3 Langkah Menarik Perhatian Anak Untuk Mendengar
Jika permintaan atau cakap kita tidak dipedulikan oleh anak-anak, cuba perhatikan samada ketika kita meminta anak membuat sesuatu di waktu dia sedang khusyu’ membaca buku cerita dan sebagainya. Berikan sedikit waktu untuk mereka seperti..“Selepas Syafiq habis baca bab 5 tu.. tolong mama keluarkan sampah ye”. Jika anak masih tidak melakukan seperti yang kita suruh selepas habis bab 5, datang dekat kepadanya, buat hubungan mata, katakan dengan tenang dan ringkas. “Syafiq, sampah”. Mungkin pada ketika itu anak akan teringat apa yang harus dilakukannya.
.
Perhatikan juga samada anak berkemampuan atau tidak melakukan seperti yang disuruh. Adalah tidak logik meminta anak yang berusia 5 tahun mengangkat tong sampah yang berat yang hanya mampu dilakukan oleh anak-anak yang lebih besar.
.
Kadang-kadang untuk memudahkan anak-anak mendengar dan melakukan apa yang kita suruh, pertimbangkan untuk memberi pilihan kepadanya. “Syafiq boleh tolong mama siramkan pokok itu sekarang atau Syafiq boleh lakukannya selepas bermain bola nanti.” Jika anak membuat pilihan kedua, maka selepas bermain bola, kita wajar mengingatkannya sekali lagi. Jangan membebel kerana anak-anak mudah terleka dan terlupa lebih-lebih lagi apabila ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya.
.
Sumber : Ibubapa Cemerlang
p/s : CN tengah cuba kurangkan sikap suka membebel, anak laki memang tak suka dibebel ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mengajak lebih baik dari memberi arahan
Elakkan dari memberi arahan kepada anak-anak sebaliknya mengajak mereka melakukan bersama-sama. Anak-anak kecil akan menjadi lebih teruja dan lebih bersemangat jika ibu bapa sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang mereka lakukan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam entry SINI, CN telah berkongsi tentang 27 Panduan Menjadi Guru Abad ke 21. Kali ini, CN berkongsi dengan anda apakah itu Pendidikan Abad ke 21.
Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan acap kali menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Namun, untuk menjelaskan Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, ia lebih dari sekadar anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber. Sama ada yang berasaskan teknologi maklumat atau komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM memikul bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Kemahiran Abad ke-21, Ciri Pembelajaran dan Garis Panduan Pembelajaran Abad ke-21 semuanya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan tidak lama dahulu.
Memastikan keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar prasarana dan Susun Atur Bilik Darjah Alaf ke 21 yang perlu dipersiapkan. Penentu utama kejayaan, warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happiness is a reward of creative thoughts, so if you want to be happy, set about creating happiness.
Ok. jom layan lagu Happiness by Red Velvet ! Cheer !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minda Orang Kaya VS Orang Susah
Mulakan langkah pertama bagaimana untuk menjadi seorang JUTAWAN BERIMAN KAYA & BERJAYA . Kita yang tentukan siapa diri kita.
Mulakan langkah pertama bagaimana untuk menjadi seorang JUTAWAN BERIMAN KAYA & BERJAYA . Kita yang tentukan siapa diri kita.
1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya" vs Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"
2: Orang kaya berbisnes untuk menang vs Orang susah berbisnes supaya tak rugi.
Tenang itu terletak pada keredhaan kita pada apa sahaja ketentuan Allah.
Sukar.
Tapi itulah maharnya..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Biarkan orang pandang rendah..
Asalkan kita mempunyai cita-cita tinggi
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Did you take the stairs or the elevator today?
CN : Stairs ...hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Si kecik kebiasaannya sangat memilih makanan. Irfan tak ada masalah untuk makan buah sebab dia memang suka makan buah. Masalahnya cuma sayur ! Memang confirm ikut gen CN sebab masa kecik pun CN tak suka makan sayur ! Hehehe
Apa yang boleh dibuat adalah cuba jadikan sayur sebagai desert yang menarik. Contoh, kacang panjang celup tepung. Sedap dan rangup tau !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hari pertama persekolahan untuk tahun 2015. Tugas sebagai guru tingkatan masih tetap dan berpencen. Tahun ini CN ditugaskan sebagai guru tingkatan 3 Progresif. Jumlah pelajar adalah 30 orang. 2/3 adalah pelajar lelaki.
Hari pertama persekolahan, CN mesti kena jadi cikgu garang ! Kalau tak, jenuh la nak takle budak2 ni..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kredit kepada Cikgu Suriati kerana berkongsi file word yang boleh diedit berkaitan dengan Buku Pengurusan Peribadi.
