Bila cuti sekolah ni, bukan sahaja CN sahaja yang semakin bambam, malah anak bujang CN si Irfan Hensem juga semakin bambam tau ! Almaklumlah, cuti sekolah keje asyik makan je, mana tak bambam anak bujang CN tu ! Sehari je berapa kali makan nasi tau. Tu belum kira kudapan macam cekodok la, kek la yang dia mintak mama dia buatkan. Alahai la anak....
Irfan Hensem makin bambam bila cuti sekolah ni |
Anak bujang CN si Irfan Hensem yang makin bambam masa cuti sekolah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahagianya cuti sekolah. Sambil lepak-lepak di rumah, layan float A&W sambil menonton drama korea bersama anak-anak. Bahagia je rasa. Float A&W ni senang je, hanya campurkan 2 skop aiskrim vanila Wall's ke dalam secawan air A&W. Tara ! Siap sudah float A&W sama seperti di Marrybrown, eh !
Float A&W sedap diminum ketika bersantai di rumah ketika cuti sekolah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semasa bercuti ke Port Dickson, CN sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson yang terletak tidak jauh dari pantai Port Dickson. Memang macam-macam ada di Muzium Tentera Darat ini. Sangat sesuai membawa anak-anak anda ke sini lagi-lagi jika anda mempunyai anak lelaki yang sememangnya terlalu suka dengan askar. Irfan Hensem tidak terkecuali sebagai kanak-kanak lelaki yang bercita-cita menjadi askar. Memang excited anak bujang CN apabila di bawa ke muzium ini tau. Dibawah adalah beberapa gambar Irfan bergaya sebagai snipper yang hensem, kacak & bergaya. Hokay tak? Hehehe..
Askar junior si Irfan bergaya seperti snipper |
Askar muda in action |
Ada gaya tak Irfan bergaya seperti askar ? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN paling suka bila dapat jemputan ke event parenting dan boleh bawak anak-anak. Disanalah CN boleh merapatkan lagi hubungan ibu dan anak dengan pelbagai aktiviti menarik. Sudah tentu bila jemputan ke event parenting, CN akan ajak sekali adik tersayang blogger Miza Talib. Bila Miza join, mestilah anak-anaknya yang kecoh akan join. Bertambah kecoh bila bertemu dengan anak-anak CN si Irfan Hensem & Dhia Zahra. Jadi jangan pandang sinis tau bila tengok mak-mak bersama 4 orang budak yang super aktif di event parenting hokay. Bila namanya event parenting, mestilah bersama anak-anak yang super aktif, chewah !
CN & Miza bersama anak-anak yang super aktif & kecoh |
Irfan Hensem, Dhia Zahra, Aqilah Firzanah & Afiq Furqan yang sangat aktif apabila bertemu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kek batik merupakan antara kek kegemaran CN. Kalau dapat makan kek batik ni confirm tak boleh berhenti tau. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda resepi kek batik bertopping yang pasti dapat membuatkan anda lupa tentang diet ! Mudah sahaja membuat kek batik bertopping ini tau. Jom baca resepi kek batik bertopping di bawah ini ye.
Kek batik bertopping |
Resepi Kek Batik Bertopping
Bahan-bahan membuat kek batik bertopping
Bahan A
1 pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1 tin susu pekat
1 cawan air masak
6 sudu besar serbuk koko
14 sudu besar milo
2 biji telur
Bahan B (Topping/choc ganache)
1 cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Choc compound
100 gram Dark Choc
Cara-cara membuat kek batik bertopping
1. Cairkan buttercup di dalam kuali. Bila butter sudah separa cair. Tutup api.
2. Masukkan Milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau-kacau sampai sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api balik. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat dimana keluar buih-buih bermakna adunan sudah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie dan kaup balik sampai sebati.
2. Masukkan Milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau-kacau sampai sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api balik. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat dimana keluar buih-buih bermakna adunan sudah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie dan kaup balik sampai sebati.
3. Tuang adunan biskut marie tadi ke dalam loyang. Lapik loyang dengan plastik atau boleh juga guna loyang yang terbuka dibawahnya. Tekan-tekan adunan biskut marie sampai rata dan sejukkan.
4. Sementara menunggu adunan sejuk, anda boleh mula membuat chocolate ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Tuang 1 cawan whipping cream ke dalam bekas lain. Letakkan atas air yang dipanaskan tadi (kaedah double boiled). Kacau-kacau sampai rasa suam bolehlah masukkan choc. Kacau sampai cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi.
