Resepi puding kacang merah | Cantiknya kejadian puding kacang merah hasil seorang rakan facebook CN. Jadi CN cuba simpan dulu resepi di blog supaya mudah dicari bila mood mempuding datang kemudian hari. Korang yang dah cuba resepi puding kacang merah ni boleh la upload gambar di facebook atau instagram & tag CN ye. Nak tengok hasil kejadianya.
Puding Kacang Merah
Puding kacang merah |
BAHAN A
Separuh agar2 tali yg 20g
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula..nak manis tambah lagi gula
2 sudu besar tepung jagung..bancuh dulu dengan sedikit air
1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air..jadikan 1 cawan santan
2 helai daun pandan..simpulkan
secubit garam
1 tin kacang merah..tuang dlm penapis..lalukan bawah air paip..toskan..asingkan 1 cawan kacang merah
CARA-CARA:
1) Masak agar2 bersama air hingga larut..masukkan gula..kemudian daun pandan..kacau serata gula..perlahankan api
2) Lebihan kacang merah susun rata dalam acuan..tuang sesenduk/lebih agar-agar yang di masak tadi atas kacang merah..biarkan sederhana beku
3) Besarkan semula api.. Lebihan agar-agar dalam periuk campur dengan santan..masukkan tepung jagung dan secubit garam..sentiasa kacau-kacau hingga nak mendidih..tutup api..tuang agar-agar santan atas agar-agar kacang merah tadi..biarkan sederhana beku
Puding kacang merah |
BAHAN B
Separuh agar2 tali tadi
3 cawan air
1/2 cawan gula..nak manis tambah lagi gula
1 cawan kacang merah
1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air..jadikan 1 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan..simpulkan
Secubit garam
Sedikit pewarna merah
CARA-CARA:
1) Blender kacang merah..santan dan tepung jagung hingga hancur halus
2) Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar..masukkan gula..kemudian daun pandan..kacau rata
3) Tuang bahan blender dalam periuk..kacau-kacau bagi sebati..masukkan secubit garam..kemudian pewarna merah..kacau-kacau serata..masak agak-agak nak mendidih..tutup api
4) Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi..biarkan beku/sejuk..simpan dalam peti sejuk
5) Boleh keluarkan puding tadi dari acuan..boleh hidang..pastikan puding ni makan sejuk-sejuk tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Agar-agar sumi | Antara goodies glamer apabila ke majlis kahwin orang jawa adalah sumi. Disebabkan anak-anak CN tidak berapa suka sumi. Jadi banyak lah stok sumi di dalam peti ais. Kebetulan sekolah Irfan ada buat jamuan makan, jadi untuk potluck CN sediakan agar-agar sumi yang mudah untuk disediakan ini. Selain rasanya yang lemak-lemak manis, warnanya juga menarik untuk kanak-kanak. Laku keras tau agar-agar sumi ni !
Kalerful kan agar-agar sumi ni? |
Agar-agar sumi mudah disediakan
Agar-agar sumi ini memang mudah untuk disediakan. Hanya agar-agar, susu cair, gula dan sumi. Seronoknya buat agar-agar sumi bersama anak-anak adalah mereka menjadi tukang buka kan sumi-sumi yang banyak tu. Macam biasa Dhia Zahra tu sambil bukak sumi sambil makan !
Antara hasil agar-agar sumi untuk dibawa ke jamuan sekolah Irfan. Dalam bekas aiskrim tu akan dipotong kecil sebab kehabisan bekas kecil ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi kek butter | Kalau tiba hari raya, memang tak sah jika CN tak membakar kek butter gebu. Senang sangat buat kek butter gebu ni, lagi-lagi menggunakan sukatan cawan, semudah A, B, C tau! Apa kata anda cuba resepi kek butter sukatan cawan dari CN ni, confirm jadi hokay ;)
Resepi kek butter |
Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan
Bahan-bahan membuat kek butter pelangi
3 biji telur
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Rupa kek butter pelangi sebelum dibakar versi warna-warni |
Cara membuat kek butter pelangi
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi biskut coklat rice sukatan cawan | Saban tahun CN merupakan pelanggan setia biskut coklat rice maksu adik ipar CN. Disebabkan tahun ini ekonomi keluarga tidak berapa baik, CN cuba untuk membuat sendiri biskut coklat rice sukatan cawan ini dan rasanya pergh, macam orang duk jual tu hokay. Biasanya 50 biji biskut coklat rice orang jual RM23 paling murah, ni ikut satu aduan resepi biskut coklat rice boleh dapat dalam 100 lebih biji. Kos? Sudah tentu murah gituw.
