Nursing bra merupakan antara item wajib ada untuk ibu yang menyusukan anak. Paling penting kegunaan nursing bra ini adalah ketika keluar bersama si kecil, tak perlu nak selak semua bila pakai nursing bra ni. Lagi-lagi bila anda memakai nursing bra yang mempunyai klip tu. Fuh, sungguh pantas untuk men'diam'kan si kecil anda yang tengah kehausan tu. Sebenarnya ada banyak jenama nursing bra di pasaran. Tetapi untuk mencari nursing bra murah dengan kualiti yang menakjubkan agak sukar. Setelah mencuba beberapa jenis nursing bra, bagi CN, nursing bra Shapee menjadi pilihan kerana harganya bawah RM50 dan sangat selesa dipakai.
Apa yang menariknya tentang nursing bra Shapee ini adalah direka tanpa dawai yang memberi sokongan 360°. Sangat selesa dan boleh dipakai ketika tidur.
Talinya juga bersifat non-slip dimana tidak mudah terjatuh dan untuk sokongan maksimum. Sifat utama pada nursing bra adalah klip pada talinya. Nursing bra Shapee mempunyai rekaan klip yang sangat fleksibel.
Paling CN suka sudah tentu material nursing bra Shapee ini dari nylon dan spandex yang sangat selesa. Rasa sejuk je bila dipakai. Bra padnya juga boleh dibuka dan diganti. Menarik kan?
Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu hitam, pink & nude. Ehem, CN dah ada koleksi hitam & nude yang super gorgeous, nak tambah koleksi pink pulok! Hehehe
Nursing bra Shapee ini menawarkan 3 saiz iaitu :
M: 32D/34B/34C
L: 34D/36B/36C
XL:36D/38B/38C
Nursing bra yang murah dan selesa ini cuma berharga RM45 sahaja! Murah kan?
Nursing bra Shapee yang murah dan selesa |
Nursing bra Shapee yang murah dan selesa |
Nursing bra murah dari jenama Shapee
Apa yang menariknya tentang nursing bra Shapee ini adalah direka tanpa dawai yang memberi sokongan 360°. Sangat selesa dan boleh dipakai ketika tidur.
Talinya juga bersifat non-slip dimana tidak mudah terjatuh dan untuk sokongan maksimum. Sifat utama pada nursing bra adalah klip pada talinya. Nursing bra Shapee mempunyai rekaan klip yang sangat fleksibel.
Paling CN suka sudah tentu material nursing bra Shapee ini dari nylon dan spandex yang sangat selesa. Rasa sejuk je bila dipakai. Bra padnya juga boleh dibuka dan diganti. Menarik kan?
Nursing bra Shapee |
Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu hitam, pink & nude. Ehem, CN dah ada koleksi hitam & nude yang super gorgeous, nak tambah koleksi pink pulok! Hehehe
Nursing bra Shapee ini menawarkan 3 saiz iaitu :
M: 32D/34B/34C
L: 34D/36B/36C
XL:36D/38B/38C
Harga nursing bra Shapee
Nursing bra yang murah dan selesa ini cuma berharga RM45 sahaja! Murah kan?
Nursing bra murah jenama Shapee |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ehem ! Bagaikan BOSS pulak gambar anak bujang CN sorang ni. Gambar ni Irfan sendiri yang minta CN ambilkan tau. Dah pandai suruh-suruh CN ambilkan gambar lagi bila jumpa port yang menarik. Nampaknya didikan dari kecil untuk menjadi model www.cekgunorazimah.com telah berjaya CN terapkan pada Irfan Hensem ! Heheheh...
Irfan Hensem bagaikan BOSS |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila ada Noxxa ni memang senang hidup CN. Hari-hari bawak bekal pergi sekolah tau. Sudah tentu resepi paling mudah adalah nasi goreng. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda cara membuat nasi goreng tomyam menggunakan periuk Noxxa. Ketung ketang dah siap ! Jom cuba resepi nasi goreng tomyam yang sangat mudah ini.
