Minggu lepas CN berkesempatan redeem tiket masuk ke Dreamworld Playland yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Memang best di sini. Nampak macam ber'salji' je deco di Dreamworld Playland ni tau. Kami pergi dari petang, rehat sekejab makan dan solat kemudian sambung lagi main. Disini, tiada had masa ditetapkan. Asalkan anda memakai wristband, anda boleh keluar dan masuk sesuka hati hokay.
Dhia Zahra dihadapan Dreamworld Playland IOI City Mall Putrajaya |
DreamWorld Playland Di The Starling & IOI City Mall Putrajaya
DreamWorld Playland ini adalah taman permainan indoor untuk aktiviti kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Pelbagai jenis permainan yang ditawarkan untuk perkembangan minda kanak-kanak serta tempat untuk mereka bersosial dan berinteraksi.
Berkeluasan sekitar 6000 kaki persegi, DreamWorld Playland ini mampu memuatkan seramai 120 kanak-kanak dalam satu masa. Antara aktiviti yang disediakan di playland dan party room, kanak-kanak boleh memanjat terowong, tangga dan menyusuri gelongsor dengan cabaran yang bersesuaian buat mereka. Paling istimewa, suasana DreamWorld Playland ini bertemakan salji yang pastinya menyeronokkan bersama maskot yang bernama Eskimo.
Berkeluasan sekitar 6000 kaki persegi, DreamWorld Playland ini mampu memuatkan seramai 120 kanak-kanak dalam satu masa. Antara aktiviti yang disediakan di playland dan party room, kanak-kanak boleh memanjat terowong, tangga dan menyusuri gelongsor dengan cabaran yang bersesuaian buat mereka. Paling istimewa, suasana DreamWorld Playland ini bertemakan salji yang pastinya menyeronokkan bersama maskot yang bernama Eskimo.
Dhia Zahra dihadapan ruangan permainan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah |
Budak bambam enjoy main di Dreamworld Playland |
Encik Suami pun excited mencuba pelbagai permainan di Dreamworld Playland ini |
Apa yang CN perasan, ramai foreigner yang membawa anak-anak mereka bermain di Dreamworld Playland ini. Cute kan anak Pak Arab ni? Bambam sangat ! |
The best Dreamworld Playland di Selangor ini juga menyediakan pakej untuk sambutan hari jadi buat anak-anak. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di dalam pakej hari jadi ini termasuk ‘Dream rides’ istimewa yang pastinya memberikan pengalaman menarik buat anak anda.
Anda boleh lihat sendiri video yang sempat CN rakam ketika anak-anak CN iaitu Irfan & Dhia seronok bermain. Mak pak pun boleh main sekali tau. Cuma anda akan berasa sakit pinggang kerana perlu terbongkok-bongkok. Almaklumlah, permainan disini direka khas untuk kanak-kanak mengikut ketinggian mereka, bagi orang dewasa memang agak sukar untuk bergerak.
Dhia Zahra memang sangat aktif disini. Jenuh CN duk mengejar hokay. |
Harga tiket DreamWorld Playland
Admission rate untuk ‘unlimited play’ di The Starling berharga RM48 untuk hari biasa (weekdays) dan RM58 pada hujung minggu (weekend), manakala di IOI City Mall berharga RM45 (weekdays) dan RM55 (weekend). Setiap pembelian tiket kanak-kanak akan beroleh tiket percuma untuk dewasa yang menemani. Tambahan RM5 untuk seorang lagi dewasa yang ikut bersama.
Irfan leka bermain 'pasir' bersama anak foreigner |
Komunikasi 2 bahasa antara Irfan dan kawan barunya. Tapi yang best, mereka saling faham bahasa masing-masing ! |
Dhia Zahra pun suka main 'pasir'. Tapi kena tengok sebab sempat jugak dia masuk dalam mulut tau! Sabo jela |
Berminat untuk membawa anak-anak anda ke DreamWorld Indoor Playland ini?
Berikut merupakan alamat DreamWorld Indoor Playland yang terletak di The Starling Mall & IOI City Mall Putrajaya.
DreamWorld Indoor Playland
The Starling Mall
No. 6, Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tempahan dan info lanjut: 012 7219 9509 (Yoong Fui).
IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, iOi Resorts City,
62502, Putrajaya
Tempahan dan info lanjut: 012 7029 9509 (Hazwan).
Atau follow FB untuk maklumat terkini : DreamWorld Playland
Untuk pertanyaan hubungi Dream Team di 012-7029509 (IOI City Mall) & 012-7219509 (The Starling Mall).
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain tau ber'princesss' bagai si Dhia Zahra ni. Yela, bila kita panggil dia cantik, comel, kemain buat muka excited. Tau pulak maksud cantik dan comel tu kan? Kalau dah perempuan, memang dari kecik lagi suka dipuji gituw..
