Pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk membeli domain daripada mereka, bagi CN, pilihan yang terbaik adalah di NetKL!
Sebelum membeli domain di NetKL, CN pernah beli domain dengan MYNIC, tapi technical support sangat menghampakan. Ini adalah pendapat peribadi CN sendiri, mungkin rakan blogger yang memilih MYNIC mempunyai alasan tersendiri.
Untuk CN yang memang tak berapa terer part technical, memang tensen masa nak setup domain tu. Sebab tak terer dan give up, CN tukar ke domain yang dibeli di NetKL. Alhamdulillah, technical support sangat membantu. Mereka siap setup untuk CN lagi ! Hah ! Tak payah nak pening kepala nak setup, cuma bayar je domain tu setiap tahun !
Jadi untuk rakan blogger yang berminat nak beli domain, CN cadangkan anda beli di NetKL. Jangan runsing tentang setup, technical support di NetKL akan membantu anda. Klik banner di atas untuk keterangan lanjut.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1. Facebook : You are probably already on FB, Instagram all day. Instead of posting selfies, help manage the social media accounts of non-profit organisations.
2. Influence : Having a tonne of followers on your social media accounts or blog is a good opportunityfor you to help spread the word of positive messages and charitable campaigns.
3. Teach : Online classes are now as common as dirt. Pick something you're good at, be it FROG VLE or playing the guitar, and spread the knowledge.
4. Translate : If you are blessed with a gift of language, NGOs often need help with translating their materials into different languages.
5. Write : Contribute articles, manage a blog, write a report - there is always a need for good writes [For us blogger ! ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Drama Emergency Couple
Musim cuti sekolah ni, CN dengan sepenuh hati melayan cerita korea bersama-sama adik2 tersayang iaitu Cik Zaty dan Dek Yah. Cerita yang meninggalkan kesan dan boleh tengok berkali-kali adalah cerita bersiri Emergency Couple.
Emergency Couple diterajui oleh member tetap Running Man iaitu Song Ji-Hyo yang membawa watak sebagai Doktor pelatih bernama Oh Jin-Hee. Pelakon lelaki utama pula adalah Choi Jin-Hyuk yang mempunyai senyuman manis yang menggoda membawa watak sebagai Doktor pelatih bernama Oh Chang Min.
Cerita Emergency Couple ni best sebab sangat2 kelakar tetapi berinformasi tentang dunia perubatan. Banyak yang CN belajar tentang ilmu perubatan dari cerita ni. Yang paling best, pelakon lelaki dan wanita utama cerita ni sangat serasi dan sweet sangat ! Cerita ni pun tak ada orang jahat ! CN tak suka cerita ada orang jahat...hehe
Kepada anda yang meminati cerita korea, jangan lupa tonton cerita Emergency Couple ! Anda pasti tidak mampu berganjak dari tempat duduk ketika menonton cerita ni....ahaks
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
FROG Revise : Aplikasi menarik di dalam FROG VLE
Berita baik untuk semua pelajar di Malaysia yang mempunyai akaun FROG VLE. Anda kini boleh ulangkaji dengan mudah di laman web FROG VLE dengan aplikasi Frog Revise.
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Log in ke akaun FROG VLE menggunakan ID dan password yang telah diberi oleh guru anda.
2. Klik icon Quick Launch seperti dalam bulatan merah pada gambar di bawah.
3. Pilih icon The Pond seperti dalam bulatan merah pada gambar di bawah.
4. Klik banner seperti dalam gambar. Anda akan ke New Window dengan tajuk Frog Revise.
5. Pelbagai tips dan cara pembelajaran berkesan boleh didapati di Frog Revise ini.
Apa tunggu lagi. Jom mengulangkaji bersama FROG VLE !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Menegur jangan sampai menghina
Mendidik jangan sampai memaki
Meminta jangan sampai memaksa
Memberi jangan sampai mengungkit
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Jangan KEJI anak orang, anak kita belum tentu lagi.
Jangan HINA masa depan orang, nasib kita belum tahu lagi
Jangan suka MENGATA orang, lebih baik perbaiki diri sendiri..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cara membina FORM dalam VLE FROG
Panduan kepada guru-guru yang ingin mempelbagaikan widget dalam site anda. Widget FORM boleh dijadikan sebagai borang soal selidik atau pun latihan kepada pelajar. Penggunaan widget FORM sangat mudah dan user friendly. Di bawah CN berkongsi cara membina FORM di dalam site PT3 Geografi CN di mana site ini CN berkongsi dengan pelajar cara-cara menyediakan kerja kursus Geografi untuk PT3.