5. Apabila sudah siap, tutup api dan angkat. Sejukkan dalam masa 30 minit.
5. Apabila sudah siap, tutup api dan angkat. Sejukkan dalam masa 30 minit.
6. Kemudian tuang ke atas kek batik tadi. Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya nya 6 jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah di potong.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Warga Banting sekarang dah boleh makan makanan Korea delivery ke rumah lagi! Harga pun berpatutan berbanding di Restoran Korea terkenal. CN sendiri dah cuba & memang puas hati dengan Korean Street Food yang sangat sedap ni. Kena dengan tekak CN. Tapi untuk kanak-kanak memang menangis la nak habiskan sebab pedas ! Irfan sendiri sampai merah bibir duk makan korean spicy noodles. Dhia pulak CN bagi makan jjangmyeon sebab kurang pedas. Jjangmyeon ni spageti dengan sos black pepper. Sedap tau!
Korean street food Banting |
Kalau anda nak tahu CN order di mana Korean Street Food yang sedap dan murah ni, boleh bukak fb CN >> Korean Street Food Banting.
Set tteobokki RM1 sahaja. Ada korean spicy doodles, korean spicy chicken, egg rolls & tteobokki |
Set jjangmyeon RM12 sahaja. Ada korean spicy doodles, korean spicy chicken, egg rolls & jjangmyeon |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah Encik Suami yang kaki pancing ! Tiap-tiap bulan ada je trip memancingnya. Kalau dapat ikan besar, kemain show off hantar whatsapp gambar bersama ikan besar ke semua group whatsapp dia hokay!! Kali ini Puan Isteri dengan sporting terus share gambar Encik Suami yang kaki pancing ni masuk dalam blog. Awesome tak hasil pancingan Encik Suami ni? Hehehe..
Encik Suami bersama hasil pancingan |
Siap ada uniform lagi hokay ;) |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa peminat pau cendawan gebu meh angkat tangan! CN antara peminat pau cendawan gebu. Kalau makan pau cendawan gebu ni confirm tak boleh stop. Asyik nak makan je tau. Sedap betul ! Sebenarnya tak susah pun nak buat pau cendawan gebu ni. Zap zap zap dah siap. Cuma rajin tak rajin je..hehehe. Ok, meh CN share dengan anda resepi pau cendawan gebu yang senang sangat ni. Kalau malas nak buat bentuk cendawan dengan kaki bagai, cukuplah kepala cendawan macam dalam gambar ni je. Janji sedap hokay !
Pau cendawan gebu |
Resepi Pau Cendawan Gebu
Bahan-bahan membuat pau cendawan gebu
Bahan-bahan inti pau cendawan gebu
>> 2 keping isi ayam bahagian dada di potong dadu
>> 3@4 cendawan shintake rendam hingga kembang dan dihiris dadu
>> 2 sudu besar mentega
>> 1 sudu besar minyak zaitun
>> 1@2 sudu besar bawang besar dikisar halus
>> 4@5 dash serbuk lada hitam berperisa
>> 1/4 sudu teh garam halus
>> 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Bahan-bahan doh pau cendawan gebu
>> 300 g tepung pau
>> 1 sudu teh yis
>> 3/4 sudu teh baking powder
>> 1 sudu besar gula kastor
>> 1/2 sudu teh pelembut roti
>> 1/2 sudu besar shortening
>> 200 ml air suam
>> 300 g tepung pau
>> 1 sudu teh yis
>> 3/4 sudu teh baking powder
>> 1 sudu besar gula kastor
>> 1/2 sudu teh pelembut roti
>> 1/2 sudu besar shortening
>> 200 ml air suam
Bahan Untuk Pewarna
>> 2 sudu besar tepung beras
>> 2 sudu besar serbuk koko
>> 4 sudu besar air
>> 2 sudu besar tepung beras
>> 2 sudu besar serbuk koko
>> 4 sudu besar air
(Bancuhkan semua dan ketepikan.)
Cara-cara membuat pau cendawan gebu
1. CARA BUAT INTI
- Mula-mula cairkan mentega bersama minyak dahulu.
- Kemudian masukkan bawang besar kisar dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan cendawan shintake dan kacau hingga nampak layu sedikit. Masukkan ayam dan kacau lagi.
- Masukkan dalam 2 sudu besar sos tiram Maggi dan kacau.
- Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Untuk dapatkan inti yang pekat tuangkan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
- Kacau sehingga pekat dan padamkan api. Jika inginkan lebih nampak ‘creamy’ boleh tambahkan ‘mushroom soup Campbell’. Siap intinya! Sementara ia sejuk, kita buat dohnya.
2. CARA BUAT DOH
- Masukkan kesemua bahan kecuali shortening dan gaul. Adunan agak jadi melekit sedikit.
- Kemudian masukkan shortening dan uli sehingga doh menjadi elastik.
- Perapkan selama 10 minit hingga ia naik dua kali ganda. Tumbuk-tumbuk manja sahaja untuk buangkan udara. Kemudian, bulat-bulatkan doh seperti dalam gambar. Siap!
3. MASUKKAN INTI
Leperkan doh kemudian sudukan inti ikut banyak mana yang anda mahu. Kalau CN suka inti banyak, jadi letaklah banyak-banyak ye.
4. BENTUKKAN
Tutupkan semula doh tadi dan kemudian ambil sedikit adunan bulatkan dan tepek atasnya seolah-olah seperti batang cendawan.
5. WARNAKAN
Apabila dah siap bentuknya, kita main cat-cat pula! Guna berus dan tepek-tepekkan atasnya dengan adunan coklat tadi. Setelah dicat, biarkan selama 30 minit sehingga ia jadi mengembang, baru boleh kukus.
6. SEDIA UNTUK DIKUKUS
Naikkan tempat pengukus dahulu biar air mendidih. Susunkan dalam pengukus dan kukus 2-3 minit sahaja. Siap untuk dihidang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN dapat Matcha Milk Candy ni masa join event Shichi Go San di The School Jaya One. Memang sedap ! Tapi tak tahu nak beli di mana ye benda ni?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak-anak CN memang suka sangat video lagu Omar dan Hana. Disamping menghiburkan, video lagu Omar dan Hana juga mempunyai unsur nasihat dan mendidik. Memang sesuai untuk anak-anak anda. Bukan sahaja anak-anak yang juga lagu Omar dan Hana ini, mamanya juga turut boleh nyanyikan lagu Omar dan Hana tau. Lagi-lagi lagu Sayang Mama Papa ni, sweet gituw.
Video lagu Omar dan Hana
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar tentang Balm Tasneem Naturel? Ia adalah produk 100% berasaskan bahan semulajadi, tiada paraben, tiada SLS dan tiada bahan kimia. Bahan yang digunakan dalam menghasilkan Balm Tasneem Naturel ini adalah 100% minyak pati (essential oil) dan carrier oil seperti beeswax, shea butter dan sweet almond oil. Selamat digunakan pada kulit bayi dan anak-anak kecil. Paling CN suka sudah tentu aroma dari Balm Tasneem Naturel ini yang lembut dan menenangkan. CN panggil set balm ini sebagai kit kecemasan dan wajib dibawa ketika bercuti bersama keluarga.
Baru-baru ini CN bersama keluarga bercuti ke Port Dickson. Dengan bekas yang kecil dan comel, mudah untuk membawa 'kit kecemasan' Balm Tasneem Naturel ketika bercuti. Sudah tentu sebelum memulakan perjalanan yang jauh, CN sapukan Balm Tasneem Naturel - Calm Time pada anak-anak supaya mereka tidak meragam di dalam kereta. Alhamdulillah, anak-anak memang behave je dalam kereta.
Kemudian, selepas berjam-jam mandi di pantai, selepas mandi CN sapukan Balm Tasneem Naturel - CF Rub sebab Irfan & Dhia start batuk-batuk selepas kerap tertelan air laut yang masin. Budak-budak ni pun dah start bersin-bersin. Selepas disapukan Balm Tasneem Naturel - CF Rub , dah tak dengar dua budak ni duk bersin-bersin. Alhamdulillah, memang berkesan.
Apabila malamnya, untuk memudahkan si kecil tidur dengan tenang selepas seharian berjalan, CN sapukan Balm Tasneem Naturel - Sleep Time . Lena tidur si kecil CN. Oh ya, CN juga sapukan Balm Tasneem Naturel - Tummy Time pada diri sendiri sebab perut masuk angin duk makan benda macam-macam seharian. Almaklumlah, bila dah berjalan ni memang lupa diri duk bedal pelbagai makanan sampai perut kembung. Jadi Balm Tasneem Naturel - Tummy Time adalah penyelamat CN ! Hehehe..
