Gambar SINI
1. Tahu apa sebenarnya yang anda mahu
: Tetapkan matlamat yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mencapainya dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.
2. Tetapkan tujuan untuk usaha yang anda lakukan
: Masalah ramai orang ialah mereka bekerja keras tetapi tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu duit? Adakah mereka bekerja ke arah duit? Adakah anda mahu duit? Atau apakah tujuan anda mencari duit? Berikan diri anda tujuan yang JELAS supaya anda tahu untuk apa anda usahakan.
Gambar Hiasan
3C ( Cerita Cikgu CANTIK ) episod 1.
Situasi 1
Pelajar 1 : Cikgu...ni kelab apa ?
Cikgu Cantik : Kelab pengguna..nak join ker?
Pelajar 1 : Mestilah nak ! Cikgu cantik kat kelab ni. Wei..jom join kelab ni ! (Sambil mengajak rakan2 yang lain)
[ Jumlah pendaftaran Kelab Pengguna pada tahun tersebut meningkat 2 kali ganda disebabkan kehadiran Cikgu Cantik ]
Situasi 2
Cikgu Cantik : Okay Pelajar A, faham tak apa yang cikgu ajar ni?
Pelajar A : Cikgu..umur cikgu berapa yer? Cikgu cantiklah..
Cikgu Cantik : @#$&*(&^%#@
Situasi 3 :
Bersambung.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra...
CN kini berada di dunia BARU. Tempat BARU. Orang BARU. Udara BARU (kat KL kan IPU paling tinggi kat Malaysia..kat Kuala Langat ni bersih sikitlah...hehe )
CN bertukar sekolah dari SMK St. Mary (sekolah elit di KL) ke SMK Telok Panglima Garang (sekolah paling besar enrollment di Kuala Langat). Kejutan budaya bagi CN dengan perubahan budaya kerja & disiplin pelajar. Alhamdulillah..CN mampu adapt dengan bantuan guru2 di sini yang peramah & rajin membantu. SMK Telok Panglima Garang dibanjiri cikgu2 senior di sesi pagi. Sepupu bapa mertua CN pun disekolah yang sama dan menjadi ketua ICT. Alhamdulillah..semua dipermudahkan. CN bekerja dibawah bimbingan bapa saudara sendiri.
..................................................................................................................
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Irfan si bambam CN kembali montel setelah tinggal bersama mamanya. Almaklumlah, CN kini bukan lagi mama hujung minggu ! Alhamdulillah..terlalu nikmat rasanya membesarkan anak dengan tangan sendiri. Walaupun penat balik sekolah kena memasak dan menguruskan anak, tapi kepuasan melakukan semua benda tu tiada tandingan !
Irfan semakin besar mempunyai selera makan seperti orang dewasa. No more puree atau benda lembik2 ! Memang dia takmo ! Heheh. Tapi yang merisaukan, makanan yang agak pedas pun dia belasah gak ! Budak ni mmg jawa sejati, makan makanan pedas. TAPI ! Perlu diingat bahawa bukan semua makanan orang dewasa boleh dibedal oleh anak kecik kita. CN berkongsi dengan anda semua tentang makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi berumur 2 tahun. [ Sumber : SINI ]
Irfan semakin besar mempunyai selera makan seperti orang dewasa. No more puree atau benda lembik2 ! Memang dia takmo ! Heheh. Tapi yang merisaukan, makanan yang agak pedas pun dia belasah gak ! Budak ni mmg jawa sejati, makan makanan pedas. TAPI ! Perlu diingat bahawa bukan semua makanan orang dewasa boleh dibedal oleh anak kecik kita. CN berkongsi dengan anda semua tentang makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi berumur 2 tahun. [ Sumber : SINI ]
Salam mesra...
Entry kali ni adalah flashback SAKURA di bumi UNIMAS. Macam dah boleh buat tajuk novel kan? Hehehe.. Untuk pengetahuan semua, UNIMAS atau pun nama penuh UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK yang terletak di Sarawak bumi kenyalang mempunyai sebuah kolej kediaman khas untuk pelajar wanita iaitu KOLEJ SAKURA.
Kolej Sakura terletak bersebelahan dengan Kolej Alamanda & Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, berhadapan dengan Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Kejuruteraan. Ini merupakan tempat paling strategik untuk meng'usyar' mamat hensem dekat Fakulti Kejuruteraan ! Hahahaha
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Cuti sekolah telah berakhir dan guru-guru kembali bertugas seperti biasa. CN yakin pasti ramai rakan-rakan guru termasuk CN yang akan mengalami keletihan tahap melampau masa hari pertama bekerja. Almaklumlah, cuti skolah yang lama akan menyebabkan rasa 'lemau' yang teramat sangat. Jadi CN ingin berkongsi dengan anda semua tips hindar keletihan ketika bekerja yang dipetik dari akhbar BH edisi 23/12/2013.