Bahan-bahan nasi goreng Noxxa
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis (optional)
Beberapa ekor udang
Beberapa ekor udang
5 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
Pes tomyam Adabi
Pes tomyam Adabi
Secubit garam
Beras di basuh dan ditoskan
Air ikut sukatan beras
Cara-cara membuat nasi goreng Noxxa
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi
2. Tekan mode 'STIR FRY' & ON
3. Masukkan minyak masak sedikit dan bila panas, masukkan ikan bilis. Tumis hingga garing. Bila dah garing, angkat dan asingkan.
4. Masukkan bahan tumbuk tadi dan pes tomyam. Tumis hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan beras dan air serta garam secukup rasa serta udang.
6. Off mode STIR FRY dan tutup ketat penutup periuk Noxxa tu. (Jangan tutup penutup periuk semasa mode STIR FRY ye)
7. Tukar kepada mode 'HIGH PRESSURE' dan set kepada 7 minit.
8. Selepas masak, masukkan ikan bilis tadi. Tadaa ! Dah siap nasi goreng Noxxa!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan & Dhia Zahra kadang-kadang rapat macam belangkas, tapi bila bergaduh, dah macam anak kucing bergaduh duk auww auww si Dhia Zahra tu. Almaklumlah, tak boleh bercakap lagi. Menjerit la yang dia pandai. Si Abang Irfan pun memang suka menyakat. Lagi si adik menjerit, lagi si abang duk sakat !
Inilah permata hati CN. Merekalah racun dan merekalah penawar. Rasa sejuk je hati bila tengok gambar ni. Seronok tengok ikatan adik beradik antara mereka. CN percaya pasti ramai mak-mak diluar sana yang rasa apa yang CN rasa kan?
Inilah permata hati CN. Merekalah racun dan merekalah penawar. Rasa sejuk je hati bila tengok gambar ni. Seronok tengok ikatan adik beradik antara mereka. CN percaya pasti ramai mak-mak diluar sana yang rasa apa yang CN rasa kan?
Tahniah kepada Les' Copaque Production yang baru saja menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube untuk pencapaian jumlah subscriber seramai 1 Juta (Gold) dan 100, 000 (Silver) di YouTube Channel Les' Copaque ! YouTube Channel Les' Copaque yang telah diwujudkan pada 2009 itu bertujuan untuk berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat Les' Copaque. Malah mereka telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012.
Team New Media yang menguruskan You Tube Channel Les' Copaque Dari Kiri : Firdaus, Hafiz, Naquyah, Hj Burhanuddin, Hajah Ainon, Mohd Zarin dan Azhar. |
Syarikat Les' Copaque Production dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.
Dengan 1,000,000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bubur pulut hitam antara bubur manis kegemaran CN. Kalau dapat makan ni, memang tak sedar dah makan bermangkuk-mangkuk. Lagi-lagi bubur pulut hitam ni dimakan panas-panas ! Fuh, sedapnya! Meh sini CN kongsi dengan anda resepi bubur pulut hitam yang sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan periuk kesayangan ramai iaitu Noxxa.
Selamat mencuba !
Selamat mencuba !
Bubur bubur pulut hitam Noxxa
Resepi Bubur Pulut Hitam |
Bahan-bahan membuat bubur pulut hitam
>> 2 cawan beras pulut hitam (direndam 30 minit dan toskan)
>> 2 cawan santan
>> 4 cawan air
>> 1 cawan gula (nak sedap boleh letak gula perang)
>> Sehelai daun pandan yang diikat
>> Secubit garam
Cara-cara membuat bubur pulut hitam menggunakan Noxxa
>> Masukkan beras pulut hitam, air serta daun pandan ke dalam inner pot.