Biskut coklat rice sebelum dibakar |
Resepi Biskut Coklat Rice
Bahan membuat biskut coklat rice
>> 1 cawan planta atau 250g
>> 3/4 cawan gula halus
>> 1 biji telur kuning
>> ½ cawan serbuk koko
>> 1 cawan tepung jagung
>> 2 ½ cawan tepung gandum
Bahan hiasan
>> putih telur
>> coklat rice
Hasil biskut coklat setelah dibakar |
Cara membuat biskut coklat rice
>> pukul planta + gula halus (CN guna senduk kayu je)
>> masukkan telur kuning (pukul sekejap)
>> masukkan serbuk koko & gaul bagi sebati.
>> masukkan tepung jagung (gaul sebati)
>> last, masukkan tepung gandum 2 cawan dulu, Klu adunan lembik, baru masukkan balance tadi.
(pastikan adunan tidak terlalu lembik & tidak trlalu keras
>> terapkan adunan mengikut citarasa anda
>> tekan sikit bahagian tengah biskut & sapukan putih telur. Kemudian taburkan coklat rice.
>> bakar pada suhu 170c selama 30 minit api atas bwh ikut oven masing-masing
Selamat mencuba resepi ringkas biskut coklat rice ini !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi biskut 3 bahan | Seronoknya cuti sekolah ni kan? Ada pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama anak-anak. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama anak-anak adalah membuat biskut atau cookies. Si kecil memang suka rekacipta biskut-biskut ni. Lagi-lagi part menghias biskut tu. Memang kusyuk je budak-budak ni buat. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca resepi biskut 3 bahan yang dikongsi oleh Ana Sue. Kredit gambar kepada beliau kerana hasil biskut CN tidak cantik disebabkan oleh tangan CN yang keras serta anak-anak yang mem'bantu'. Cukuplah biskut tu boleh dimakan dalam sekelip mata ! Hehehe..
Resepi Biskut 3 Bahan
Biskut 3 bahan oleh Ana Sue |
Bahan-bahan membuat biskut 3 bahan
>> 2 cawan tepung jagung
>> 4 sudu susu pekat
>> 2 sudu butter
Cara membuat biskut 3 bahan
>> Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
>> Bulat-bulatkan kecil dan tekan pakai garpu
>> Hias biskut mengikut citarasa sendiri
>> Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit.
Siap sudah biskut 3 bahan ! Selamat mencuba !
Biskut 3 bahan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Biskut sarang semut | Biskut tradisional sememangnya ada pengikut nya yang tersendiri. Lagi-lagi dengan rasanya yang autentik, sudah pasti menjadi kegemaran tetamu yang bertandang ke rumah. CN percaya pasti ramai yang sukakan biskut sarang semut ini kan? Bahan nya seakan bahan membuat biskut semperit, cuma cara membuatnya agak berbeza sedikit. Jom cuba resepi biskut sarang semut yang mudah ini.
