Apam Susu Gebu
Apam susu sememangnya menjadi kegemaran anak bujang CN si Irfan. Dia akan habiskan selagi ada di depan matanya. Serius memang sedap apam susu ni. Dengan rasanya yang gebu, sekali makan pasti nak lagi. Jika anda berminat untuk mencuba resepi apam susu gebu ini bolehlah rujuk di entry Resepi Apam Susu di sini.
Kali ini CN cuma menggunakan warna merah dan original sahaja. Nak lagi sedap, tukarkan pewarna merah kepada perasa strawberi. Serius akan rasa susu dan strawberi. Sedap tau ~
Ini adalah apam susu gebu setelah dipotong-potong. Irfan yang mengambil gambar ni sebab dia sudah biasa dengan aktiviti CN yang suka ambil gambar makanan yang dimasak. Blogger katakan ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~