>> Tutupkan periuk dan tekan mode HP 45 minit
>> Setelah 45 minit, release kan wap dan tekan mode STIR FRY
>> Masukkan santan, gula dan sedikit garam.
>> Kacau sebati dan didihkan selama 5 minit.
>> Siap bubur pulut hitam Noxxa yang super sedap dan maveles !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hasil berbakti kepada tanah. Gemuk-gemuk kan timun ni? Nyam..nyam..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hari-hari soalan yang sama keluar dari mulut CN dan juga Encik Suami iaitu "Irfan belajar apa dekat sekolah harini?".
Ok, Irfan cakap dekat sekolah dia belajar main 'playdoh'. Gambar main playdoh tu tak ada pulak cikgunya ambil. Tapi dalam group wasap ibubapa ada gambar kawan-kawan Irfan main playdoh tu. Irfan cakap dia buat huruf A dengan playdoh tau. Kemain suka dia bercerita...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amy Search? Siapa? Rasanya itu yang berada di fikiran Irfan Hensem & Dhia Zahra. Terkebil-kebil dorang tengok ayah dan atuk yang sangat eksited dapat berjumpa dengan lagenda rock iaitu Amy Search.
CN? Its ok, i tukang ambil gambar je. Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Permainan gamelan tidak asing lagi bagi keluarga Encik Suami kerana ayah mertua CN adalah tenaga pengajar gamelan jawa di SMK Jenjarom. Kumpulan gamelan dari SMK Jenjarom sentiasa mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Tidak kurang juga untuk majlis kenduri kahwin. Selaku cucu kepada tenaga pengajar gamelan jawa ini, Dhia Zahra tidak terkecuali turut 'meminati' alat muzik gemelan ini.
Tengoklah gambar di bawah, betapa seronoknya Dhia Zahra mencuba alat gamelan. Siap muka puas hati gituww.
Tengoklah gambar di bawah, betapa seronoknya Dhia Zahra mencuba alat gamelan. Siap muka puas hati gituww.
Dhia Zahra seronok bermain gamelan jawa |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah, dalam banyak-banyak jajan yang Irfan suka, Kinder Joy ni paling terketaq tangan nak beli. Mahal oii, lepastu mainan entah apa-apa. Setakat Irfan dah berumur 4 tahun, baru sekali CN terkantoi jajan ni dengan Irfan. Ni sebab iklan dekat tv la yang buat Irfan kenal jajan ni, lepastu boleh pulak dia nampak dan terus pegang. Ingat nak buat kebal je, boleh pulak anak bujang CN tu duk melalak dekat situ.
Fuh ! Kena lagi berhati-hati ketika shopping lepas ni, pastikan Irfan tidak nampak jajan ni. Begitu juga dengan anda, seram oii nak beli jajan ni ! Hehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sudah masuk minggu ke dua baru CN berkesempatan bercerita tentang Irfan yang baru bersekolah. Disebabkan CN sekolah pagi, Encik Suami yang uruskan Irfan. Pada hari pertama, memang ber'perang' juga Irfan dengan ayahnya. Almaklumlah, pagi-pagi disuruh mandi. Memanglah dia marah!
Tapi apabila dihantar ke sekolah, Encik Suami cuma tunggu sampai pukul 8.30 je. Irfan sendiri yang 'halau' ayahnya suruh keje....alhamdulillah. Anak bujang CN ni tak menangis disekolah. Masa balik sekolah pun sama, duduk diam je tunggu ayahnya datang. Alahai la anak..bersopan sungguh depan orang. Kalau dirumah dialah JUARA ! Hehehehe
Irfan Hensem bersedia ke sekolah |
Tunggu CN balik sekolah, eksited tau belagak cakap dia pergi sekolah |
Balik sekolah lapar mintak roti canai ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Yeke? Tak kan la selebet sangat? Isy, isy, isy..setakat ni dukung Dhia CN mampu lagi pakai wedges hokay. Cuma part tangan anak tak duduk diam tu betul ! Sabo jela..tapi tapi, CN masih mampu jalan ala-ala catwalk dekat AEON Bukit Tinggi tu sambil dukung Dhia tau. Kira tak ada lah selebet sangat ! Hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, blog cekgunorazimah.com sudah masuk ke tahun kelima pada hujung tahun ni. Sudah mempunyai pembaca tersendiri yang sentiasa menyokong hasil tulisan CN. Terima kasih sangat-sangat kepada pembaca tersayang sama ada yang sentiasa meninggalkan jejak atau yang menjadi silent reader kerana sentiasa membaca 'bebelan' CN. Tanpa anda, siapalah cekgunorazimah.com.
