Resepi puding kacang merah | Cantiknya kejadian puding kacang merah hasil seorang rakan facebook CN. Jadi CN cuba simpan dulu resepi di blog supaya mudah dicari bila mood mempuding datang kemudian hari. Korang yang dah cuba resepi puding kacang merah ni boleh la upload gambar di facebook atau instagram & tag CN ye. Nak tengok hasil kejadianya.
Puding Kacang Merah
Puding kacang merah |
BAHAN A
Separuh agar2 tali yg 20g
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula..nak manis tambah lagi gula
2 sudu besar tepung jagung..bancuh dulu dengan sedikit air
1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air..jadikan 1 cawan santan
2 helai daun pandan..simpulkan
secubit garam
1 tin kacang merah..tuang dlm penapis..lalukan bawah air paip..toskan..asingkan 1 cawan kacang merah
CARA-CARA:
1) Masak agar2 bersama air hingga larut..masukkan gula..kemudian daun pandan..kacau serata gula..perlahankan api
2) Lebihan kacang merah susun rata dalam acuan..tuang sesenduk/lebih agar-agar yang di masak tadi atas kacang merah..biarkan sederhana beku
3) Besarkan semula api.. Lebihan agar-agar dalam periuk campur dengan santan..masukkan tepung jagung dan secubit garam..sentiasa kacau-kacau hingga nak mendidih..tutup api..tuang agar-agar santan atas agar-agar kacang merah tadi..biarkan sederhana beku
Puding kacang merah |
BAHAN B
Separuh agar2 tali tadi
3 cawan air
1/2 cawan gula..nak manis tambah lagi gula
1 cawan kacang merah
1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air..jadikan 1 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan..simpulkan
Secubit garam
Sedikit pewarna merah
CARA-CARA:
1) Blender kacang merah..santan dan tepung jagung hingga hancur halus
2) Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar..masukkan gula..kemudian daun pandan..kacau rata
3) Tuang bahan blender dalam periuk..kacau-kacau bagi sebati..masukkan secubit garam..kemudian pewarna merah..kacau-kacau serata..masak agak-agak nak mendidih..tutup api
4) Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi..biarkan beku/sejuk..simpan dalam peti sejuk
5) Boleh keluarkan puding tadi dari acuan..boleh hidang..pastikan puding ni makan sejuk-sejuk tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Agar-agar sumi | Antara goodies glamer apabila ke majlis kahwin orang jawa adalah sumi. Disebabkan anak-anak CN tidak berapa suka sumi. Jadi banyak lah stok sumi di dalam peti ais. Kebetulan sekolah Irfan ada buat jamuan makan, jadi untuk potluck CN sediakan agar-agar sumi yang mudah untuk disediakan ini. Selain rasanya yang lemak-lemak manis, warnanya juga menarik untuk kanak-kanak. Laku keras tau agar-agar sumi ni !
Kalerful kan agar-agar sumi ni? |
Agar-agar sumi mudah disediakan
Agar-agar sumi ini memang mudah untuk disediakan. Hanya agar-agar, susu cair, gula dan sumi. Seronoknya buat agar-agar sumi bersama anak-anak adalah mereka menjadi tukang buka kan sumi-sumi yang banyak tu. Macam biasa Dhia Zahra tu sambil bukak sumi sambil makan !
