Susu formula terbaik untuk seisi keluarga di rumah

June 26, 2020

Susu formula terbaik untuk seisi keluarga di rumah | Susu bukan sahaja penting untuk kanak-kanak, malah untuk kita orang dewasa juga. Lagi-lagi ibu mengandung dan orang tua, sangat penting pengambilan susu formula setiap hari. Susu formula ini bukan sahaja untuk ibu hamil, malah sesuai diminum oleh mereka yang menyusukan anak sebagai milk booster dan merancang untuk hamil. Pendek kata, amat mudah untuk menyediakan susu formula yang boleh diminum untuk seisi keluarga di rumah.

Susu adalah sumber kalsium yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Ini kerana, setiap hari bekalan kalsium dalam badan kita semakin hilang. Jadi amat penting untuk kita menambah semula simpanan kalsium yang hilang ini untuk sentiasa mencukupi.

Tahukah anda, sekiranya ibu hamil kurang mengambil minuman & makanan yang kaya kalsium, risiko untuk kehilangan kalsium dari tulang akan bertambah terutamanya jika anda jenis yang  rajin bersukan dan bersenam. Pasti akan terasa kekurangan kalsium ini dengan mengalami sakit gigi, sakit sendi, sakit lutut dan sebagainya.


susu formula, sample susu formula, jenama susu terbaik, sample susu, susu ibu mengandung, susu formula, susu bayi, susu ibu mengandung, susu ibu hamil
Susu formula terbaik untuk seisi keluarga di rumah


Susu Formula Patut Di Amalkan Untuk Seisi Keluarga


Susu formula ini ada pelbagai jenis untuk seisi keluarga, untuk bayi dan juga khas untuk ibu mengandung dan ibu yang merancang untuk mengandung. 

Ada pelbagai susu formula terbaik untuk bayi di pasaran. Sebagai ibubapa atau pun bakal ibubapa, anda haruslah membuat survey untuk mencari apakah susu formula terbaik untuk bayi - sumber ibusyurga.

Susu Untuk Ibu Mengandung


Ibu mengandung adalah antara golongan yang paling memerlukan pengambilan kalsium harian dan mesti minum susu untuk elakkan masalah pada gigi dan tulang. Pengambilan susu secara konsisten bukan sahaja penting untuk ibu malah memberi kebaikan kepada janin. Antara tanda ibu mengandung kekurangan kalsium semasa mengandung ialah mengalami sakit belakang dan sakit lutut. Dapatkan vitamin ibu mengandung daripada doktor bertauliah yang membekalkan vitamin D dan mineral yang diperlukan badan untuk tulang yang kuat. Susu ibu mengandung perlu diminum seawal merancang kehamilan untuk kesihatan janin.

Ada banyak kebaikan meminum susu kepada ibu hamil dan anda mestilah tahu macam mana cara untuk memilih susu yang terbaik bergantung kepada keperluan diri masing-masing. Jika anda merancang untuk hamil, pengambilan susu ibu hamil sangat digalakkan.

Ada banyak pilihan susu ibu mengandung di pasaran Malaysia, tapi tahukah anda mana satu yang paling bagus dan dipercayai?

Pemilihan susu ibu mengandung berbeza kepada keperluan masing-masing. Anda perlu tahu susu ibu mengandung yang paling dipercayai di Malaysia supaya dapat hasil yang maksima.

Jenama Susu Ibu Mengandung di Pasaran


Antara jenama susu ibu mengandung popular di Malaysia adalah Anmum Materna, Frisomum Gold & Similac Mum. Jom kita tengok apakah kelebihan setiap jenama susu pilihan ini.

Susu Anmum Materna

Boleh dikatakan, susu Anmum Materna adalah antara susu ibu mengandung paling popular di Malaysia. Bukan sahaja dijual pada harga yang murah, malah ianya sangat serasi di tekak ibu mengandung yang sedia maklum amat cerewet. Paling menarik, susu Anmum Materna juga mempunyai pelbagai pilihan perisa yang menjadikan susu ini pilihan kebanyakan ibu mengandung di Malaysia.