Masjid Putrajaya yang tersergam indah...
Si kecik yang aktif berlari-lari di dataran berhadapan Masjid Putrajaya
Berlatarbelakangkan replika istana di Alamanda Putrajaya
Irfan yang sangat aktif di Masjid besi sampai berpeluh-peluh..hehe
CN & Irfan di masjid besi, tak tahu nama masjid ni, tapi view mmg cantik.. ahaks ~
Irfan & Paklang di tepi tasik
Aktiviti melompat dan dilompat..wee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Pejam celik kita dah berada di hujung tahun 2013. Cuti sekolah akhir tahun kian berakhir dan ini merupakan cerita sedih untuk cikgu2 ! Hehehe
Alhamdulillah, cuti skolah ni CN telah menjadi fulltime housewife + blogger. Banyak jenis masakan dah CN cuba, banyak blog otai2 dah CN terjah dan belajar sikit2 ttg dunia blogging..dan yang paling best... my dear bambam Irfan pun menjadi semakin BAMBAM sebab 24 jam bersama mamanya ! Langsung budak bambam ni takmo susu tepung, keje dia bila haus + lapar, selak baju mama dia ! Ahaks
CN bersyukur sangat sampai ke hari ini, CN masih lagi breastfeed Irfan. Hasilnya, Irfan makin bambam dan sihat manakala CN maintain slim boleh makan apa yang CN nak sebab semua lemak2 ditransfer kepada Irfan ! Yeah !
Cuma masalahnya skarang, CN dalam proses cuba nak bagi adik kat Irfan. Macam mana yer nak bagi Irfan kurang bergantung kepada breastfeeding? CN plan nk campur jer dgn formula milk sebab susu pun tak berapa banyak, then kalau preggy, mmg nk stop breastfeeding sebab takut effect kat baby. Mama2 dan bakal mama yang gorges ada cadangan tak?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra...
Kita sebagai anak MESTI merungut bila ibu minta tolong sesuatu.
Biasa lah, bila dah dewasa jadi keras kepala dan lupa diri yang kita ni hanyalah seorang ANAK kepada seorang IBU. Kita sering LUPA bahawa kerja yang disuruh itu tidak seberat MELAHIRKAN kita.... INSAF !
Moga CN mampu menjadi seorang ANAK yang soleh kepada ibubapanya..amin...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sumber SINI
Salam ceria..
Kita sering ditanya, siapakah orang pertama mencipta mentol, siapakah orang pertama mencipta telefon dan pelbagai lagi. Tapi, tahukah anda siapakah 30 orang yang pertama dalam ISLAM ??
Gambar sumber SINI
Salam Jumaat...
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif :
1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup !
Salam mesra..
Selfie ataupun ambil gambar sendiri adalah satu cara untuk tonjolkan diri dan dipamerkan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Keek dan pelbagai lagi. Golongan muda yang majoriti gemarkan aktivit selfie ini. Tapi jangan terkejut bila tengok ramai juga golongan veteran malah PM kita sndiri pun ada berselfie bersama pemimpin lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Sebagai ibu/mama/mummy/umi..CN percaya pasti anda suka MENJERIT kepada anak bila dorang buat sesuatu yang tidak disukai. Biasalah, orang pompuan mmg terkenal dengan sikap suka menjerit. CN pun sama, tak dinafikan, kadang2 bila Irfan buat sesuatu yang tak bagus, secara automatik, CN pasti akan menjerit untuk menghalang Irfan ! Dengan menjerit, Irfan akan terkejut dan tak jadi nak buat benda tu. TAPI, dengan menjerit bukanlah cara terbaik untuk mendidik anak2.
CN nk tanya pembaca tersayang semua, u all pernah tak driving then kereta mati dekat trafic light ? Cepat ngaku ! Tak yah malu2 ! Hehehehe
Nak dijadikan cerita, CN dah lama dapat driving lesen, lesen amik sendiri tau, bukan beli. Tapi ketidakyakinan diri menyebabkan CN simpan elok2 jer driving lesen tu dalam purse. Tengok kejab2 jer bila bosan. Yela, sekolah dekat ngn umah jer, jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai ! Memang tak penting ler kereta tu... TAPI.. disebabkan CN dapat tukar sekolah dekat kampung hubby yang kebetulan TERPAKSA driving sebab kalau jalan kaki memang basah ketiak dan sebagainya......
[ Kredit : Cikgu Ismail (Kelab Guru Malaysia) ]
Salam mesra..
Tahukah anda HAK anda apabila diberhentikan / ditahan POLIS ? CN ada jawapannya ...
A.) Apabila Diberhentikan Polis :
Qasidah Ya Hanana
Salam Jumaat..