Tulang belakang kepada CN untuk terus menulis dan menulis adalah Encik Suami. Sabar menjaga anak ketika CN sibuk menyiapkan entry advertorial. Menemani CN ke event blogger serta paling disukai Encik Suami adalah food review. Makan free katakan, seronok betul dia !
Terima kasih Encik Suami kerana sentiasa menyokong !
Tulang belakang kepada CN untuk terus menulis dan menulis adalah Encik Suami. Sabar menjaga anak ketika CN sibuk menyiapkan entry advertorial. Menemani CN ke event blogger serta paling disukai Encik Suami adalah food review. Makan free katakan, seronok betul dia !
Terima kasih Encik Suami kerana sentiasa menyokong !
Entry kali ini ditujukan khas buat bff CN, Hafiz Hashim yang berada di McGill University, Canada. Dengan ucapan "Takmo stress-stress ye, buruk benor rupanya !" Hahahahaha..
Menurut Hafiz, ini adalah cara beliau hilangkan stress ketika peperiksaan. Mungkin anda boleh cuba sebab bff CN ni tengah nak habiskan PHD nya. Masih single. Orang Kedah ni tau ! Eh, terpromote pulak.
Ni FB dia tau >> Hafiz Hashim
Menurut Hafiz, ini adalah cara beliau hilangkan stress ketika peperiksaan. Mungkin anda boleh cuba sebab bff CN ni tengah nak habiskan PHD nya. Masih single. Orang Kedah ni tau ! Eh, terpromote pulak.
Ni FB dia tau >> Hafiz Hashim
Hafiz Hashim yang masih single |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hokay, ini macam CN. CN mengaku memang 'kurang' peramah berbanding adik CN, Cik Mijah tu. Kalau dengan member baik memang macam 'masuk air', tapi kalau dengan orang baru kenal, tak adalah macam alien baru jatuh ke bumi, muka masih ada manis & senyum tau. Tapi macam tu la, duk krik..krik..krikk jela.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa suka shopping online macam CN meh sep sikit. Tahu tak shopping online ni adalah satu terapi stress bagi CN. Bukan sahaja CN, malah ramai juga rakan-rakan CN yang menyatakan pendapat yang sama. Tapi kali ini CN bukan nak cerita tentang shopping online tau, CN nak share tentang satu lamanweb yang ada menawarkan cashback atau pulangan wang tunai bila anda shopping online! Hah ! Barang dapat siap pakej dengan cashback lagi. Untungla kan, sambil shopping boleh pulak dapat duit poket.
Dapatkan cashback dengan ShopBack
Pulangan wang tunai dengan ShopBack |
CN percaya pasti ramai di antara anda yang tidak pernah dengar tentang ShopBack bukan? Ia adalah lamanweb yang menawarkan cashback bila anda shopping di kedai-kedai terpilih. Maksudnya disini, jika anda mahu shopping di Cotton On, iHerb, DHGate, malah ASOS, apa kata pergi ke lamanweb ShopBack dahulu untuk melihat tawaran menarik yang mereka tawarkan. Kemudian, selepas shopping anda akan mendapat cashback atau pulangan wang tunai sehingga 12% dari harga pembelian. Masih keliru? Meh sini CN kongsikan video tutorial bagaimana untuk anda mendapatkan pulangan wang tunai atau cashback dengan ShopBack ini.