Dhia Zahra bergaya dengan tutu skirt kaler pink |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jenama Kleenso bukanlah jenama yang baru di Malaysia. Malah ia telah diimport ke lebih 12 negara lain. Hokay, CN bukan nak cerita tentang jenama Kleenso ni tapi CN nak cerita tentang 5 produk Kleenso yang telah membuatkan CN jatuh hati dan mesti ada di setiap rumah. Ingat ye, mesti ada di setiap rumah. Paling penting, produk Kleenso ini adalah dari bahan organik dan mesra alam. Almaklumlah, sejak jadi guru pembimbing untuk pertandingan Toyota Eco Youth ini, CN memang sentiasa mementingkan penjagaan alam sekitar. Chewah!
5 produk Kleenso yang mesti ada di rumah |
Produk Kleenso adalah produk organik yang berkualiti
Sebenarnya dah lama CN perasan kewujudan produk Kleenso ni. Cuma tak terdetik untuk membeli sebab ingatkan harganya mahal, tapi rupanya murah dan berbaloi. Semua produk di atas ni lebih kurang RM50 sahaja. Dah la organik, sangat berbaloi jika anda membeli produk Kleenso ini.
1. Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner
Ciri utama yang CN paling suka pada pencuci lantai Kleenso ini adalah anti-bakteria. Sesuai sangat untuk rumah yang mempunyai anak-anak kecil. Yela, macam Dhia Zahra ni memang suka mengutip makanan yang jatuh dekat lantai. Jadi lantai rumah memang kena sentiasa bersih. Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner, lantai rumah bukan sahaja bersih dan berbau serai wangi yang bersifat anti-bakteria malah dapat membantu menghalau serangga pengotor seperti lipas, tikus, lalat, nyamuk dan juga cicak. Hah, berbaloi kan cuci lantai dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner?
Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner |
2. Kleenso Tile & Bathroom Cleaner
Salah satu produk Kleenso yang menjadi kegemaran CN adalah Kleenso Tile & Bathroom Cleaner. Sangat mudah untuk digunakan. Hanya spray dan lap, terus berkilat gituw. CN paling suka cuci sinki dapur yang senang kotor, dah tak perlu nak sental-sental dengan sepenuh perasaan, cuma spray dan lap, kemudian bilas dengan air bersih. Senang sangat !
Tile bilik air pun sama, senang sangat nak cuci. Spray-spray pada lantai tile yang basah sedikit kemudian berus lemah lembut. Tak perlu kasar-kasar sebab kotoran senang hilang dengan Kleenso Tile & Bathroom Cleaner ini.
Kleenso Tile & Bathroom Cleaner |
3. Kleenso BioDegradable Go Green Garbage Bag
Hokay, ada 2 kaler plastik sampah ini iaitu hijau dan biru. Dan kedua-dua warna ini mempunyai fungsi yang lain tau. Kalau sebelum ni CN main hentam je tak kisah warna plastik sampah apa pun, tapi rupanya plastik sampah warna biru khas untuk sampah-sampah dari kertas dan hijau pula untuk botol, tin, seramik dan lain-lain. Hah, ilmu baru ni tau !
Kleenso BioDegradable Go Green Garbage Bag
|
4. Pesso Eco Ant Bait Natural Ingredient
Sekarang ni musim semut duk beranak pinak. Memang banyak semut warna merah tu di rumah, kalau gigit sakit woo ! Mujur ada Eco Ant Bait Natural Ingredient. Dengan kandungan yang natural, ia mesra alam. Hanya letakkan Eco Ant Bait ini pada tempat laluan semut dan anda akan lihat tiada lain kewujudan semut di laluan tersebut. Apa terjadi?
Semut yang makan Eco Ant Bait ini akan kembali ke sarang dan menyebarkan bait tersebut ke semut-semut yang lain. Hasilnya, keseluruhan koloni semut tersebut akan mati. Setle !
Eco Ant Bait Natural Ingredient |
5. Pesso Eco Cockroach Bait Natural Ingredient
Sama seperti Eco Ant Bait, Eco Cockroach Bait ini juga bertindak dengan cara yang sama. Jadi CN letakkan Eco Cockroach Bait ni ditepi almari dimana tempat selalu CN ter'serempak' dengan lipas ni. Lagi satu CN letak di jamban rumah mak CN. Tak tau kenapa, suka benor lipas tu duduk dekat jamban rumah mak CN. Sampai Irfan takut nak berak sebab ada lipas dekat jamban ! Mujur lepas letak Eo Cockroach Bait ni, CN dah tak ter'serempak' dengan lipas dekat jamban tu. Berkesan betui !
Eco Cockroach Bait Natural Ingredient |
Berminat untuk mendapatkan produk Kleeso ini?
Produk Kleenso ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Hypermarket Giant, Cold Storage, Village Grocer dan Aeon Stores. Selain itu, anda boleh juga mendapatkan produk Kleenso ini di rangkaian Speedmart 99 dan juga Mr. DIY.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kleeso, anda boleh layari :
Lamanweb : http://www.kleenso.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/KleensoResources
Contact : +603-80231668
#Kleenso
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~