Bila cuti sekolah ni, bukan sahaja CN sahaja yang semakin bambam, malah anak bujang CN si Irfan Hensem juga semakin bambam tau ! Almaklumlah, cuti sekolah keje asyik makan je, mana tak bambam anak bujang CN tu ! Sehari je berapa kali makan nasi tau. Tu belum kira kudapan macam cekodok la, kek la yang dia mintak mama dia buatkan. Alahai la anak....
Irfan Hensem makin bambam bila cuti sekolah ni |
Anak bujang CN si Irfan Hensem yang makin bambam masa cuti sekolah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semasa bercuti ke Port Dickson, CN sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson yang terletak tidak jauh dari pantai Port Dickson. Memang macam-macam ada di Muzium Tentera Darat ini. Sangat sesuai membawa anak-anak anda ke sini lagi-lagi jika anda mempunyai anak lelaki yang sememangnya terlalu suka dengan askar. Irfan Hensem tidak terkecuali sebagai kanak-kanak lelaki yang bercita-cita menjadi askar. Memang excited anak bujang CN apabila di bawa ke muzium ini tau. Dibawah adalah beberapa gambar Irfan bergaya sebagai snipper yang hensem, kacak & bergaya. Hokay tak? Hehehe..
Askar junior si Irfan bergaya seperti snipper |
Askar muda in action |
Ada gaya tak Irfan bergaya seperti askar ? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila hujung minggu berkumpul adik-adik CN yang semuanya perempuan dan masih bujang, tak sah kalau dorang tak buli anak bujang CN sorang ni. Tengoklah gambo ni bukti Irfan Hensem kena buli dengan mak sedaranya. Suka pulak tu bila orang cakap dia cantik, siap senyum je bila diambil gambar! Alahai la anak bujang CN sorang ni.
Irfan Hensem pakai shawl |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lumrah sikap perempuan yang suka dipuji. Walaupun dimulut cakap tak heran dipuji, tapi di hati berbunga-bunga apabila mendapat pujian. Pagi hari menjadi indah apabila si suami menyatakan betapa cantiknya baju isteri dia. Tu baru baju, belum lagi puji tudung, kasut dan lain-lain. Confirm mood ceria sepanjang hari. Betul kan?
Tapi bukan semua lelaki suka memuji isterinya. Macam suami CN memang berat mulut untuk memuji isterinya. Itu yang bila sesekali dipuji, terus mood ceria sampai 1 rumah dibersihkan sebab dapat aura positif. Tapi tula, Encik Suami memang berat mulut untuk memuji CN selalu. Alternatif lain adalah mendidik anak lelaki CN si Irfan untuk menjadi sweet talker. Bayangkan CN balik sekolah penat-penat, Irfan tiba-tiba cakap

"Mama cantik la, baju mama cantik. Tudung mama cantik." Hah! Terus hilang penat & volunteer masak masakan pilihan Irfan. Power kan kuasa pujian ni?
Irfan Hensem si sweet talker |
Jadi kepada wanita yang mempunyai anak tak kisah lelaki atau perempuan, didiklah mereka menjadi sweet talker. Tetapkan dalam hati mereka bahawa Mama merekalah yang paling cantik didunia!
Ciuman dari anak bujang untuk mamanya yang paling cantik didunia ! Ahaks~ |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sabtu lepas telah berlangsung dengan meriahnya Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS di Dewan Orang Ramai Kampung Jenjarom. Walaupun CN tak berapa sihat masa hari tersebut, tapi tetap gagahkan diri untuk anak bujang tersayang. Anak bujang CN ni memang eksited la bila tengok mama dengan ayah bersama adik Dhia Zahra datang menyokong. Alhamdulillah, Irfan berjaya konvo 5 tahun dan berjaya mendapat Anugerah Sahsiah 5 Huda. Sahsiah baik ye, agak terkejut la sebab di rumah memang lain perangai Irfan ni, mengada-ngada je lebih ! Hehehehe..