Video tutorial untuk mendapatkan pulangan wang tunai dengan ShopBack
Macam mana? Menarik kan? Dengan shopping online, anda boleh mendapatkan kembali pulangan wang tunai. Berganda-ganda jimatnya !
Program Refer-a-Friend
Sempena Chinese New Year tidak lama lagi, pihak ShopBack menawarkan program Refer-a-Friend dimana anda memberikan rakan anda RM10 dan anda juga akan mendapat RM10 !
Bagaimanakah caranya?
Hanya kongsikan link referral anda kepada rakan-rakan. Setiap pendaftaran baru yang berjaya dibawah link referral anda, anda akan mendapat pulangan wang tunai RM5 ! Kemudian, apabila rakan anda itu berbelanja dengan minimum RM25, anda akan mendapat lagi RM5. Jadi total angpow anda adalah RM10! Sangat mudah kan?
Promosi ini berakhir sehingga 31 Januari 2017.
Pulangan wang tunai dengan ShopBack |
Jadi apa tunggu lagi?
Jom mendaftar di ShopBack dan dapatkan 'duit poket' anda !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Masak lemak cili padi merupakan antara hidangan kegemaran CN. Masaklah apa sahaja, mesti laku ! Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda resepi masak lemak cili padi kerang yang pedas berasap kegemaran CN. Simple je, campak-campak dah siap !
>> Kerang yang dibasuh bersih
>> Segenggam cili padi bergantung kepada tahap kepedasan yang diinginkan*
>> Bawang besar sebiji*
>> Bawang putih 4 ulas*
>> Kunyit hidup 1 inci*
>> Halia 1 inci*
>> 2 batang serai gemuk
>> 3 biji tomato
>> 1 paket santan kotak (orang malas pakai santan kotak je, hehehe)
>> Garam dan gula secukup rasa
>> Tumbuk halus bahan bertanda *. Kalau CN, masuk dalam Tefal Manual Chopper je, zap, zap dah siap!
>> Kerang yang dibasuh bersih tadi dimasukkan ke dalam periuk dan isi air. Cukup untuk menenggelamkan kerang tersebut. Masukkan serai yang telah dititik kedalam periuk bersama bahan * yang telah ditumbuk halus. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga kerang masak.
>> Apabila kerang dah masak (kulitnya terbuka atau senang terbuka), masukkan santan, tomato serta garam dan gula dan kacau rata. Kalau warna kuningnya tak berapa menyerlah, masukkan sedikit serbuk kunyit.
>> Apabila kuah telah mendidih, sedia untuk dihidangkan !
Masak lemak cili padi kerang
Kerang masak lemak cili api |
Bahan-bahan membuat masak lemak cili padi kerang
>> Kerang yang dibasuh bersih
>> Segenggam cili padi bergantung kepada tahap kepedasan yang diinginkan*
>> Bawang besar sebiji*
>> Bawang putih 4 ulas*
>> Kunyit hidup 1 inci*
>> Halia 1 inci*
>> 2 batang serai gemuk
>> 3 biji tomato
>> 1 paket santan kotak (orang malas pakai santan kotak je, hehehe)
>> Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuat masak lemak cili padi kerang
>> Tumbuk halus bahan bertanda *. Kalau CN, masuk dalam Tefal Manual Chopper je, zap, zap dah siap!
>> Kerang yang dibasuh bersih tadi dimasukkan ke dalam periuk dan isi air. Cukup untuk menenggelamkan kerang tersebut. Masukkan serai yang telah dititik kedalam periuk bersama bahan * yang telah ditumbuk halus. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga kerang masak.
