Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895
Disini CN kongsikan faktor-faktor termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 sebagai panduan untuk PT3 Sejarah 2015. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.
Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895 :
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
- Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
- Residen menjadi terlalu berkuasa
- Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
- Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii) Krisis Kewangan Pahang
- Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
- Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
- Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan
- Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan
- Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~