Hah, ini dia cucu perempuan Haji Talib, ayah CN iaitu kakak Aqilah Firzanah & Dhia Zahra. Haji Talib ni ada 5 orang anak perempuan dan cucu perempuannya setakat ini baru 2 orang. Tunggu la 3 anak dara dia kahwin ye. Cucu perempuan Haji Talib ni kuat melaram tau, tengok la mak-maknya dan makcik-makciknya. Ini antara gambar cucu perempuan Haji Talib yang sempat dirakam. Cute kan?
Cucu perempuan Haji Talib |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah sedondon berpeplum |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok bila tengok anak-anak aktif sihat dan cergas. Bila budak-budak ni aktif, sudah tentu sel-sel otak mereka aktif berhubung. Lagi-lagi bila melibatkan aktiviti yang memerlukan kecergasan kognitif dan psychomotor seperti bermain di Dreamworld Playland. Disini kanak-kanak bukan sahaja perlu cergas psychomotor, tapi memerlukan kecerdasan kognitif kerana di sini terdapat pelbagai permainan yang memerlukan anak-anak ini menggabungkan kedua-dua kemahiran tersebut. Jika anda mempunyai kelapangan dan bajet yang lebih, apa kata bawak anak anda bermain disini. Ia satu pembelajaran luar bilik darjah yang sangat bernilai untuk kanak-kanak.
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Video keletah Dhia Zahra di Dreamworld Playland IOI City Mall
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Atuk Idun yang glamer di Kampung Jenjarom ni mempunyai 3 orang cucu perempuan tau. Irfan Hensem merupakan cucu sulung dan cucu lelaki tunggal setakat ini. Lagi 3 orang merupakan cucu perempuan di mana satu dari Encik Suami, anak sulung atuk Idun dan 2 orang lagi dari adik Encik Suami. Cucu kedua iaitu Atiyah berumur 2 tahun diikuti Dhia Zahra setahun lebih dan Aira 8 bulan. Comel-comel kan cucu perempuan atuk Idun? Hehehe..
Dari kiri Atiyah, Dhia Zahra & Aira |
Cucu perempuan atuk Idun |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah, jangan tak tahu. Weekend lepas bila CN pergi event ditemani Encik Suami, Irfan Hensem ikut atuk pergi kenduri kahwin di Pahang manakala Dhia Zahra pulak ikut An Nyah (Makngah Miza) pergi jalan-jalan. Kenapa jadi bunyi An Nyah? Ni sebutan dari Dhia Zahra, comel je kan dia sebut An Nyah? Hehe..
Comel tak Dhia Zahra di apit abang Afiq & kakak Qila? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni memang seronok bila dapat meluangkan masa bersama tersayang. Seronok melayan anak-anak ni, ada je benda yang nak diceritakan. Bukan sahaja Irfan Hensem yang 'kecoh', adiknya Dhia Zahra pun tak kalah hokay. Anak cikgu katakan, memang banyak cakap kot !
Ini video semasa CN duk melayan Dhia Zahra berborak. Maaplah suara serak sebab tak berapa sihat.
Ini video semasa CN duk melayan Dhia Zahra berborak. Maaplah suara serak sebab tak berapa sihat.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah rupa anak-anak CN apabila mamanya sibuk berurusan di bank dan Encik Suami mengambil tugas menjaga anak. Senang betul si ayah nak bagi anak diam. Bagi je Happy Meal Mc Donald sorang satu, terus boleh duduk diam mengunyah hokay !
Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan Happy Meal sorang satu hokayy |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak dara CN sorang ni memang suka bergaya. Lagi-lagi bila dipakaikan gaun atau skirt. Memang dia suka sangat ! Siap pusing-pusing lagi bagi gaun atau skirt dia tu beralun-alun. Alahai la anak...
Dhia Zahra OOTD dengan gaun di Pantai Morib |
OOTD dengan gaun krim di Taman Kemuning Banting |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah ! Jangan sesiapa berani kacau anak dara CN sorang ni tau. Ada 2 orang bodyguard yang garang sentiasa mengawasi Dhia Zahra hokay. Dua orang bodyguard tu sudah tentu abang tersayang Irfan Hensem & abang sepupu Afiq Furqan. Masing-masing kemain sayangkan Dhia Zahra ni dan redha je apa yang si kecik ni buat kat dorang.
Hah ! Canggih tak rambut Dhia Zahra hasil sentuhan Mak Ngah Miza?
Dhia Zahra dengan rambut terpacak |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cute tak Dhia Zahra berhijab? Susah tau nak snap gambar anak dara CN sorang ni berhijab. Sibuk je nak cabut ! Shawl instant kanak-kanak yang Dhia Zahra pakai ni hadiah dari @by_merida sempena giveaway raya yang lalu. Alhamdulillah, rezeki CN menang shawl & shawl instant kanak-kanak yang Dhia Zahra pakai ni dengan warna yang sedondon di IG.
Nantikan OOTD weoulss tau. Harap-harap Dhia Zahra sporting la untuk bergambar dengan shawl sedondon warna turqois ni nanti.
Shawl instant kanak-kanak yang selesa
Dhia Zahra bergaya dengan shawl instant kanak-kanak |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lama tak share gambar Dhia Zahra OOTD kan? Susah tau nak ambil gambar anak dara CN sorang ni bergaya dengan baju faveret dia. Kali ini CN sempat snap gaya Dhia Zahra konon-konon OOTD di Pantai Morib. Cute tak?
Dhia Zahra OOTD di Pantai Morib |
Tengok apa tu Dhia Zahra? Hehehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam Isnin ! Hari Isnin ni jangan moody-moody tau. Meh layan aiskrim rupa tembikai dari jenama Nestle. CN lupa pulak nak ambil gambar plastik aiskrim. Dapat dekat Dhia Zahra, kelam-kabut suruh bukak, dah dibuang plastiknya ! Hehehe..
Hokaylah aiskrim ni, kemain suka anak dara CN tu tau.
Hokaylah aiskrim ni, kemain suka anak dara CN tu tau.
Amvoi, Dhia Zahra ! Kemain kusyuk makan ais krim Cornetto tau. Dengan muka baru bangun tido, dapat ais krim Cornetto terus segar ! Hehehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah rupanya jika Encik Suami terpaksa bawa Dhia Zahra tanpa CN di sebelah. Bukan tak ada baby car seat, tapi Dhia Zahra ni semacam sikit. Tak seperti abangnya yang behave je dalam car seat, Dhia Zahra ni bila masa hormon tak stabil boleh menjerit-jerit dalam car seat tu. Lain anak lain ragamnya kan.
Jadi sebagai solution, Encik Suami buatlah macam dalam gambar bawah ni. Jadi si kecik tu boleh lah tepuk-tepuk dan cubit-cubit manja belakang ayahnya. Solution di bawah cuma berkuatkuasa bila Dhia Zahra buat perangai tau.
Please jangan kecam CN hokay..hehehe
Jadi sebagai solution, Encik Suami buatlah macam dalam gambar bawah ni. Jadi si kecik tu boleh lah tepuk-tepuk dan cubit-cubit manja belakang ayahnya. Solution di bawah cuma berkuatkuasa bila Dhia Zahra buat perangai tau.
Please jangan kecam CN hokay..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa memang terlebih excited apabila dapat berpeluang main air di taman tema. Antara taman air yang dekat dengan rumah CN adalah Gold Coast Morib. Walaupun tak berapa suka dengan tahap kebersihan disini, kira halal la asalkan anak-anak seronok. Memang takmo datang dah ke sini lepas ni ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~