>> Apabila kerang dah masak (kulitnya terbuka atau senang terbuka), masukkan santan, tomato serta garam dan gula dan kacau rata. Kalau warna kuningnya tak berapa menyerlah, masukkan sedikit serbuk kunyit.
>> Apabila kuah telah mendidih, sedia untuk dihidangkan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa taknak wajah cantik berseri kan? Pasti ramai yang sentiasa mencari tips dan petua untuk menjadikan wajah cantik berseri. CN dah jumpa satu produk yang membantu menjadikan wajah CN cantik berseri dalam masa 3 minit! Hah, 3 minit je tau. Pernah dengar tak tentang sabun EUMORA? Sabun EUMORA ini merupakan sabun ALL IN ONE yang sangat ajaib !
Sabun EUMORA 100% semulajadi
Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. 30 minit wajah anda akan bertambah cantik dan berseri. Sabun EUMORA adalah 100% semulajadi. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam sabun EUMORA adalah :-
1) -Hma - Algae yg kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral dari Eropah untuk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.
2) Heilmoor Clay – Terdiri daripada beratus herba, bahan organik, antibiotik yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi.
Pengalaman CN setelah 5 hari menggunakan sabun EUMORA secara konsisten
Testimoni berjaya penggunaan sabun EUMORA |
Cuba anda lihat pada gambar di atas. Gambar kiri adalah sebelum CN menggunakan sabun EUMORA iaitu pada hari pertama persekolahan. Muka serabut sebab hari pertama kerja dan jerawat pun timbul pada kening dan pipi. Gambar kanan pula adalah selepas 5 hari CN menggunakan sabun EUMORA. Non edited ye dan gambar ini diambil selepas solat zohor. Bebas makeup gituw. Perubahan ketara adalah parut jerawat semakin pudar dan wajah CN semakin lembab, cerah dan berseri-seri.
Selain itu, jika digunakan secara berterusan. Sabum muka EUMORA ini dapat membantu :
* mengecilkan liang pori* mengawal blackheads dan whiteheads
* mengawal keseimbangan pH pada kulit
* mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif
* mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
* mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
Sabun EUMORA membantu merawat masalah Eczema dan psoriasis
Selain untuk orang dewasa, sabun EUMORA ini juga selamat dan sesuai digunakan kepada bayi dan kanak-kanak kerana ia boleh membantu merawat masalah kulit seperti Eczema dan psoriasis. Malah ibu mengandung yang mengalami masalah stretchmark juga boleh menggunakan sabun EUMORA ini.
Berminat untuk mencuba sabun EUMORA ini?
Hubungi ask.eumora@gmail.com untuk keterangan lanjut.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mak Jemah sangat gaya Dhia Zahra & Aqilah Firzanah ni kan? Cucu perempuan opah ni memang kecoh dan bikin rumah havoc dengan suara mereka yang pitching tinggi tu..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amalan Rezeki Melimpah Tidak Pernah Habis
Amalan yang sangat mudah untuk dibuat. Jom kita amalkan, insyaAllah, semoga rezeki kita semua tidak pernah habis dari Allah SWT.
Amalkan :
1. Baca Subhanallah 33 kali
2. Baca Alhamdulillah 33 kali
3. Baca Allahuakbar 33 kali
4. Baca "Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad" 33 kali
Selamat beramal
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah rezeki awal tahun 2017. CN terpilih antara 3 pemenang bertuah penginapan 2D1N di Hotel Armada, Petaling Jaya dengan buffet breakfast & dinner bernilai RM500 anjuran 100comments.com! Tidak sia-sia CN join contest anjuran 100comments.com ni tau. Memang seronok join contest anjuran 100comments ni, hanya review produk dengan jujur dan gaya tersendiri.
Penginapan 2D1N di Hotel Armada, Petaling Jaya dengan buffet breakfast & dinner bernilai RM500 secara PERCUMA |
Setakat ni CN dah dapat produk kecantikan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster dan Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo dari 100comments.com untuk direview. Best sangat sebab kedua-dua produk ni beratus harganya.