Tahun 2015 merupakan tahun ke-6 CN berkhidmat sebagai guru. Jadi CN kena prepare segala dokumen penting dalam 3 tahun untuk kenaikan pangkat ke DG44. Buku Pengurusan Peribadi ni antara langkah terbaik untuk penyimpanan dokumen2 penting tu.
Rakan-rakan pembaca boleh dapatkan Buku Pengurusan Peribadi di SINI yer.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Setuju sangat, jika dulu masa single byk gambar selfie dan gambar bukan2, tp lepas ada anak, henfon penuh gambar si Irfan jer. Ada video la, bila bosan mesti nak tengok gambar2 dan video lama. Seronok tengok perbezaan Irfan dulu dan kini. Anda pula bagaimana?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Orang yang HEBAT tidak akan melenting bila dicaci bahkan ia terus TERSENYUM, BERSABAR & MENDOAKAN yang baik-baik sahaja.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Bila gagal...sememangnya akan kecewa.
Pastikan ia tidak lama...
Just move on .............
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila orang kata tidak boleh..
Buktikan bahawa anda boleh !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jangan nak cakap besar yer, nanti memakan diri...
p/s : Tapi kalau bergurau suami isteri apa salahnya..selalunya yang mulakan gurauan macam ni Encik Suami, kemain eksyen cakap ex dia cun2 macam model..last2 kawin dengan cikgu comey ni gak ! Hahahaha
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Philips PerfectCare Aqua
Promosi Philips PerfectCare Aqua
Hari Isnin pertama di tahun 2015. Sepatutnya sesi persekolahan bermula pada hari ini, tetapi ditangguhkan ke minggu hadapan. Jadi CN pulun sepenuh hati meng'iron' baju untuk stok 2 minggu ! Pergh ! Memang marathon iron baju. CN tak suka iron baju hari2, membazir elektrik dan memenatkan. Biasanya CN iron baju untuk stok seminggu, kalu terlebih rajin, memang boleh sampai 3 minggu ! Hehehe
Lakukanlah segala KEBAIKAN sekecil apa pun kerana kamu tidak tahu KEBAIKAN yang mana menghartarkanmu menuju ke Syurga
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
2015 kini menjelma
Semoga menjadi tahun yang bermakna untuk kita semua.
[ Selamat Tahun Baru 2015 dari cekgunorazimah.com ]
Selamat Tahun Baru 2015 dari kami Guru Malaysia !
Tahun ke-6 CN sebagai seorang GURU. Tahun baru, cabaran baru, azam baru ! Semoga CN serta rakan2 Guru Malaysia semakin cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mendidik anak bangsa.
p/s : Gambar kenangan semasa menjadi Pengawas SPM 2014 bersama rakan2 Guru Malaysia yang BEST !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lama tak cerita tentang bujang CN sorang ni. Hah ! CN ada rahsia tau, Irfan ni atau lebih glamer dengan #IrfanHensem takut katak ! Serius, kalau cakap ada katak dekat kaki dia, kelam kabut dia lari!
Sebenarnya Irfan ni mula kenal katak masa di rumah opahnya. Alkisah 1 hari, ada katak beso gedabak dekat pintu bilik mandi rumah opah. Si kecik ni tengok jela dari jauh, tak tahu benda apa kan. Tiba-tiba ! Si katak beso gedabak ni melompat dengan tinggi dihadapan Irfan ! Apa lagi, menangis la budak tu terkejut dengan reaksi si katak beso gedabak tu yang tiba-tiba.
Mungkin kerana terkejut yang amat bila tengok katak beso gedabak melompat di hadapannya, sejak hari itu, Irfan memang takutkan katak. Kalau tengok katak dari jauh, dia akan diam dan jalan ke belakang mengelak dari katak tersebut.
Itulah asalnya bagaimana Irfan boleh kenal katak dan takut dengan katak. Sampai sekarang, kalau dia takmo dengar cakap CN, best gak kenakan dia cakap ada katak, terus peluk CN tau minta didukung ! Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa untuk 29122014
Ranking Alexa untuk 29122014 menurun dengan teruk berbanding Ranking Alexa untuk 29112014. Nak share pun malu, tapi ini adalah cabaran untuk CN lebih konsisten dalam berblogging. Almaklumlah, cuti lama ni duk dekat umah mak, line tenet lak slow. Itulah suam2 kuku jer berblogging dan berblogwalking. Walau bagaimanapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan blogger yang sudi singgah ke blog CN. Sayang sangat dengan komen2 membina dari rakan2 blogger yang sporting. Tanpa anda pembaca tersayang, siapalah CN.
Terima kasih kepada pembaca setia yang tidak jemu terus menyokong blog blog cekgunorazimah.