Resepi biskut sarang semut
Biskut sarang semut |
Bahan membuat biskut sarang semut
>> 1 cawan majerin (CN suka guna planta sebab lagi wangi)
>> 1 cawan gula halus (kalau mahu kurang manis kurang kan tiga sudu gula)
>> 1 biji kuning telur
>> 1 1/2 cawan tepung kastard
>> 1 3/4 cawan gandum
>> 1 tutup esen vanila
Cara membuat biskut sarang semut
>> Pukul majerin dan gula halus sehingga sebati kemudian masukkan kuning telur. Kacau sebati.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila. Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila. Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resipi ayam pad phet | Sedapnya alahai ayam pad phet ini. Dengan wangi serai dan daun limau serta pedas cili padi memang boleh membuatkan CN bertambah nasi. Cukup masakan simple ini yang boleh menambah selera. Kebetulan anak-anak CN pun jenis yang makan pedas, memang tiada masalah untuk menyediakan ayam pad phet ini. Jadi jika anda ingin mencuba masakan ayam pad phet yang mudah ini, meh sini CN kongsikan resepi campak-campak ini. Tiada anggaran khas sebab biasa masak campak-campak je. Janji sedap ! Hehehe..
Resipi ayam pad phet
Resipi ayam pad phet |
Bahan membuat ayam pad phet
*bawang putih
*bawang besar
*bawang merah
*halia
*serai
*cili padi atau cili Taiwan (1 mangkuk kecil). Tak nak pedas boleh kurang kan
*cili merah
Bahan lain
Ayam
Kacang panjang
Daun limau (saya hiris halus)
Minyak untuk menumis
Asam keping ( kalau tiada boleh pakai air asam jawa)
Gula dan garam
Cara membuat ayam pad phet
Kisar semua bahan bertanda *
1) Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau
2) Masukkan ayam dan letak sedikit air. Biarkan mendidih dalam 10 minit ( masa ni boleh letak asam keping)
3) Bila sudah pecah minyak boleh letak kacang panjang dan daun limau
4) Kacau sebentar. Boleh perasakan dengan gula dan garam, siap!!
Selamat mencuba ayam pad phet
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ikan celup tepung | Kalau ke Terengganu, tidak sah jika tidak membeli ikan celup tepung ni. Memang sedap. Pilihan CN untuk dimakan bersama nasi kerabu sudah tentu ikan celup tepung. Lagi umph gitu. Nak tahu cara membuat ikan celup tepung versi Terengganu yang sedap ni? Meh CN berkongsi dengan anda resepi ringkas ikan celup tepung dari kawan CN yang berasal dari Terengganu. Bila resepi di dalam blog mudah untuk dicari berbanding simpan resepi di henfon dan timeline facebook kan?
Resepi Ikan Celup Tepung Versi Terengganu
Bahan membuat ikan celup tepung
>> Ikan pilihan anda
>> Sepeket tepung beras
>> Sepeket tepung beras
>> 2 biji telur ayam
>> 3 sudu serbuk kunyit
>> 3 sudu besar air kapur
>> Garam secukup rasa
>> Air ais - agak-agak tepung tu tak cair dan tak pekat
Ikan di dalam bancuhan tepung |
Cara membaut ikan celup tepung
>> Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam. Gaul bagi sebati
>> Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
>> Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
>> Masukkn telur dan air kapur dan gaul sebati
>> Goreng minyak banyak dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas baru tepung dia jadi berkerak cantik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semperit susu | Biskut semperit susu yang cuma berwarna kuning dan hiasan hirisan ceri di tengahnya kini berevolusi dengan pelbagai design yang pasti unik dan menarik. Ada pelbagai design untuk semperit susu yang masih menggunakan bahan yang sama. Cuma hiasannya bertukar dari ceri ke manik-manik berwarna-warni. Terpulang kepada kreativiti anda. Disini CN kongsikan resepi semperit susu yang berwarna-warni ini. Selamat mencuba.
Resepi Semperit Susu
Corak semperit susu yang menarik |
Bahan membuat semperit susu
>> 250 grm buterrcup
>> 1 cawan susu pekat manis
>> 1 tutup esen vanilla
>> 400gm ++ tepung jagung.
>> 3 sudu besar tepung kastard
Cara membuat semperit susu
1) Butter dan susu di gaul mesra dengan senduk.
2) Masukkan esen vanilla gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.
