dan yang paling penting, romantik sangat. Dapat la I hilangkan stress keje.
Rayavadee Resort : Family pavilion with pool |
Terletak berdekatan pantai yang mempunyai pemandangan yang cantik dan memukau, I rasa bernasib baik sebab pilih resort ni from all other hotels in Krabi. Selain bilik dan kemudahan lain, I juga berpeluang to pamper myself at their spa. Betul la orang cakap, treatment dari spa Thailand is the best! Rasa rejuvanated lepas spend sehari suntuk kat sana. Waktu malam ktorg kat sini dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan pusing bandar. Sempat la shopping pakaian dan cenderamata untuk geng-geng di KL. Semuanya murah, I sampai kena beli extra luggage just untuk isi barang-barang yang baru dibeli. Waktu pagi, habis je sarapan, my husband and I ambik pakej untuk melawat ke taman-taman negara yang berada di sekitar pulau-pulau di sini. Antara seperti Koh Phi Phi, Koh Yao Yai dan Koh Yao Noi. Air jernih tu takyah cakap la, ditambah pula dengan adanya pelbagai jenis kehidupan marin yang lain di samping penduduk tempatan pulau-pulau yang bergantung hidup dengan aktiviti laut ni membuatkan tempat-tempat ini sangat unik. Seharian ktorg buat island hopping dengan pakej yang dibeli daripada resort kitorang.
The Emerald Pool (credit: travelingroundtheworld.com)
On our third day, kitorang ke sebuah hutan simpan yang terletak lebih kurang sejam lebih dari pusat bandar Krabi. Tak sangka, selain laut, Krabi juga kaya dengan kehijauan hutan rimbanya. Dalam hutan simpan ni, terdapat sumber air panas yang berpunca daripada lohong gunung berapi di bawah tanah. Selain itu, terdapat juga sebuah kolam semulajadi yang dipanggil Emerald pool atau Crystal pool. Ramai pengunjung ke sini mengambil peluang untuk menyegarkan badan di samping bergambar di sekitar kawasan ni. Banyak burung-burung yang jarang dilihat juga boleh dijumpai di sini. Lepas habis pusing kawasan hutan simpan di situ, ktorg balik semula ke area Ao Nang beach untuk cari makanan. I boleh guarantee kalau I duduk lama kat sini, lagi bertambah laa berat badan I. Semua hidangan Siam is so irresistable to mee. Haih! The next day, we checked out at 11 am and left Krabi. Ternyata ini merupakan pengalaman percutian yang sangat memorable buat I.
Fuh ! Eksited kan dengan cerita kawan CN ni? Harap pengalaman percutiannya 4 hari ke Krabi boleh dijadikan rujukan buat anda.
Selamat bercuti !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pertama kali CN join event blogger iaitu Blogger Movie Day Out yang berlangsung di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada 23 November 2016 anjuran Denaihati Network. Memang meriah dan havoc! Tayangan preview filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng itu disertai ramai rakan blogger. Tapi sayang CN tak sempat bergambar dengan rakan-rakan blogger disebabkan Irfan Hensem yang demam tapi nak ikut gak!
Cipta Rekod Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Tahu tak, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah berjaya mencipta rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi filem tempatan iaitu sebanyak 121 pawagam ! Filem ini memang sesuai ditonton seisi keluarga. Sempena cuti sekolah tu, apa kata bawa anak-anak anda datang menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Irfan Hensem yang demam pun sangat teruja menonton filem ini. Apabila part kelakar, kemain anak bujang CN tu ketawa hoverr. Sudah tentu bila part konsert Awie, anak bujang CN sorang tu duk goyang-goyang kepala dengan lagu Yubi Band yang catchy dan mudah untuk diikut.