I LOVE U ALL !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
"Bahagianya perhubungan bukanlah kerana sempurnanya percintaan.
Tetapi kerana kita tetap dalam susah & senang ! "
InsyaAllah, tetap bersama menyokong Encik Suami ketika susah dan senang..
Kita manusia sering diuji dengan pelbagai ujian dalam perhubungan. Apa yang penting, redha dan berusaha untuk mengharungi dugaan tersebut..
p/s : Mood stress tapi cuba positive..InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Revolusi Cikgu Norazimah
Alhamdulillah ! Dalam tak sedar, dah 5 tahun CN dalam Dunia Pendidikan di Malaysia. Harini 28/12/2014, genaplah 5 tahun CN bergelar seorang pendidik. CN mula posting pada 28/12/2009. Agak lambat untuk posting berbanding rakan2 coursemate kerana masalah tertentu. Walau bagaimanapun, CN bangga & seronok menjadi seorang guru.
Dalam tempoh 5 tahun berkhidmat ni, CN wajib menjadi guru kelas. Jom berthrowback bersama CN dengan gambar kenangan CN bersama ex-students sebagai guru kelas merangkap mama dorang !
2010 : 2A di SMK St Mary
# Bebudak ni dah habis sekolah pun, kebanyakan mereka sambung belajar di IPTA/IPTS.
Like mother like son ! Begitulah perumpamaan antara CN dan Irfan. Persamaan antara kami adalah suka berselfie ! Habis kamera CN penuh dengan gambo selfie Irfan. Bila dah amik gambo, siap cakap "Yes!" lagi tau ! Lepas tu sibuk tunjuk dekat CN gambo selfie dia..alahai anak.
Kalau hujung minggu, aktiviti wajib adalah bawak si kecik amik angin laut di Pantai Morib. Memang meriah hujung minggu di Pantai Morib. Sebenarnya tak ada idea nak buat entry, saja nak tunjuk gambo Irfan bersama Ucu di Pantai Morib jer..hehe
Tahun depan ucu Irfan nak amik PT3, doakan dia berjaya yer.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni, memang sentiasa berfikir aktiviti apa yang boleh dibuat. Bila cuti, perut pulak asyik lapar jer. Jadi CN bersama adik tersayang Cik Zaty & Dek Yah bertungkus lumus menyediakan Kek Coklat Karamel yang sedap serta gebus ! Yang penting penyediaan sangat mudah !
Kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa, jom la masak Kek Coklat Karamel sedap ni ye. Meh CN share resepi.
Resepi Kek Coklat Karamel Sedap
Hari ini merupakan hari untuk penyerahan pelaporan PT3 untuk SMKTPG. Khabar angin menyatakan bahawa 80 markah adalah A rupa-rupanya adalah benar belaka ! Serius, calon PT3 yang mendapat straight A memang betul2 berkualiti ! SMKTPG cuma memperoleh seorang sahaja calon yang mendapat straight A iaitu Tarshaleni dari Kelas KRK1 iaitu kelas CN dari 6++ calon !
Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada semua calon PT3 2014 especially kelas 3KRK1. Anda telah buat yang terbaik. Teruskan usaha yang lebih dasyat untuk SPM 2016. Tiada tahun honeymoon ye tahun depan !
Tarshaleni yang memperoleh straight A..satu2 nya wakil SMKTPG yang mendapat straight A
CN dan guru angkat 3KRK1 bersama antara calon cemerlang PT3. Helmi (yang duduk kanan sekali tu) miss 1 markah untuk dapat straight A je.. alahai..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kafein dalam minuman popular Malaysia
Hah ! Bukan kopi jer yang ada kafein yer, pelbagai lagi minuman faveret orang Malaysia juga mengandungi kafein. Paling surprise teh hijau mengandungi kafein lagi tinggi dari Milo ! Pergh !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Limit your durian intake if ... you have diabetis !
Durian has high sugar content; it contains simple sugars: sucrose, fructose and glucose.
What fruit do you have instead of Durian? Share with your loved ones.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara membina QUIZ dalam VLE FROG
Panduan kepada guru-guru yang ingin mempelbagaikan widget dalam site anda. Widget QUIZ boleh juga dijadikan sebagai medium untuk latihan kepada pelajar selain widget FORM dalam entry SINI. Penggunaan widget QUIZ sangat mudah dan user friendly. Di bawah CN berkongsi cara membina QUIZ di dalam site matapelajaran Geografi CN.
Selamat mencuba !
1. Log in ke akaun VLE FROG anda. Buka Site anda. Kemudian klik Edit di bahagian kiri.
Rezeki Berkat
Sedikitnya cukup banyak diagih-agihkan
Rezeki Tak Berkat
Sedikitnya tidak cukup, banyak tida puas.
Umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus !
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~