3) Masukkan tepung kastard dan tepung jagung sedikit-sedikit hingga dapat doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
4) Bahagikan kepada 2 bahagian untnk diwarnakan ikut warna kesukaan
5) Terap dan rehat kan 10-15 dibawah kipas kemudian bakar 160°c 30-35 minit api atas bawah dan suhu ikut oven masing-masing.
Selamat mencuba resepi ringkas semperit susu.
Selamat mencuba resepi ringkas semperit susu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa | Alahai periuk Noxxa, ada je projek CN bersama periuk kesayangan ni tau. Kali ni CN nak share resepi kek kurma tanpa telur menggunakan periuk Noxxa. Cantik pulak tekstur atas kek kurma ni dah macam brownies kedut pulak ! Pasti di dapur ada banyak kurma kan? Apa kata cuba resepi kek kurma tanpa telur Noxxa ni. Kenapa tanpa telur? Telur dah habis dekat rumah, tapi nak juga buat kek. Maka terhasil lah kek kurma tanpa telur yang masih gebu gebas dan just nice manisnya.
Resepi Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa
Kek Kurma Noxxa |
Bahan-bahan membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
3/4 cawan susu kotak/UHT/full cream
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh letak lebih sikit gula tu)
1/2 cawan minyak masak
15 biji kurma dibuang biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara-cara membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
1. Blender kurma, gula, susu dan minyak masak hingga hancur.
2. Kemudian masukkan dalam bekas dan campurkan bahan blender tadi bersama esen vanila.
3. Masukkan baking soda, baking powder, tepung dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam inner pot dan set STEAM 20 minit. Kalau tak suka 'garing', set kan kepada 17 minit sahaja.
5. Periuk Noxxa anda akan berbunyi bising, jangan takut. Biarkan je dia 'melalak'. Hehehe
6. Bila dah siap, tunggu sejuk dan barulah dikeluarkan.
7. Siap sudah kek kurma tanpa telur yang gebu !
Selamat mencuba !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Asam pedas utara | Tiada idea untuk berbuka puasa petang ini? Apa kata cuba resepi asam pedas utara yang pasti membuatkan anda bertambah-tambah makan. Asam pedas utara ni ada juga orang panggil masak pindang. Pasangan secocok sudah tentu sambal belacan, pergh !
>> Cili kering *
>> Bawang besar *
>> Bawang putih *
>> Sedikit belacan *
>> Asam keping
>> Bunga kantan
>> Daun kesum
>> Bendi
>> Ikan (terpulang apa jenis ikan yang anda suka)
>> Tomato
Blend bahan bertanda *
>> Masukkan bahan blender ke dalam periuk berisi air. Rebus sehingga mendidih
>> Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum serta bendi ke dalam rebusan tadi
>> Biarkan mendidih sedikit dan masukkan ikan dan garam
>> Masukkan tomato dan tutup api.
Tara ! Siap asam pedas utara yang umph dimakan bersama sambal belacan.
Asam Pedas Utara
Asam pedas utara |
Bahan membuat asam pedas utara
>> Cili kering *
>> Bawang besar *
>> Bawang putih *
>> Sedikit belacan *
>> Asam keping
>> Bunga kantan
>> Daun kesum
>> Bendi
>> Ikan (terpulang apa jenis ikan yang anda suka)
>> Tomato
Blend bahan bertanda *
Cara membuat asam pedas utara
>> Masukkan bahan blender ke dalam periuk berisi air. Rebus sehingga mendidih
>> Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum serta bendi ke dalam rebusan tadi
>> Biarkan mendidih sedikit dan masukkan ikan dan garam
>> Masukkan tomato dan tutup api.
Tara ! Siap asam pedas utara yang umph dimakan bersama sambal belacan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi kek sarang semut | Kek sarang semut adalah antara kek tradisi yang sedap dan mempunyai rasa yang unik. Bukan sahaja rasa, malah rupanya juga unik seperti sarang semut. Disebabkan kek sarang semut ini antara kek kegemaran Encik Suami, gigih juga la CN belajar membuat kek ini. Dibawah adalah antara resepi kek sarang semut yang mudah dan 'jadi'. Jadi apakata anda cuba jugak resepi kek sarang semut ini. Jom !