Berminat untuk review pelbagai produk dari 100comments.com?
Layari facebook mereka >> 100comments.com >> untuk update terkini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Istilah gemuk bagi perempuan !
>> Berat naik 2kg
>> Dagu berlapis
>> Perut buncit
>> Peha dan betis besar
>> Kawan lagi kurus!
Orang lelaki mesti kena tahu benda ni. Jangan duk merungut bila dengar orang perempuan duk merungut "Isy, aku dah gemuk la !" hokay.
Alamak, jerawat ! Pasti bergegar rumah dengan jeritan CN bila sang jerawat datang menyerang. Walaupun sebijik, tapi dengan besar seketul memang bikin stress ! Memang menyampah sebab jerawat ni besar dan merah. Bila picit sakit owhhhh ! Mujur CN diperkenalkan dengan 1 produk yang sangat serasi dengan CN iaitu Avera Acne Serum. Oles sikit je lepas mandi atau cuci muka. Jerawat surut dengan cepat dan 3 hari dah hilang jerawat tu. Avera Acne Serum ni memang serasi dengan kulit CN.
Apakah Avera Acne Serum?
Produk Avera Acne Serum mula dijual sejak November 2016 dan 97% daripada penjualan pertama mendapat tindak balas positif dari pengguna ! Produk ini keluaran syarikat Adleenur Beauty HQ yang terletak di Paka,Terengganu. Paling penting, telah mendapat kelulusan dari KKM (NOT161102807K
SSM : UA 0005529-M)
SSM : UA 0005529-M)
Eh, jangan tak tahu, satu botol Avera Acne Serum ini mampu bertahan 1 hingga 2 bulan dengan penggunaan 3 hingga 4 kali sehari. Jimat kan? Saiznya juga kecik dan mudah dibawa ke mana-mana. Macam CN, sumbat je Avera Acne Serum ni dalam handbag. Bila tangan gatal nak picit jerawat, terus oles tempat jerawat tu dengan benda ni. Senang betul !
"CN, ibu mengandung atau menyusukan bayi boleh guna ke Avera Acne Serum ni?
Sudah tentu boleh sebab ianya tiada bahan kimia berbahaya tau. Malah kanak-kanak yang baru baligh dan ada jerawat tu pun boleh guna ye.
Saiz Avera Acne Serum ni kompak dan boleh dibawa ke mana-mana |
"CN, ibu mengandung atau menyusukan bayi boleh guna ke Avera Acne Serum ni?
Sudah tentu boleh sebab ianya tiada bahan kimia berbahaya tau. Malah kanak-kanak yang baru baligh dan ada jerawat tu pun boleh guna ye.
Pengalaman CN setelah seminggu menggunakan Avera Acne Serum
Kebetulan abang posmen hantar parcel yang mengandungi Avera Acne Serum ni ketika CN diserang jerawat seketul di kening. Cuak beb sebab nak bukak sekolah. Imej mesti dijaga sebab pelajar-pelajar CN ni amatlah peka dengan kehadiran jerawat pada muka CN.
Apa lagi, gigihlah CN duk mengoles Avera Acne Serum ni pada tempat jerawat. Pada hari pertama CN guna, jerawat baru tu terus membesar dengan jayanya. Sekejab tau jerawat ni 'masak'. Esoknya dah boleh picit. Apa lagi, oles dan terus mengoles pada tempat jerawat tu. Alhamdulillah, jerawat surut dengan cepat dan 3 hari dah hilang jerawat tu. Memang serasi dengan kulit CN.
Testimoni penggunaan Avera Acne Serum
Selain CN yang berpuas hati dengan Avera Acne Serum, ada ramai lagi yang berpuas hati dengan produk ni.