Irfan Hensem yang serupa dengan Ipin yang botak gondol ! Goodies bag tu dia dah claim "ni Irfan punya!" ! Adoii |
CN bagi 5 bintang untuk Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
1. Jalan cerita yang menarik
:Memang tidak mengecewakan filem yang melibatkan KRU Production. Walaupun ada part yang tidak 'real' ketika Aqish bersama dengan Upin Ipin, bagi CN itu bukan masalah besar. Jalan cerita tu yang amat penting. Serius, jalan cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini memang menarik. Part gaduh pun jadi kelakar, sebab tu CN cakap filem ini amat sesuai ditonton untuk seisi keluarga.
Haruslah bergambar juga kan? Hehehe |
2. Awie yang menghiburkan
: Tagline Awie - Ini semua poyo menjadi ikutan Irfan Hensem. Memang tidak mengecewakan apabila pelakon kesukaan CN ni berlakon. Suka sangat ! Ramai budak-budak memang sukakan Awie.
CN bawak keluarga kecil CN bersama adik bongsu dan ayah mertua tau, 5 tiket free gituww |
3. Latar belakang filem yang menarik
: Apabila menonton filem ini, tempat pertama yang CN nampak adalah Tandom Hill. Ditambah dengan teknik CGI, fuh, cantik giler tempat tu. Confirm lepas ni makin ramai la orang berpusu-pusu ke sana.
Baby Dhia pun nak posing tawww |
Okay, takmo cerita panjang-panjang. Nanti tak Jeng Jeng Jeng la pulak kan? Jangan lupa datang beramai-ramai menonton Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan anda. Sokong filem tempatan kita !
Baby Dhia yang sangat aktif sebelum tayangan bermula. Alhamdulillah, kali pertama bawa baby Dhia tengok wayang, budak bambam ni behave je. |
Lagu Tema Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Jom layan dulu lagu tema Ipin Ipin Jeng Jeng Jeng nyanyian Yubi Band. Jeng Jeng Jeng...Jeng Jeng Jeng..
Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! - Yubi Band feat. Upin & Ipin
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Musim baru bermula kini
Hidup aku menyumbang bakti
Untuk insan yang memohon bakti
Moga usaha aku diberkati
Tak kaya takpa, janji aku happy
Tak kaya takpa, janji aku happy
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Ooo…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Dulu aku gah, kini aku melatah
Mungkin usia dan selera berubah
Atau ku yang masih di takuk lama
Sampai masa, ku pasti jadi tua
Tak kaya takpa, janji aku happy
(Betul, betul, betul!)
Tak kaya takpa, janji aku happy
Aku happy, yeah yeah…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…
Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Jeng, jeng, jeng!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahukah anda apa itu SSPN-i Plus? Ia merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahkan daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Paling menarik sudah tentu SSPN-i Plus ini menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan serta bayaran sumbangan takaful bergantung kepada pakej yang dipilih iaitu serendah RM30 hingga RM500.
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus ONLINE
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
Cara buka akaun SSPN-i secara online |
2. Pilih butang >> Pembukaan Akaun
3. Akan dipaparkan Maklumat Akaun yang perlu ada isi.
4. Apabila maklumat telah lengkap diisi, klik butang >> SETERUSNYA
5. Untuk Maklumat Pakej, anda boleh memilih pakej mana yang berkenan di hati. Terdapat 6 pakej yang ditawarkan serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Pelan Simpanan (Pakej) |
6. Pilih jenis pakej pilihan hati dan tekan butang >> SETERUSNYA
7. Paparan mengenai Pakej Simpanan anda akan dipaparkan. Jika bersetuju dengan pilihan pakej anda, tekan butang >> SETERUSNYA
8. Anda perlu mengisi beberapa maklumat lagi dan tekan butang >> SETERUSNYA
9. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
10. Kemudian anda perlu tick akad yang memaparkan nama anda. kemudian tekan butang >> BAYARAN
11. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
2. Pilih butang >> Penambahan Deposit
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online |
3. Masukkan nombor K.P anda dan tekan butang CARI. Maklumat tentang akaun anda akan dipaparkan. Pilih butang >> BAYAR.
4. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
5. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Jom buka akaun SSPN-i Plus ONLINE sekarang juga !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~