Kek sarang semut |
Resepi Kek Sarang Semut
Bahan membuat kek sarang semut
>> 1 cawan gula
>> 1 cawan air sejuk
>> 3 sudu besar butter atau marjerin
>> 3 biji telur
>> 1/2 cawan susu pekat manis
>> 1 cawan tpg gandum
>> 1 sudu teh soda bikarbonat
>> 1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat kek sarang semut
>> Cairkan butter atau marjerin
>> Cairkan gula sampai menjadi warna perang dan masukkan 1 cawan air ( hati-hati ye takut terkena tangan)
>> Di dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau manja-manja sahaja
>> Masukkan susu pekat dan butter yang telah dicairkan tadi. Masukkan esen vanilla serta tepung gandum.
>> Akhir sekali masukkan gula yang telah di cairkan tadi
>> Kacau bagi rata, tak perlu guna mixer ( kacau manja-manja sahaja)
>> Tapis adunan dan masukkan ke dalam bekas yang telah di sapu minyak
>> Perap 1 jam
>> Bakar api bawah selama 20 minit 165° -170°c
>> Tukar api atas bawah selama 10 minit 150°C
>> Apabila sudah masak sejukkan dulu barulah dipotong
>> Apabila sudah masak sejukkan dulu barulah dipotong
>> Teknik potong adalah dengan cara melintang ye untuk dapatkan lubang-lubang tu
>> Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi ayam goreng ala KFC | Hai uollss. Suka tak ayam goreng rangup macam KFC tu? Meh sini CN share resepi ayam goreng ala KFC yang sangat mudah dan pastinya sedap dan rangup. Anak-anak pasti suka tau ayam goreng ala KFC ni.
Ayam Goreng Ala KFC
Bahan membuat ayam goreng ala KFC
2 sudu serbuk cili
10 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu serbuk kari ayam sudu cuka(untuk rangupkan ayam)
Gaul rata dan perap ayam selama 30 minit
Tepung goreng untuk ayam :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
Cara membuat ayam goreng ala KFC
>> Celupkan ayam dalam telur dan gaul dengan adunan tepung. Sedia untuk digoreng.
>> Selamat mencuba.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi kuih tepung pelita asli | Kuih tepung pelita antara kuih kegemaran mesti ada ketika berbuka puasa. Kalau ke bazar Ramadhan, pasti ramai orang yang menjual kuih tradisi ini. Tidak kira lah sama ada dimasak di dalam bekas daun atau bekas plastik. Kuih tepung pelita tetap menjadi pilihan ramai orang ketika berbuka puasa. Sebenarnya bukan susah pun untuk membuat kuih tepung pelita ini. Disini CN kongsikan resepi tepung pelita asli yang mudah untuk anda pembaca tersayang.
Kuih Tepung Pelita Asli
Bahan membuat lapisan hijau kuih tepung pelita
>> 1/2 cawan tepung beras
>> Secubit kapur makan
>> 2 cawan air daun pandan
Cara membuat lapisan hijau kuih tepung pelita
>> Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
>> Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
>> Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.
Bahan membuat lapisan santan kuih tepung pelita
>> 1/2 cawan tepung beras
>> 2 1/2 cawan santan
>> Secubit garam
Cara membuat lapisan santan kuih tepung pelita
>> Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.
>> Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi paprik ayam | Hah, tiada idea nak masak apa untuk keluarga? Apakata cuba resepi paprik ayam ini. Sangat mudah disediakan dan paling penting sedap ! Meratah je ayam-ayam ni pun okay. Kalau bosan dengan paprik ayam, anda boleh cuba paprik daging atau paprik seafood. Cara menyediakannya simple je.