Antara hasil agar-agar sumi untuk dibawa ke jamuan sekolah Irfan. Dalam bekas aiskrim tu akan dipotong kecil sebab kehabisan bekas kecil ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi kek butter | Kalau tiba hari raya, memang tak sah jika CN tak membakar kek butter gebu. Senang sangat buat kek butter gebu ni, lagi-lagi menggunakan sukatan cawan, semudah A, B, C tau! Apa kata anda cuba resepi kek butter sukatan cawan dari CN ni, confirm jadi hokay ;)
Resepi kek butter |
Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan
Bahan-bahan membuat kek butter pelangi
3 biji telur
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Rupa kek butter pelangi sebelum dibakar versi warna-warni |
Cara membuat kek butter pelangi
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi biskut coklat rice sukatan cawan | Saban tahun CN merupakan pelanggan setia biskut coklat rice maksu adik ipar CN. Disebabkan tahun ini ekonomi keluarga tidak berapa baik, CN cuba untuk membuat sendiri biskut coklat rice sukatan cawan ini dan rasanya pergh, macam orang duk jual tu hokay. Biasanya 50 biji biskut coklat rice orang jual RM23 paling murah, ni ikut satu aduan resepi biskut coklat rice boleh dapat dalam 100 lebih biji. Kos? Sudah tentu murah gituw.
Biskut coklat rice sebelum dibakar |
Resepi Biskut Coklat Rice
Bahan membuat biskut coklat rice
>> 1 cawan planta atau 250g
>> 3/4 cawan gula halus
>> 1 biji telur kuning
>> ½ cawan serbuk koko
>> 1 cawan tepung jagung
>> 2 ½ cawan tepung gandum
Bahan hiasan
>> putih telur
>> coklat rice
Hasil biskut coklat setelah dibakar |
Cara membuat biskut coklat rice
>> pukul planta + gula halus (CN guna senduk kayu je)
>> masukkan telur kuning (pukul sekejap)
>> masukkan serbuk koko & gaul bagi sebati.
>> masukkan tepung jagung (gaul sebati)
>> last, masukkan tepung gandum 2 cawan dulu, Klu adunan lembik, baru masukkan balance tadi.
(pastikan adunan tidak terlalu lembik & tidak trlalu keras
>> terapkan adunan mengikut citarasa anda
>> tekan sikit bahagian tengah biskut & sapukan putih telur. Kemudian taburkan coklat rice.
>> bakar pada suhu 170c selama 30 minit api atas bwh ikut oven masing-masing
Selamat mencuba resepi ringkas biskut coklat rice ini !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi biskut 3 bahan | Seronoknya cuti sekolah ni kan? Ada pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama anak-anak. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama anak-anak adalah membuat biskut atau cookies. Si kecil memang suka rekacipta biskut-biskut ni. Lagi-lagi part menghias biskut tu. Memang kusyuk je budak-budak ni buat. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca resepi biskut 3 bahan yang dikongsi oleh Ana Sue. Kredit gambar kepada beliau kerana hasil biskut CN tidak cantik disebabkan oleh tangan CN yang keras serta anak-anak yang mem'bantu'. Cukuplah biskut tu boleh dimakan dalam sekelip mata ! Hehehe..
Resepi Biskut 3 Bahan
Biskut 3 bahan oleh Ana Sue |
Bahan-bahan membuat biskut 3 bahan
>> 2 cawan tepung jagung
>> 4 sudu susu pekat
>> 2 sudu butter
Cara membuat biskut 3 bahan
>> Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
>> Bulat-bulatkan kecil dan tekan pakai garpu
>> Hias biskut mengikut citarasa sendiri
>> Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit.
Siap sudah biskut 3 bahan ! Selamat mencuba !
Biskut 3 bahan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Biskut sarang semut | Biskut tradisional sememangnya ada pengikut nya yang tersendiri. Lagi-lagi dengan rasanya yang autentik, sudah pasti menjadi kegemaran tetamu yang bertandang ke rumah. CN percaya pasti ramai yang sukakan biskut sarang semut ini kan? Bahan nya seakan bahan membuat biskut semperit, cuma cara membuatnya agak berbeza sedikit. Jom cuba resepi biskut sarang semut yang mudah ini.
