Tips diet ikut jenis darah | Ada pakar kesihatan mengatakan bahawa untuk memiliki badan yang sihat dan kurus sebenarnya kenali diri anda dahulu, terutama faham jenis pemakanan mengikut darah! Setiap darah mempunyai jenis makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Jom kita cuba diet ikut jenis darah ini. Manalah tahu berkesan kan?
Diet Ikut Jenis Darah
Diet ikut jenis darah O |
Diet ikut jenis darah AB |
Diet ikut jenis darah B |
Diet ikut jenis darah A |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi daging goreng kicap | Daging goreng kicap antara masakan ringkas kegemaran CN. Ada banyak versi daging goreng kicap. Kalau versi malas adalah seperti resepi di bawah iaitu daging goreng kicap malas. Jika ingin mencuba versi masak kicap berempah boleh cuba resepi disini tapi ditukar kepada daging. Oklah, taknak cerita panjang. Jom cuba resepi daging goreng kicap ringkas tapi sedap & boleh bertambah nasik!
Daging goreng kicap
Daging goreng kicap ringkas |
Bahan membuat daging goreng kicap
* 300g daging lembu
* sebiji kentang dipotong wedges
* sebiji bawang besar dipotong bulat
* 3 ulas bawang putih diketuk
* 1 inci halia dihiris nipis
* 1 tangkai cili merah dihiris serong
* 4-5 biji cili padi
* sos tiram
* kicap pekat
* lada sulah
Cara membuat daging goreng kicap
>> Cuci daging dan potong kecil.
>> Gaulkan dengan serbuk kunyit, panaskan minyak dan goreng daging hingga kering airnya
>> Kemudian masukkan bawang putih dan halia. Gaul sebati
>> Masukkan pulak kentang dan cili padi yang dipotong.
>> Tambahkan sos tiram dan kicap
>> Akhir sekali masukkan lada sulah, garam, gula dan bawang besar.
Siap daging goreng kicap ringkas. Kalau malas nak goreng sayur, boleh masukkan sekali kacang panjang & lobak merah ke dalam daging goreng kicap ini. Jadilah resepi lengkap lauk & sayur. Sesuai dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih kesukaan ramai.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~