Paprik ayam |
Resepi Paprik Ayam
Bahan membuat paprik ayam
>> Ayam potong ikut suka
>> Cili kering blend, ikut pedas masing-masing
>> Sos cili
>> Sos tiram satu sudu
>> Bawang holland
>> Bawang putih
>> Halia
>> Daun limau purut
>> Serai
>> Tomato
>> Sayur - kobis bunga, carrot, kacang panjang. Apa je nak masuk.
>> Cili besar merah dihiris
>> Cili api di ketuk
Cara membuat paprik ayam
>> Tumis bawang putih dan halia. Kemudian masukkan cili kering yang diblend, serai dan daun limau purut.
>> Kacau hingga cili masak. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau sekejap
>> Masukkan ayam dan air bagi ayam empuk. Kalau nak kuah banyak letak air lebih sedikit.
>> Gaul lagi dan masukkan sayur-sayur serta bawang holland, cili yang dihiris dan cili yang diketuk. serta sos cili
>> Letakkan garam dan masak sehigga sayur empuk. Masukkan tomato last sekali.
>> Kalau rasa dah ok ada pedas, masam dan manis. Siap!
>> Kacau hingga cili masak. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau sekejap
>> Masukkan ayam dan air bagi ayam empuk. Kalau nak kuah banyak letak air lebih sedikit.
>> Gaul lagi dan masukkan sayur-sayur serta bawang holland, cili yang dihiris dan cili yang diketuk. serta sos cili
>> Letakkan garam dan masak sehigga sayur empuk. Masukkan tomato last sekali.
>> Kalau rasa dah ok ada pedas, masam dan manis. Siap!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Talam gula melaka | Siapa suka talam gula melaka meh sep sikit. Sedapnya rasa lemak-lemak santan dan manis gula melaka. Sesuai dimakan ketika minum petang bersama tersayang. Bahan membuat talam gula melaka juga mudah dan cara buatnya tidak berapa sukar. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba resepi talam gula melaka yang simple ini.
TALAM GULA MERAH
Bahan membuat talam gula merah
Bahagian bawah
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sedikit garam
Sedikit garam
5 cawan air
Bahagian atas *:*
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
3 cawan santan pekat
1sdt garam
Cara membuat talam gula merah
Bahagian bawah
>> Panaskan kukusan dulu hingga air mendidih. Sapukan minyak atau marjerin pada loyang/acuan
>> Panaskan kukusan dulu hingga air mendidih. Sapukan minyak atau marjerin pada loyang/acuan
>> Satukan semua bahan dengan 4 cawan air dan blend
>> Tapis dan masukkan dalam periuk bersama 1 cawan air lagi
>> Masak atas api sederhana (sekejap jer tau) agak-agak naik wap sikit je, masukkan dalam loyang/acuan dan kukus 20 minit
>> Sudah masak sejukkan sekejap dan cakar-cakar sikit guna garfu
>> Tapis dan masukkan dalam periuk bersama 1 cawan air lagi
>> Masak atas api sederhana (sekejap jer tau) agak-agak naik wap sikit je, masukkan dalam loyang/acuan dan kukus 20 minit
>> Sudah masak sejukkan sekejap dan cakar-cakar sikit guna garfu
Bahagian atas *:*
>> Blend semua
>> Masak sekejap je agak naik wap dengan api sederhana
>> Tuang atas bahagian bawah dan kukus selama 20 minit lagi
>> Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong, sebaiknya buat malam esok baru potong
Selamat mencuba !
>> Masak sekejap je agak naik wap dengan api sederhana
>> Tuang atas bahagian bawah dan kukus selama 20 minit lagi
>> Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong, sebaiknya buat malam esok baru potong
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi roti butterscotch | Jom meroti. CN saja je simpan resepi dalam blog. Senang nak cari bila mood rajin datang. Sekarang CN simpan dulu resepi roti butterscoth ni ye. Sumber dari facebook group MAHN.