Testimoni 1 – Jerawat surut dan parut jerawat makin pudar |
Testimoni 2 – Parut jerawat hilang tanpa tinggalkan kesan hitam.Jerawat cepat surut. |
Testimoni 3 – Serum tidak berminyak, boleh nampak perubahan selepas 3 hari penggunaan. |
Ingin mencuba Avera Acne Serum?
Hubungi :
Whatsapp : 017 924 5937 / +60 11 1091 1745
Facebook : Avera Beauty
Instagram : Acne Serum by Avera Official
Atau beli terus dari HQ.
Adleenur Beauty HQ, Paka, Terengganu.
Peluang untuk stokis/agen dibuka sekarang !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Zaman sekolah dulu, bila duduk kat padang, tangan automatik cabut rumpur. Bila duduk dekat tapak perhimpunan, tangan automatik main batu kecil! Tapi budak zaman sekarang, bila duduk atas tapak perhimpunan, confirm kena viral ! Hehehehe
Hokayla, sesi persekolahan 2017 kini bermula. Jangan asyik nak viral sangat la ! Tak elok menjatuhkan aib sekolah, tu tempat mencari ilmu. Apa salahnya buat baik dengan cikgu-cikgu, berkat ilmu tu tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah ! Inilah rupa ayah CN masa umur belasan tahun dulu. Ayah CN yang tinggi sebelah kiri tu. Hensem kan? Kalau buat gaya sekarang confirm budak-budak panggil hipster ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fuh! Dalam duk sibuk-sibuk menyiapkan fail rekod mengajar dengan Rancangan Pengajaran Tahunan subjek Geografi & Sains Komputer, sempat juga CN menyiapkan name tag buku Irfan. Simple je siap dengan gambar Irfan, kemain eksited budak tu tengok semua buku dia ada name tag ni.
Sebenarnya CN yang terlebih eksited Irfan mula sekolah tahun ni. Sekolah di mana? Nanti CN cerita dalam next entry ye 😍😍😍
DIY name tag Irfan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Okay, stok makanan Dhia Zahra in da house lagi ! Inilah rutin CN bila cuti, buat stok makanan si kecik ni banyak-banyak. Kalau nak masak hari-hari memang bercinta tau. Jadi bila buat sekali banyak macam ni, boleh la tahan seminggu. Senang je, frozen kan. Bila nak makan defross je. Bubur nasi kali ni adalah campuran bubur nasi + daun seleri + ayam + daun sup. Memang wangi tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sama ada ikan atau ayam masak kicap pedas memang menjadi kegemaran anak bujang CN si Irfan Hensem. Bukan Irfan sahaja, ayah Irfan pun suka masakan jenis ni. Sebenarnya simple je masakan kicap masak pedas ni. Biasanya untuk ikan masak kicap pedas, sedap kalau guna ikan tenggiri atau tongkol. Tapi bagi CN, belasah je asal boleh makan. So CN guna je ikan kembung yang digoreng rangup tu.
Ikan Masak Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat ikan masak kicap pedas
>> Ikan digoreng dahulu
>> 3 batang serai
>> 2 tangkai daun kari
>> 1 batang kayu manis saiz kecil
>> 2 biji bunga cengkih
>> 2 sudu gili kering yang diblender halus
>> kicap pekat
>> 1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih & sedikit halia diblender halus
>> 1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
Cara-cara membuat ikan masak kicap pedas
1. Tumis serai, daun kari, kayu manis dan cengkih.
2. Agak layu sikit daun kari tu, masukkan bawang yang diblender dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili blender dan kaca rata sehingga pecah minyak.
4. Agak-agak cili blender dah masak, masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan kicap sehingga menjadi warna gelap macam dalam gambar. Biasanya CN tunggang kicap tu sampai habis suku botol!
5. Masukkan sedikit air kalau rasa kuah tu pekat sangat. Kemudian tambahkan garam sedikit.
6. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
7. Ok, siap ! Sedia dimakan bersama nasi panas ! Walla !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~