Biskut sarang semut, biskut tradisional yang mesti ada di pagi raya

June 07, 2018

Biskut sarang semut | Biskut tradisional sememangnya ada pengikut nya yang tersendiri. Lagi-lagi dengan rasanya yang autentik, sudah pasti menjadi kegemaran tetamu yang bertandang ke rumah. CN percaya pasti ramai yang sukakan biskut sarang semut ini kan? Bahan nya seakan bahan membuat biskut semperit, cuma cara membuatnya agak berbeza sedikit. Jom cuba resepi biskut sarang semut yang mudah ini.


Resepi biskut sarang semut

biskut sarang semut, resepi biskut sarang semut, bahan membuat biskut sarang semut, cara membuat biskut sarang semut
Biskut sarang semut


Bahan membuat biskut sarang semut


>> 1 cawan majerin (CN suka guna planta sebab lagi wangi)
>> 1 cawan  gula halus (kalau mahu kurang manis kurang kan tiga sudu gula)
>> 1 biji kuning telur
>> 1 1/2 cawan  tepung kastard
>> 1 3/4 cawan gandum
>> 1 tutup esen vanila 

Cara membuat biskut sarang semut


>> Pukul majerin dan gula halus sehingga sebati kemudian masukkan kuning telur. Kacau sebati.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila.  Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. hajat di hati nak buat kuih tau minggu ni, CN.
    izzat plak demam :(
    melayan dia aje lah.
    kalau izzat ke skola, memang aida sorang kat rumah, menjadik la 1-2 kuih raya.

    ReplyDelete
  2. one of my fav biskut raya. dah tu tak banyak bahan yg digunakan.ehee

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  3. hajat di hati nak buat kuih tau minggu ni, CN.
    izzat plak demam :(
    melayan dia aje lah.
    kalau izzat ke skola, memang aida sorang kat rumah, menjadik la 1-2 kuih raya.

    ReplyDelete
  4. dulu rajin gak buat.. skrang tak. mujur ade jumpa yang buat sedap so setia each year yang tu je hehe..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.