Balm Tasneem Naturel ini didatangkan dalam 4 variasi mengikut keperluan dan masalah yang berbeza iaitu : CF Rub, Tummy Time, Calm Time & Sleep Time.
Balm Tasneem Naturel - CF Rub (Coughflu Time)
RM49 / 18g
Kelebihan Balm Tasneem Naturel CF Rub
Balm Tasneem Naturel Selesaikan Masalah Si Kecil |
Wajib bawa Balm Tasneem Naturel ketika bercuti
Baru-baru ini CN bersama keluarga bercuti ke Port Dickson. Dengan bekas yang kecil dan comel, mudah untuk membawa 'kit kecemasan' Balm Tasneem Naturel ketika bercuti. Sudah tentu sebelum memulakan perjalanan yang jauh, CN sapukan Balm Tasneem Naturel - Calm Time pada anak-anak supaya mereka tidak meragam di dalam kereta. Alhamdulillah, anak-anak memang behave je dalam kereta.
Dhia Zahra bersama Balm Tasneem Naturel - CF Rub |
Kemudian, selepas berjam-jam mandi di pantai, selepas mandi CN sapukan Balm Tasneem Naturel - CF Rub sebab Irfan & Dhia start batuk-batuk selepas kerap tertelan air laut yang masin. Budak-budak ni pun dah start bersin-bersin. Selepas disapukan Balm Tasneem Naturel - CF Rub , dah tak dengar dua budak ni duk bersin-bersin. Alhamdulillah, memang berkesan.
Dhia Zahra pun suka Balm Tasneem Naturel - Calm Time tau |
Apabila malamnya, untuk memudahkan si kecil tidur dengan tenang selepas seharian berjalan, CN sapukan Balm Tasneem Naturel - Sleep Time . Lena tidur si kecil CN. Oh ya, CN juga sapukan Balm Tasneem Naturel - Tummy Time pada diri sendiri sebab perut masuk angin duk makan benda macam-macam seharian. Almaklumlah, bila dah berjalan ni memang lupa diri duk bedal pelbagai makanan sampai perut kembung. Jadi Balm Tasneem Naturel - Tummy Time adalah penyelamat CN ! Hehehe..
Apakah Balm Tasneem Naturel?
Balm Tasneem Naturel ini didatangkan dalam 4 variasi mengikut keperluan dan masalah yang berbeza iaitu : CF Rub, Tummy Time, Calm Time & Sleep Time.
Balm Tasneem Naturel - CF Rub (Coughflu Time) |
RM49 / 18g
Kelebihan Balm Tasneem Naturel CF Rub
- Membantu mengurangkan selesema dan cairkan kahak
- Membantu melegakan asthma
- Membantu mengurangkan suhu ketika demam
Cara guna : Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada
Ramuan : Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree
Balm Tasneem Naturel - Calm Time |
Balm Tasneem Naturel - Calm Time
RM49 / 18g
Kelebihan Balm Tasneem Naturel Calm Time
- Memberikan keselesaan kepada bayi
- Mengurangkan keletihan dan tekanan
- Membantu anak lebih tenang
Cara guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan
Ramuan : Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile
Balm Tasneem Naturel - Sleep Time |
Balm Tasneem Naturel - Sleep Time
RM49 / 18g
Kelebihan Balm Tasneem Naturel Calm Time
- Membantu anak supaya mudah tidur lena
- Membantu anak bangun dalam mood ceria
- Membaiki kualiti tidur
Cara guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan
Ramuan : Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang
Balm Tasneem Naturel - Tummy Time |
Balm Tasneem Naturel - Tummy Time
RM49 / 18g
Kelebihan Balm Tasneem Naturel Tummy Time
- Membuang angin dalam perut
- Membantu melegakan perut sebu dan kembung
Cara guna : Sapu pada perut dan tapak kaki
Ramuan : Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper
Testimoni Pengguna Balm Tasneem Naturel
Selain CN yang berpuas hati dengan Balm Tasneem Naturel, ada banyak lagi testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan balm comel ini.
Berminat untuk mencuba Balm Tasneem Naturel?
