Irfan Enjoy Belajar Bahasa Inggeris di Novakid

September 07, 2021

Seronok belajar Bahasa Inggeris di Novakid | Pernah dengar tentang lamanweb Novakid? CN kenal lamanweb ni di facebook. Menariknya, program di Novakid dirangka berdasarkan Common European Framework of Reference for Language (CEFR). Ada ramai kawan-kawan CN yang berkongsi pengalaman positif bila anak join class di Novakid. Jadi CN pun terpengaruh sebab bayarannya juga berpatutan. 


novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,
Irfan Enjoy Belajar Bahasa Inggeris di Novakid


Yela, Irfan ni agak takut nak bercakap bahasa Inggeris, tak confident katanya. Bila berborak dengan mamanya, alahai, mamanya pun tak berapa terer cakap omputih. Jadi apa salahnya melabur sikit untuk anak bujang sorang ni kan? Lagi pun musim pendemik ni, nak harapkan PdPr semata-mata memang boleh ketinggalan anak-anak. 


novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,
Kusyuk Irfan ketika kelas online di Novakid

Novakid: Kelas Bahasa Inggeris Yang Menyeronokkan


Kelas Bahasa Inggeris di Novakid dikendalikan oleh guru pakar ESL yang bertauliah & berpengalaman mengajar secara online. Mereka memang sangat pakar untuk 'tacle' kanak-kanak ni. Macam Irfan, masa mula-mula kelas dia agak takut dan malu, cakap pun perlahan je. Tapi beberapa minit kemudian semakin excited, siap cakap kenapa cepat sangat habis kelas ni? Hehehe...

Video ketika online class di Novakid




Tempoh masa untuk setiap kelas adalah 25 minit. Kelas memang private antara guru & anak sahaja dan padat dengan aktiviti hands-on, jadi anak-anak tak sempat nak rasa bosan! Paling CN suka, ibu bapa boleh pilih sendiri hari & masa yang kita nak untuk kelas ni. Sangat flexible! 


novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,
Irfan & cikgu omputihnya, Teacher Ashleigh


Oh ya, cikgu-cikgu ni Novakid adalah foreigner tau. Bangga lah Irfan cikgu omputih mengajar dia. Siap cakap dengan sepupunya, "Irfan boleh cakap omputih dengan orang omputih tau!" Alahai lah anak..

novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,
Cikgu-cikgu di Novakid sentiasa menggalakkan pelajar untuk aktif dalam kelas


Anda jangan risau, walaupun foreigner, cikgu-cikgu ni akan sentiasa menggalakkan anak-anak untuk bercakap. Mereka akan mengulang perkataan supaya anak-anak boleh ikut, menggunakan bahasa tubuh dan mimik muka. Paling CN suka, bahan pembelajaran memang menarik. Mudah faham & sudah tentu anak-anak enjoy.

novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,
CN memang puas hati hantar Irfan belajar di Novakid


Penilaian Cikgu di Novakid Terhadap Irfan


Menariknya, setiap kali tamat kelas akan ada homework untuk anak. Jangan risau, homework dalam bentuk games, memang budak lelaki macam Irfan ni suka sangat! Hah, lagi satu yang CN nak share, akan ada penilaian cikgu apabila tamat kelas. Jadi boleh lah perbaiki kelemahan untuk kelas seterusnya. Memang bagus! 

novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,
Penilaian dari Teacher Ashleigh


novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,
Penilaian dari Teacher Shun


Selain kelas yang dikendalikan secara online, setiap pelajar akan diberikan akaun permainan. Anak-anak boleh memilih watak avatar, menyelesaikan tugas, membuat PR & memperoleh sijil dan bintang. Ada juga arkid video kelas dimana ibubapa boleh menyemak, mengikuti perkembangan anak & mengulangkaji bahan tersebut. 


novakid, novakid malaysia, belajar bahasa inggeris online, english tuisyen, best novakid, review novakid malaysia, review novakid,

Promosi Kelas Percuma di Novakid


Belajar English dekat Novakid ni takde lah mahal sangat. Sekarang ni ada promosi 4 kelas PERCUMA selama 1 bulan. 

Promosi istimewa untuk pendaftar baru:
Langganan percubaan RM 64 untuk 4 kelas, selama 2 minggu!

Daftar sekarang di https://www.novakidschool.com

Untuk sebarang promosi, boleh layari Instagram Novakid : https://www.instagram.com/novakid_my/


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. Wahhh bestnya. Selamat belajar irfan! Lepasni boleh lawan speaking dengan CN la :P

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.