Selamat mencuba !
1. Log in ke akaun VLE FROG anda. Buka Site anda. Kemudian klik Edit di bahagian kiri. Terdapat 3 column iaitu Page, Widgets dan Setting. Klik Widgets. Sebelum membina FORM, pastikan anda membina New Page di Site anda seperti di dalam bulatan di bawah.
#ProjekCutiSekolah : Handbag homemade
Hah ! Bosan duduk dirumah tiada aktiviti menarik? Meh kita ramai2 buat handbag homemade ni...kelas gituwww !
Dah tak payah nak beli beg baru bukak sekolah nanti..kretif sungguh ler mereka yang buat benda ni ;)
Abaikan mereka yang bersikap negatif,
ianya boleh berjangkit !
Setuju sangat !
Diri kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. Jika kita dikelilingi orang yang bersifat positif, InsyaAllah, kita juga akan bersifat positif.
Perkara yang sama berlaku di tempat kerja. Kebiasaan kita akan melihat golongan yang berjaya dikelilingi oleh orang yang berjaya juga. Golongan yang suka dengki akan orang lain, kawan2 nya juga mempunyai minat yang sama iaitu dengki dengan kejayaan orang lain.
Bagaimana mengatasi orang yang sentiasa negatif ni?
Cuba elakkan diri !
Itu langkah terbaik. Kadang2 pening gak kepala dengar luahan rakan yang asyik berfikiran negatif jer. Semua orang buat salah, dia sorang yang betul ! Cubalah elakkan diri darinya. CN kadang2 buat2 sibuk dengan laptop bila orang tu datang, tak pun, buat2 on call then pergi darinya.
Serius, orang yang macam ni merupakan virus yang sangat bahaya !
Ingatlah, diri yang positif akan menghasilkan aura yang positif pada wajah dan dirinya. Jadilah seorang yang positif ...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Senaman Otak
Tugas harian yang sibuk menyebabkan kita sering berasa letih, lesu dan stress kerana otak bekerja dengan ligatnya. Lagi-lagi tugas seorang guru yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum ! Seperti anggota badan yang lain, otak juga perlu bersenam untuk mengekalkan kecerdasan dan berfungsi dengan lebih baik.
Bagaimanakah caranya senaman otak ini?
Amat mudah ! Sediakan sehelai kertas dan 2 batang pen hitam dan biru. Pegang pen hitam dengan tangan kanan dan pen biru dengan tangan kiri. Conteng kertas dengan menggunakan kedua-dua tangan pada masa yang sama selama 3 minit. Apa yang anda rasa?
Percayalah selepas melakukan senaman otak ini, anda akan berasa tenang dan boleh kembali fokus kepada kerja. Sakit kepala akibat stress juga akan beransur hilang.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lee Dong Wok CN !
Hah ! Kemain lagi entry CN dekat sini duk awesome dengan Lee Dong Wok yang hensem tu. Tapi di hati CN tetap Encik Suami yang paling awesome ! Kalah Lee Dong Wok tau !
Nak jadikan cerita, disebabkan jeles dengan CN yang asyik dengan Lee Dong Wok, Encik Suami telah cuba mentransformkan diri dengan memakai sweater leopard CN dan menukar sedikit fesyen rambut ! Pergh ! Memang kalah la Lee Dong Wok ! Hehehe
p/s : Muat pulak Encik Suami sarung sweater CN yer, untungla badan kecik ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lee Dong Wok owh Lee Dong Wok
Cuti sekolah ni, selain berblogging dan berblogwalking..CN juga mengisi masa lapang dengan melayan cerita korea. Hah ! Ni nak cerita, dari zaman remaja dulu sampailah dah jadi mama Irfan, CN tetap meminati jejaka hensem bernama Lee Dong Wok.
CN terpikat dengan Lee Dong Wok ni masa tengok cerita My Girl. Alahai..sweetnyer dia dalam cerita tu ! Suka sangat ! Tengok banyak kali pun tak kisah tau..hehe
Sekarang duk layan cerita Hotel King. Lee Dong Wok gak berlakon...alahai....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Blogging : Memberi komen yang menyentuh jiwa
Jika berkelapangan, CN akan cuba blogwalking ke blog2 rakan untuk membalas komen. Tapi tahukah anda, dengan mengomen juga mampu menyentuh jiwa bukan sahaja si empunya blog tetapi juga si pembaca blog tersebut untuk singgah ke blog anda? Berikut merupakan tips memberi komen yang menyentuh jiwa dari Blogger Melastik Bintang yang CN ingin kongsikan bersama pembaca tersayang.