Anda boleh dapatkan Balm Tasneem Naturel di lamanweb rasmi : http://www.tasneemnaturel.com/
Call/Wasap : 011-2096 4665
Atau dapatkan pelbagai info terkini dan promosi tentang Balm Tasneem Naturel di Facebook & Instagram :
Facebook
https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/
Instagram
https://www.instagram.com/tasneemnaturel/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Surat pengesahan majikan diperlukan jika anda memohon untuk pinjaman dari bank komersial. Disini CN kongsikan format surat pengesahan majikan yang simple tapi lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan oleh bank. Semoga membantu.
Surat pengesahan majikan untuk pegawai kerajaan
Tarikh:
Kepada yang berkenaan,
Tuan/Puan,
SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR
PERKHIDMATAN
Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah
merupakan pegawai kami di XXX.
Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:
1.
Nama :
2.
No. Kad Pengenalan :
3.
No. Gaji :
4.
Tarikh Mula Berkhidmat :
5. Jawatan/Gred :
6. Status
Jawatan : Tetap/Sokongan/Kontrak
7.
Gaji Bersih :
8. Gaji Pokok (termasuk
elaun) :
9. Pinjaman
kerajaan :
10. Pinjaman
perumahan kerajaan :
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Clutch bag adalah beg tangan yang flat dan rata tanpa pemegang atau tali. Kebiasaanya wanita membawa clutch ke majlis makan malam atau majlis yang memerlukan wanita bergaya elegen. Dengan pemilihan clucth yang sesuai, wanita akan kelihatan bergaya dan elegen malah esklusif. Ada pelbagai pilihan clutch di pasaran dari harga ribuan ringgit ke puluhan ringgit. Terpulang kepada budget anda untuk membeli women clutch ini.
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan anda pilihan women clutch yang sesuai dipakai ke majlis formal.
5 pilihan clutch sesuai ke majlis formal
1. Aldo - Apakoara Clutch
Harga : RM300 - RM400
Sekali pandang CN dah jatuh cinta dengan Apakoara Clutch dari Aldo ini. Glittery clutch ini memang sangat menggoda dan pasti si pemakai akan kelihatan 'berkilau' di majlis glamer nanti.
Harga : RM300 - RM400
Aldo - Apakoara Clutch |
Sekali pandang CN dah jatuh cinta dengan Apakoara Clutch dari Aldo ini. Glittery clutch ini memang sangat menggoda dan pasti si pemakai akan kelihatan 'berkilau' di majlis glamer nanti.
2. Papillon Clutch - Crystal Clutch
Harga : RM135 - RM200
Papillon Clutch - Crystal Clutch |
Clutch dengan perincian crystal ini amat sesuai di bawa ke majlis formal. Anda boleh gayakan dengan long dress berwarna polos. Lagi-lagi dress berwarna hitam, pasti menyerlah dengan Crystal Clutch dari Papillon ini.
3. Guess - Fall In Love Clutch
Harga : RM288 - RM340
Guess - Fall In Love Clutch
|
Clutch dari jenama Guess ini memang tidak mengecewakan. Velvet clutch ini nampak 'unik' dengan handle berbulu yang pasti akan menarik banyak mata untuk melihat. Sesuai untuk mereka yang sukakan perhatian dan kelihatan lain dari yang lain.
4. Dorothy Perkins - Magenta Velvet/Glitter Clutch
Harga : RM129 - RM170
Selalu sangat orang cakap clutch sesuai ke majlis makan malam adalah berwarna golden dan hitam. Kali ini apa kata anda tukar perspektif ramai orang dengan mengenakan clutch berwarna magenta dari Dorothy Perkins ini. Cantik dan anggun kan?
5. Unisa - Debossed Texture Clutch With Push Lock
Harga : RM99 - RM120
Clutch dari Unisa ini memang unik. Dengan design push lock dan warna krim yang lembut, pasti sesuai untuk mereka yang berjiwa lembut dan sukakan sesuatu yang simple tapi elegen.
Amacam, sudah ada idea untuk women clutch pilihan anda? Hujung tahun ni ada pelbagai tawaran menarik sempena Year End Sale (YES). Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli clutch wanita murah sementara ada tawaran YES ini.
Harga : RM129 - RM170
Dorothy Perkins - Magenta Velvet/Glitter Clutch |
5. Unisa - Debossed Texture Clutch With Push Lock
Harga : RM99 - RM120
Unisa - Debossed Texture Clutch With Push Lock |
Amacam, sudah ada idea untuk women clutch pilihan anda? Hujung tahun ni ada pelbagai tawaran menarik sempena Year End Sale (YES). Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli clutch wanita murah sementara ada tawaran YES ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~