Nak dijadikan cerita, anak bujang CN yang omel lagi bergaya iaitu Muhammad Irfan buat perangai menangis pagi2 buta pukul 3 lebih !
Jenuh ler CN dan hubby duk pujuk, dukung bagai, masih menangis ! TAPI ! Bila bawak dekat laptop, terus diam. So Encik Hubby pasanglah video Qasidah Ya Hanana ni. Leka la Irfan dan tak menangis lagi..fuhh ! Irfan tertidur lepas bateri laptop habis..CN dah selamat tidur tak sanggup tunggu Irfan..sorang2 jela budak tu layan Qasidah Ya Hanana ni mendayu2 sampai terbawa2 dalam mimpi CN ! Hehehe..
TAHNIAH !
30,988 murid mendapat semua A untuk PMR 2013.
Teruskan usaha anda dan tingkatkan mutu pendidikan negara.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Tahukah anda bahawa SUSU IBU mempunyai 14 KELEBIHAN berbanding dengan SUSU LEMBU FORMULA ?
SUSU LEMBU FORMULA
- Minerals
- Vitamins
- Lemak
- DHA/ARA
- Karbohidrat
- Protein
- Air
SUSU IBU
Salam mesra..
Harini genap Irfan 1 tahun 4 bulan. Sekejab jer masa berlalu, dari pandai menangis sampai dah pandai membebel budak kecik ni. Tapi memang seronok melayan si kecik membebel, siap dengan mimik muka dan gaya sekali ! Kalau dia perasan kita main2 kan dia, confirm kena ketuk dengan apa yang dipegangnya, jangan ingat budak kecik tak faham kita main2 kan dia yer !
Banana Almond & Chocolate Moist Cake
Chocolate Moist Cake
Salam mesra...
ProjekCutiSekolah kini bersiaran secara langsung dari dapur CN !
Berkat bantuan Kak Iz & Dek Yah, maka terhasil lah Banana Almond Cake yang awesome & Chocolate Moist Cake yang menggoda jiwa !
Kemain lagi kan ? Biasa la, first time beb masak benda2 ni. Dulu selalu buat kek pisang, tapi takde almond, bila letak almond atasnya, fuhh ! Sedap beb ! Actually, motip utama adalah buat chocolate moist cake untuk Encik Hubby sebab dia dah tergoda dengan Chocolate Moist Cake dekat Petronas ! Mana aci, CN boleh buat sendiri, sibuk jer nk beli dekat Petronas kan?
Salam mesra..
Tajuk kemain lagi ! Bukan bakal merindui budak bambam yang aktif baru nak up ni, CN bakal merindui SMK ST. MARY ! Kenapa ? 2014 bakal menyaksikan kemasukan CIKGU yang omel lagi bergaya ke SMK Telok Panglima Garang.
Anak2 tersayang. Dari kiri : Tharanee, Najihah & Velonney
Salam mesra..
Sekarang ni CN agak buzi mengemas bilik sebab baru berpindah dari KL. Tak sangka lak bila mengemas, tudung & shawl sahaja 3 beg ! Tu belum lagi beg baju yang BESAR dan 3 beg ! Rasa2nya baju dan tudung CN tak berapa banyak sebab bila nk pakai jer, ada yang tak matching, tapi bila mengemas boleh pulak sampai berbeg-beg. Encik hubby pon terkezut gak tengok banyak giler barang2 wife dia. Yang kelakar, set kecantikan termasuk make up, losyen,supplemen dan aksesori pon 1 beg beso !
Bak kata CN kepada Encik Suami, " Ala yang, orang cantik memang banyak barang dia ! " Hahahaha !
Assalamualaikum..
Konsep POLIGAMI di Malaysia seringkali dikaitkan dengan nafsu lelaki. Bahawa POLIGAMI dibenarkan untuk kaum lelaki memenuhi nafsu mereka secara sah. Namun tidak ada sebarang ayat dalam Al-Quran yang menyarankan POLIGAMI sebagai satu penyelesaian bagi masalah nafsu orang lelaki. Undang2 Malaysia juga tidak mengiktiraf nafsu sebagai satu syarat untuk berPOLIGAMI.
Maklum Balas dari KWSP sendiri yang menunjukkan pengeluaran KWSP akan dikenakan cukai 20% sebenarnya adalah fitnah.
Fuhh ! Baru dalam proses pengeluaran KSWP ni sebab baru dapat taraf berpencen, banyak tu 20%.
Alhamdulillah, itu adalah FITNAH semata-mata. Inilah INTERNET. Suka hati jer sebarkan FITNAH. Orang yang tak selidik tu terus jer SHARE. Bikin kalut jer ! Isy2..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
pertukaran guru
5 Perkara Perlu Dilakukan Setelah Mendapat Surat Pertukaran Sekolah
December 11, 2013
Assalamualaikum..