- Apabila anda meninggalkan komen, ambil masa untuk kenali nama penulis dan gunakan namanya semasa meninggalkan komen di artikel tersebut.
- Cuba berasa di 5 komen pertama. Jika komen anda mudah dilihat maka anda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan respon kepada komen yang ditinggalkan.
- Sentiasa tinggalkan komen yang ada 'add value' kepada artikel tersebut. Anda boleh menanyakan soalan atau memberi pendapat.
- Mulakan pendebatan yang sihat di ruangan komen. Bertindak balas kepada komen orang lain. Dengan cara itu anda akan dapat menarik perhatian yang lain.
- Akhir sekali tanam sikap ikhlas semasa memberi komen.
Tidak lupa juga TERIMA KASIH tidak terhingga kepada anda yang rajin berkunjung dan mengomen di blog CN. Nantikan entry Pengomen Tegar Bulan November selepas ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Try by Colbie Caillat
Lagu baru kegemaran CN. Colbie Caillat ni antara faveret singer CN. Suka kebanyakan lagu2 dia yang santai dan bermotivasi. Bukan cinta semata-mata. Macam lagu Try ni, lirik ni simple tapi bermakna. Jom kita berkaroeke sama2 yer.
Try by Colbie Caillat
Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan
Marilah kita bersama-sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Gua Tempurung
Destinasi terakhir untuk Class Trip 3KRK1 adalah ke Gua Tempurung di Gopeng, Perak. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Sebab itu, apabila anda menjelajah ke dalam Gua Tempurung, ada dipamerkan alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.
Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan destinasi pilihan sebelum ke Gua Tempurung pada hari kedua Class Trip 3KRK1 ke Ipoh. Merupakan kawasan batu kapur yang menawarkan pemandangan tasik yang indah. Masuk ke sini adalah percuma. Bayaran untuk menaiki bot ke pulau seberang adalah RM3 untuk dewasa. Yeke namanya pulau seberang? Suka hati CN je bagi nama..hehe
Berakhir sudah SPM 2014. Last paper harini adalah ICT Kertas 1. Pergh ! Dua tahun berturut-turut jaga SPM. Tapi geng pengawas SPM tahun ni paling best dan sporting ! Last duty harini, kitorang buat potluck. Memang best dan meriah. Gambor atas ni antara Pengawas SPM 2014 yang bertugas di SMK Bandar Banting. Sila abaikan gambo CN yang nampak gemok benor ! Itu adalah masalah angle ! Huhu
Boss kitorang belanja kepci dan laksa homemade.
CN bawak nasi goreng cili padi pedas berasap dalam bekas tupperware hijau tu..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cafe Nadia Sugar & Spice
Masih lagi bercerita tentang class trip 3KRK1 ke Ipoh. Kali ni CN nak review tentang tempat makan best di Ipoh. Agak lama rasanya CN tak berjalan-jalan di bandar Ipoh ni. Last masa belajar di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng. Selepas tu, memang CN tak jejak kaki lagi ke Ipoh sebab tiada urusan di sini. Hehehe
Trip kami ni melibatkan 1 bas persiaran yang memerlukan tempat makan yang besar untuk kami sahaja. Jadi pelajar CN yang cerdik telah booking tempat makan best di Ipoh iaitu Cafe Nadia Sugar & Spice untuk kami dinner setelah berpenat lelah di Lost World of Tambun. Cafe ni terletak berdekatan dengan AEON Kinta City yang best tu. Mana tak best, tempat dating masa belajar di Matrikulas dulu ! Ahaks !
Ranking Alexa untuk 29112014
Ranking Alexa untuk 29112014 meningkat sedikit untuk global berbanding Ranking Alexa 29102014. Walau bagaimanapun, ranking di Malaysia jatuh teruk berbanding bulan lepas. Mungkin kerana CN kurang berblogwalking kerana sibuk dengan tugasan dan aktiviti hujung tahun. Rakan2 blogger jangan merajuk dengan CN yer. Nanti bila ada kelapangan, CN pasti akan berbalas blogwalking ke blog anda.
Terima kasih kepada pembaca setia yang tidak jemu terus menyokong blog blog cekgunorazimah.
I LOVE U ALL !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hillcity Hotel & Condo Ipoh
Class trip 3KRK1 ke Ipoh tidak sempurna tanpa tempat penginapan yang selesa. Hillcity Hotel & Condo di Jalan Gopeng menjadi pilihan kami. Terletak berhadapan dengan Gua Sam Poh Tong dimana terkenal dengan tempat menjual limau bali di Ipoh dan cuma mengambil masa 3 minit dari exit Simpang Pulai.