Resepi roti butterscoth |
Roti Butterscoth
Bahan membuat roti butterscoth
>> 500 gm tepung roti/tepung high protein
>> 100 gm gula pasir blend
>> 11 gm yis kering
>> 100 gm margerin/butter
>> 2 sudu besar susu pekat manis
>> 1 biji telur
>> Air dari peti sejuk dicampurkan susu pekat dan telur mesti jumlah 315 gm atau tak boleh kurang dari 300 gm
** guna bread maker total cecair 315gm
**guna mixer total cecair 300gm
Cara membuat roti butterscoth
1. Masukkan semua bahan cecair
2. Masukkan gula, yis
3. Masukkan tepung
Select breadmaker setting dough (no 8)=14minit.
Minit ke 10 masukkan margerin/butter
Lepas breadmaker mati, tunggu 5 minit. Lepas tu tekan semula setting no 8. (DOUGH). Ulang sekali lagi.
**14minit stop> rehat 5mnt>14minit lg> rehat 5minit >14 minit lagi. Keluakan dan kemudian boleh buat roti ikut suka. Rehatkan roti hingga naik lebih separuh loyang kemudian boleh bakar
Hiasan:
Badam slice
Bijan hitam
Biji kuaci@ pumpkin seed
Bahan membuat sos butterscoth
>> 1 cup gula perang
>> 1/2 cup whipping cream
>> 1/2 cup susu cair
>> 50 gm butter
>> Secubit garam
>> 1sk esen vanilla
Cara membuat sos butterscoth
>> Cairkan butter. Kemudian masukkan gula sikit-sikit hingga abis (nanti akan berbuih) dan teruskan whisk. Agak-agak gula dah hancur masukkan sikit-sikit susu dan whipping. Bila dah sebati, masukkan garam dan esen vanilla. Siap!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
10 pilihan aiskrim Malaysia | Musim panas-panas ni best kan dapat makan aiskrim Malaysia yang pelbagai perisa? Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda 10 pilihan aiskrim Malaysia yang pasti mengiurkan anda.
Pilihan Aiskrim Malaysia
1. Aiskrim Malaysia Perisa Rose Cocktail
2. Aiskrim Malaysia Perisa Strawberi
3. Aiskrim Malaysia Perisa Milo Cadbury
4. Aiskrim Malaysia Perisa Soursop
5. Aiskrim Malaysia Perisa Nutella
6. Aiskrim Malaysia Perisa Mango Pudding
7. Aiskrim Malaysia Perisa Oreo
8. Aiskrim Malaysia Perisa Asam Boi
9. Aiskrim Malaysia Perisa Ribena Marshmellow
10. Aiskrim Malaysia Perisa Lime
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar nugget nasi? Hah, CN jumpa resepi ni share di facebook. Kredit kepada tuan punya resepi iaitu Faeila Ila. Macam biasa CN simpan dulu resepi di blog supaya mudah dicari nanti. Bila nak buat nugget nasi ni? Tunggu mood rajin datang ye? Hehehe...
Nugget Nasi
Bahan membuat nugget nasi
>> nasi sejuk anggaran 3 cawan. Nak lebihkan sikit pun boleh
>> isi ayam 2,3 ketul dicincang. Lagi banyak lagi sedap !
>> bawang putih 5 biji
>> 1 kiub pati ayam knorr. Saya hancurkan dengan sedikit air panas
>> garam dan gula secukup rasa
>> sedikit air untuk blender
>> telur 2 biji dan serbuk roti untnk salut nugget
Blend semua bahan ini |
Cara membuat nugget nasi
>> Blender semua bahan dengan sedikit air. Jangan banyak nanti akan lembik.
>> Dah siap blend kukus 30 minit je dalam bekas dan disapu sedikit minyak supaya tidak melekat.
>> Kemudian sejukkan dan potong kecil-kecil
Nugget yang dipotong kecil-kecil |
Celupkan nugget ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti |
>> Celupkan ke dalam telor dan salut dengan serbuk roti
>> Siap ! Boleh frozen kan atau terus digoreng.
Nugget yang telah siap untuk difrozen atau terus digoreng |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~