Resepi biskut sarang semut
Biskut sarang semut |
Bahan membuat biskut sarang semut
>> 1 cawan majerin (CN suka guna planta sebab lagi wangi)
>> 1 cawan gula halus (kalau mahu kurang manis kurang kan tiga sudu gula)
>> 1 biji kuning telur
>> 1 1/2 cawan tepung kastard
>> 1 3/4 cawan gandum
>> 1 tutup esen vanila
Cara membuat biskut sarang semut
>> Pukul majerin dan gula halus sehingga sebati kemudian masukkan kuning telur. Kacau sebati.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila. Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila. Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resipi ayam pad phet | Sedapnya alahai ayam pad phet ini. Dengan wangi serai dan daun limau serta pedas cili padi memang boleh membuatkan CN bertambah nasi. Cukup masakan simple ini yang boleh menambah selera. Kebetulan anak-anak CN pun jenis yang makan pedas, memang tiada masalah untuk menyediakan ayam pad phet ini. Jadi jika anda ingin mencuba masakan ayam pad phet yang mudah ini, meh sini CN kongsikan resepi campak-campak ini. Tiada anggaran khas sebab biasa masak campak-campak je. Janji sedap ! Hehehe..
Resipi ayam pad phet
Resipi ayam pad phet |
Bahan membuat ayam pad phet
*bawang putih
*bawang besar
*bawang merah
*halia
*serai
*cili padi atau cili Taiwan (1 mangkuk kecil). Tak nak pedas boleh kurang kan
*cili merah
Bahan lain
Ayam
Kacang panjang
Daun limau (saya hiris halus)
Minyak untuk menumis
Asam keping ( kalau tiada boleh pakai air asam jawa)
Gula dan garam
Cara membuat ayam pad phet
Kisar semua bahan bertanda *
1) Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau
2) Masukkan ayam dan letak sedikit air. Biarkan mendidih dalam 10 minit ( masa ni boleh letak asam keping)
3) Bila sudah pecah minyak boleh letak kacang panjang dan daun limau
4) Kacau sebentar. Boleh perasakan dengan gula dan garam, siap!!
Selamat mencuba ayam pad phet
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ikan celup tepung | Kalau ke Terengganu, tidak sah jika tidak membeli ikan celup tepung ni. Memang sedap. Pilihan CN untuk dimakan bersama nasi kerabu sudah tentu ikan celup tepung. Lagi umph gitu. Nak tahu cara membuat ikan celup tepung versi Terengganu yang sedap ni? Meh CN berkongsi dengan anda resepi ringkas ikan celup tepung dari kawan CN yang berasal dari Terengganu. Bila resepi di dalam blog mudah untuk dicari berbanding simpan resepi di henfon dan timeline facebook kan?
Resepi Ikan Celup Tepung Versi Terengganu
Bahan membuat ikan celup tepung
>> Ikan pilihan anda
>> Sepeket tepung beras
>> Sepeket tepung beras
>> 2 biji telur ayam
>> 3 sudu serbuk kunyit
>> 3 sudu besar air kapur
>> Garam secukup rasa
>> Air ais - agak-agak tepung tu tak cair dan tak pekat
Ikan di dalam bancuhan tepung |
Cara membaut ikan celup tepung
>> Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam. Gaul bagi sebati
>> Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
>> Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
>> Masukkn telur dan air kapur dan gaul sebati
>> Goreng minyak banyak dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas baru tepung dia jadi berkerak cantik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semperit susu | Biskut semperit susu yang cuma berwarna kuning dan hiasan hirisan ceri di tengahnya kini berevolusi dengan pelbagai design yang pasti unik dan menarik. Ada pelbagai design untuk semperit susu yang masih menggunakan bahan yang sama. Cuma hiasannya bertukar dari ceri ke manik-manik berwarna-warni. Terpulang kepada kreativiti anda. Disini CN kongsikan resepi semperit susu yang berwarna-warni ini. Selamat mencuba.
Resepi Semperit Susu
Corak semperit susu yang menarik |
Bahan membuat semperit susu
>> 250 grm buterrcup
>> 1 cawan susu pekat manis
>> 1 tutup esen vanilla
>> 400gm ++ tepung jagung.