Hillcity Hotel & Condo menawarkan pakej penginapan yang berbaloi serendah RM88 semalam! Bilik CN siap ada bath tub lagi, kemain seronok Irfan berendam. Hotel ini terletak di atas bukit menawarkan pemandangan yang indah. Walau bagaimanapun, bilik CN mengadap belakang hotel iaitu kawasan perindustrian, tak dapat cuci mata...huhu
Bagi CN, kemudahan yang ditawarkan untuk setiap bilik agak memuaskan berpatutan dengan harganya. Pakej kami termasuk dengan breakfast. Walau bagaimanapun, pilihan menu buffet untuk breakfast agak terhad. CN paling suka kopinya. Memang ummpp! Lupa nak tanya chef situ guna kopi brand apa..hehe
Ok, jika anda berkunjung ke Ipoh/Gopeng, bolehlah menginap di Hillcity Hotel & Condo untuk bajet yang rendah dan selesa.
Ruang lobi yang luas sambil melepak menunggu orang
Bilik yang selesa siap dengan bath tub lagi
Irfan yang lincah berlari ke sana ke mari
Ibu CN tak kalah bergaya di sisi replika bangunan hotel
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jadilah orang yang :
Ketiadaannya di CARI
Kehadirannya di NANTI
Kepergiannya di RINDUI
Kematiannya di TANGISI
Dan kebaikannya di TELADANI
Semoga kita termasuk orang seperti itu..
Amin,,,,,
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Lost World of Tambun
Lost World of Tambun menjadi destinasi pilihan untuk class trip 3KRK1 2014. Sebagai guru kelas, CN follow jer bebudak ni nak ke mana. Yela, setelah berhempas pulas dengan PT3, inilah masanya untuk mereka enjoy !
Serius bagi CN masa 1/2 hari di Lost World of Tambun memang tak cukup untuk explore semua game di sini. InsyaAllah, jika ada kelapangan sebelum balik kampung di Parit Buntar, CN akan check in lagi ke sini.
Apa yang istimewa di Lost World of Tambun? Meh CN share pengalaman CN disini ye.
Carilah kelemahan sendiri sentiasa supaya kita tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain.
Tiada manusia yang sempurna di dunia ni.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Perkembangan Kanak-Kanak 2 - 3 Tahun
Menjadi seorang mama kepada si kecik yang aktif memang menjadi idaman setiap wanita. Walaupun penat melayan kerenah si Irfan yang semakin aktif, itulah racun & madu buat CN. Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun 3 bulan umur Irfan. Baby ESP CN ni semakin keletah berkata-kata dan attention seeker di rumah ! Sangat2 manja..mungkin nak balas dendam sebab setahun dia menjadi anak weekend. Bila mamanya di depan mata, memang pulun habis2 buli mama ! Irfan..Irfan...
CN terjumpa artikel menarik tentang perkembangan kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun di Wannura Terapi. Nak share dengan pembaca tersayang dan sebagai rujukan untuk CN di kemudian hari. Senang tau nak cari apa2 semua ada dekat blog sendiri...hehe
Kita nampak hebat di mata manusia kerana ......
Allah telah menutup aib kita !
Bersyukurlah..
~ Salam jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Hi-Tea di PICC
PICC ataupun nama penuh Putrajaya International Convention Centre merupakan lokasi hi-tea Kelab Guru & Staf SMKTPG pada tahun ini yang bertemakan warna merah/hitam/grey. Ini merupakan hi-tea kali pertama CN di sekolah baru. Memang meriah dan best ! Jika di sekolah lama, setiap kali hi-tea pasti kami guru-guru akan bergaya sakan, tapi tiada pun anugerah untuk best dress. Cuma berlawan bergaya untuk bergambo. Biasalah sekolah pompuan, memang sakan cikgu2nya bergaya. Di sekolah baru ni, sambutan hi-tea memang meriah. Almaklumlah, jumlah cikgu dan staf melebihi 200 orang ! Ramai kan?
PICC ni mempunyai interior design yang cantik. Banyak tempat cantik boleh bergambo. Tapi gambo cantik2 tu dekat kamera cikgu2 lain, tak sempat nak kumpul lagi. Layan jela gambo dari kamera CN yang hampir uzur ni hasil kerja Irfan membaling berkali-kali ! Hehehe
Peta Titi : Untuk melihat hubungan yang sama / analogi
Contoh :
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~