Jika anda pembaca setia blog CN, pasti anda sedia maklum tentang pertukaran CN dari KL ke Selangor. Setelah 7 kali permohonan, akhirnya berjaya juga CN ditukarkan ke SMK Teluk Panglima Garang.
Adalah WAJIB cikgu2 yang mendapat pertukaran sekolah untuk melakukan beberapa perkara supaya tidak menyusahkan rakan2 guru yang lain. Ingatlah, jika anda memudahkan tugas orang lain, Allah S.W.T akan membantu anda memudahkan tugas2 anda.
Assalamualaikum..
FROG VLE (Virtual Learning) adalah satu sistem pembelajaran online di bawah KPM untuk meningkatkan penggunaan ICT dikalangan guru, pelajar dan ibubapa. Ia adalah platform pembelajaran maya yang mudah digunakan. FROG VLE memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik PdP.
Untuk pengetahuan semua, FROG VLE mempunyai aplikasi untuk menyemak penggunaannya dikalangan guru, staf sokongan, pelajar dan ibubapa. Tempoh kekerapan penggunaan juga dapat disemak oleh admin sekolah. Pihak PPD dan JPN akan sentiasa memantau sekolah supaya sentiasa menggunakan sistem ini. SMK St. Mary merupakan antara sekolah menengah di KL yang kerap menggunakan sistem ini. Persoalannya, bagaimanakah pihak sekolah mampu 'memaksa' guru, staf dan pelajar akses sistem ini? CN ada jawapannya ! Hehehe..
Salam mesra...
Perasaan 'lemau' telah melanda CN ekoran cuaca yang mendung dan kadang2 hujan. Mood menulis entry agak lembap. Jadi CN cuma berkongsi dengan anda gambo2 sahaja yer. Janji ada entry gak kan ?
Ahaks ~
Gambar GOOGLE
" Kuncilah pintu-pintu kalian & sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya Syaitan tidak dapat membuka pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya. "
[ Shahih Muslim, no: 3756/2012 ]
Assalamualaikum..
Angin Monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur dan menyebabkan banjir di sesetengah tempat turut melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam sahaja, hujan turun sepanjang hari menyebabkan CN dan ramai lagi orang dijangkiti virus Influenza. Irfan lagi dasyat, bukan sahaja selsema tapi turut disertai batuk yang teruk !
Disebabkan Irfan pernah Pneumonia, CN jadi takut bila Irfan batuk. Masa Irfan admit di Hospital TAR Klang sebab Pneumonia, doktor pernah bagitau CN perbezaan antara batuk biasa dengan batuk semput. Jika anak kecil anda batuk semput/sukar bernafas, anda perlu lihat 3 Tanda berikut :
4 Perkara Penting Tentang Penyimpanan Susu Ibu
Salam mesra..
Entry CN di SINI tentang breastpump mendapat carian antara tertinggi dalam blog ni. Jadi CN bersukahati berkongsi dengan anda semua tentang cara penyimpanan susu ibu yang betul berdasarkan rujukan CN kepada beberapa orang Pakar Laktasi di Malaysia.
1. Bekas untuk menyimpan susu ibu tak perlu disteril. Ia hanya perlu dibasuh di dalam air sabun dan dibilas ataupun anda boleh mencucinya di dalam mesin pencuci pinggan. Jika tiada sabun, anda boleh menggunakan air mendidih untuk mencucinya.
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 37/2013
Imbuhan tahunan ATAU Bonus dibayar pada 2 Januari 2014.
[ Alhamdulillah, rezeki, siapa nk bagi kan? Hehehe ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
PBS merupakan isu hangat yang mesti diambil PERHATIAN oleh pihak Lembaga Peperiksaan, KPM dan mana2 badan berkaitan untuk di'perbaiki' sebab kalau dimansuhkan agak membazir disitu sebab dah beribu-ribu RM habis untuk sistem ini.
CN taknak komen banyak sebab kalau terlebih komen, ada pula yang akan mengadap Bahagian Tatatertib ! Hehehe
Jadi, CN cuma nk mengajak anda semua untuk LIKE page Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan supaya sistem PBS ini boleh diperbaiki untuk masa depan anak-anak kita semua. InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Alkisah, CN telah berjaya dalam pertukaran guru Sesi Januari 2014 dan sebelum tu CN telah berniat untuk menyembelih seekor lembu dan dibuat kenduri doa selamat. Jadi, niat CN tu dikira NAZAR dan CN WAJIB menunaikannya. InsyaAllah, tak ada aral melintang, bulan Februari ni jemputlah datang ke rumah mertua di Jenjarom untuk kenduri doa selamat (nazar) merangkap kenduri kahwin adik ipar CN yang kedua.