Susu Frisomum Gold

Susu Frisomum Gold adalah susu ibu mengandung keluaran syarikat Dutch Lady. Uniknya susu ini kerana ianya menggunakan formula DualCare+ yang membekalkan khasiat penting untuk membantu perubahan yang dialami oleh badan ibu ketika hamil. Formula Frisomum Gold terkini direka khas dengan nilai angka indeks glisemik rendah yang boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan. Ini membantu ibu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mengidap kencing manis ketika hamil.

Susu Similac Mom

Susu Similac Mom dikeluarkan oleh syarikat Abbot mempunyai kandungan lemak yang rendah dan sesuai untuk ibu hamil dan menyusu. Ia dirumus dengan Sistem Nutrisi EyeQ yang dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli yang mencegah pengoksidaan DHA, dimana ianya penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak anak sebelum dilahirkan.

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, penting untuk ibu hamil membancuh susu ini dengan betul. Ibu hamil disyorkan untuk meminum 2 gelas susu sehari. Cara menyediakan susu ini amat mudah, hanya ambil 4 sudu penuh susu dengan 180ml air suam. Pastikan anda menggunakan sudu yang diberikan dalam pakej yang dibeli.

Pening Kepala Nak Pilih Jenama Susu? Minta Sample Susu Sebelum Cuba


Ada beberapa cara untuk mendapatkan sample susu. Paling mudah sekiranya kita menjalankan pemeriksaan kehamilan di klinik. Boleh mencuba untuk bertanya kepada doktor atau nurse untuk sample susu ibu hamil.

Selain itu, cara paling mudah adalah dengan mengisi borang untuk sample percuma di lamanweb. Sample susu percuma ini akan terus dihantar ke rumah anda. Sangat mudah!

Susu Formula Untuk Perkembangan Anak Anak


Walau bagaimanapun, sebaik dan semahal manapun susu formula yang kita beri kepada anak, tidak boleh dibandingkan dengan khasiat yang diberikan oleh susu ibu. Tapi mungkin dalam kes tertentu, kita terpaksa juga belikan susu formula terbaik kepada anak kita.

Jenama Susu Formula Untuk Anak Anak


Apabila terpaksa memberikan anak susu formula, maka sudah tentu sebagai ibu bapa kita akan berikan yang terbaik untuk anak. Ada pelbagai jenama susu formula untuk anak-anak. Antaranya adalah susu Enfagrow Enfalac, Dugro, Fernleaf dan S26.

Susu Untuk Tulang Kuat


Saya percaya, mesti ramai maklum akan kelebihan meminum susu setiap hari. Susu formula ini patut diamalkan untuk seisi keluarga untuk meningkatkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku dan rambut kerana kandungan susu ini sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel. Selain itu, anda harus tahu juga bahawa dengan meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini juga dapat mengurangkan stress. Menarik bukan?

Selain itu, amalan meminum susu setiap hari juga membantu mengelakkan masalah osteoporosis, hipertensi serta kanser kolon. Tahukah anda bahawa lemak susu tidak memberi kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas. Sudah tentu pengambilan susu harian adalah untuk tulang yang kuat.

Minum Susu Boleh Sebabkan Jerawat?


Ada pelbagai jenis susu formula di pasaran. Paling popular sudah tentu susu formula berasaskan susu lembu. Susu formula jenis ini menggunakan protein susu yang telah dirawat untuk membantu ia dihadamkan oleh saluran pencernaan. Kebanyakan susu jenis ini mempunyai khasiat asid decosahexaenoic (DHA) dan asid arakidonik (ARA).

Dewasa ini, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan orang ramai tentang pemberian susu formula berasaskan susu kambing. Ini kerana, ia adalah susu semulajadi yang paling mirip dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, susu formula berasaskan susu kambing agak mahal berbanding susu lembu.

Mungkin bagi sesetengah orang, pengambilan susu boleh menyebabkan jerawat. Hal ini disebabkan oleh alergik kepada laktose. Bagi mereka yang alergik dengan susu formula berasaskan susu lembu, anda boleh mencuba susu formula berasaskan soya. Susu jenis ini dihasilkan dari protein soya, minyak sayuran, sirap jagung atau sukrosa dan zat besi.

Atasi Jerawat Menggunakan Pencuci Muka Di Watson


Muka naik jerawat disebabkan oleh minum susu? Jangan risau, ada banyak produk yang boleh anda beli di Watson.  Selamat mencuba!


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.