>> 3 sudu besar tepung kastard
Cara membuat semperit susu
1) Butter dan susu di gaul mesra dengan senduk.
2) Masukkan esen vanilla gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.
3) Masukkan tepung kastard dan tepung jagung sedikit-sedikit hingga dapat doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
4) Bahagikan kepada 2 bahagian untnk diwarnakan ikut warna kesukaan
5) Terap dan rehat kan 10-15 dibawah kipas kemudian bakar 160°c 30-35 minit api atas bawah dan suhu ikut oven masing-masing.
Selamat mencuba resepi ringkas semperit susu.
Selamat mencuba resepi ringkas semperit susu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa | Alahai periuk Noxxa, ada je projek CN bersama periuk kesayangan ni tau. Kali ni CN nak share resepi kek kurma tanpa telur menggunakan periuk Noxxa. Cantik pulak tekstur atas kek kurma ni dah macam brownies kedut pulak ! Pasti di dapur ada banyak kurma kan? Apa kata cuba resepi kek kurma tanpa telur Noxxa ni. Kenapa tanpa telur? Telur dah habis dekat rumah, tapi nak juga buat kek. Maka terhasil lah kek kurma tanpa telur yang masih gebu gebas dan just nice manisnya.
Resepi Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa
Kek Kurma Noxxa |
Bahan-bahan membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
3/4 cawan susu kotak/UHT/full cream
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh letak lebih sikit gula tu)
1/2 cawan minyak masak
15 biji kurma dibuang biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara-cara membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
1. Blender kurma, gula, susu dan minyak masak hingga hancur.
2. Kemudian masukkan dalam bekas dan campurkan bahan blender tadi bersama esen vanila.
3. Masukkan baking soda, baking powder, tepung dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam inner pot dan set STEAM 20 minit. Kalau tak suka 'garing', set kan kepada 17 minit sahaja.
5. Periuk Noxxa anda akan berbunyi bising, jangan takut. Biarkan je dia 'melalak'. Hehehe
6. Bila dah siap, tunggu sejuk dan barulah dikeluarkan.
7. Siap sudah kek kurma tanpa telur yang gebu !
Selamat mencuba !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Asam pedas utara | Tiada idea untuk berbuka puasa petang ini? Apa kata cuba resepi asam pedas utara yang pasti membuatkan anda bertambah-tambah makan. Asam pedas utara ni ada juga orang panggil masak pindang. Pasangan secocok sudah tentu sambal belacan, pergh !
>> Cili kering *
>> Bawang besar *
>> Bawang putih *
>> Sedikit belacan *
>> Asam keping
>> Bunga kantan
>> Daun kesum
>> Bendi
>> Ikan (terpulang apa jenis ikan yang anda suka)
>> Tomato
Blend bahan bertanda *
>> Masukkan bahan blender ke dalam periuk berisi air. Rebus sehingga mendidih
>> Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum serta bendi ke dalam rebusan tadi
>> Biarkan mendidih sedikit dan masukkan ikan dan garam
>> Masukkan tomato dan tutup api.
Tara ! Siap asam pedas utara yang umph dimakan bersama sambal belacan.
Asam Pedas Utara
Asam pedas utara |
Bahan membuat asam pedas utara
>> Cili kering *
>> Bawang besar *
>> Bawang putih *
>> Sedikit belacan *
>> Asam keping
>> Bunga kantan
>> Daun kesum
>> Bendi
>> Ikan (terpulang apa jenis ikan yang anda suka)
>> Tomato
Blend bahan bertanda *
Cara membuat asam pedas utara
>> Masukkan bahan blender ke dalam periuk berisi air. Rebus sehingga mendidih
>> Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum serta bendi ke dalam rebusan tadi
>> Biarkan mendidih sedikit dan masukkan ikan dan garam
>> Masukkan tomato dan tutup api.
Tara ! Siap asam pedas utara yang umph dimakan bersama sambal belacan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~