Irfan Hensem tersenyum bila mamanya muncul untuk mengambil gambar |
Tak banyak gambar yang sempat CN rakamkan sebab tak berapa sihat di tambah dengan Dhia Zahra yang buat perangai. Tapi memang meriah Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS. Tak sangka tahun depan Irfan dah masuk 6 tahun pula.
Semoga Irfan lebih cemerlang di tahun depan ye.
Hiasan pentas Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS |
Video Irfan Hensem semasa acara Sukaneka PASTI Al-QUDS
Okay, CN ingin kongsikan video Irfan Hensem semasa menyertai acara sukaneka bawak bola atas kepala dan lari dengan kasut Phu Chu Kang. Acara bawak bola atas kepala tu Team Biru Irfan johan tau. Acara lari dengan kasut Phu Chu Kang pula Team Biru dapat nombor 3.
~ Salam Jumaat dari Cekgu Norazimah ~
Inilah rupa anak-anak CN apabila mamanya sibuk berurusan di bank dan Encik Suami mengambil tugas menjaga anak. Senang betul si ayah nak bagi anak diam. Bagi je Happy Meal Mc Donald sorang satu, terus boleh duduk diam mengunyah hokay !
Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan Happy Meal sorang satu hokayy |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tiada idea untuk membawa anak bercuti sempena cuti sekolah yang akan tiba tak lama lagi? Apa kata bawa anak-anak anda meneroka dunia pekerjaan sebenar di KidZania KL. Paling best Irfan Hensem yang berumur 5 tahun dapat merasa menjadi Junior Tax Officer di Pejabat LHDN tau. Ini sempena event Scott's Bright Little Explores di KidZania KL. Memang menarik kad Junior Tax Officer ni. Nampak 'profesional' bila anak bujang CN pakai bersama vest & tie.
Kad Junior Tax Officer milik Irfan Hensem |
Irfan Hensem bertambah hensem dengan vest & tie sebagai Junior Tax Officer di pejabat LHDN KidZania KL |
Lokasi KidZania KL
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah ! Jangan sesiapa berani kacau anak dara CN sorang ni tau. Ada 2 orang bodyguard yang garang sentiasa mengawasi Dhia Zahra hokay. Dua orang bodyguard tu sudah tentu abang tersayang Irfan Hensem & abang sepupu Afiq Furqan. Masing-masing kemain sayangkan Dhia Zahra ni dan redha je apa yang si kecik ni buat kat dorang.
Sebagai sebahagian daripada Program Bright Little Explorers yang sedang berlangsung, Scott sedang memperjuangkan rasa ingin tahu kanak-kanak dengan memberikan peluang kepada mereka pengalaman pekerjaan seperti orang dewasa untuk sehari di KidZania Kuala Lumpur.
Setiap ibu bapa tahu bahawa apabila anak mereka membesar, mereka menjadi lebih ingin tahu tentang dunia sekeliling mereka. Scott's Malaysia, sebahagian daripada GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Sdn Bhd, mahu memperjuangkan rasa ingin tahu kanak-kanak dan membantu mereka dengan memberi mereka kesempatan untuk berseronok serta pengalaman pembelajaran yang menarik di Kidzania Kuala Lumpur.
Scott's terkenal dengan pelbagai produk DHA seperti Scott's DHA Gummies. DHA adalah asid lemak Omega-3 yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak serta membantu penglihatan yang sihat. Ini amat penting kerana penyelidikan menunjukkan bahawa 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum berusia enam tahun.
Sebagai mama, memang seronok melihat anak berumur 5 tahun fokus ketika 'bekerja' dan excited memberikan duit 'gaji' mereka kepada mamanya. Tiada istilah penat bagi kanak-kanak ini. Mereka gigih 'bekerja' sampaikan boleh merajuk sebab tak dapat bekerja di tempat yang mereka nak atas alasan tak cukup umur. Memang kelakar tapi itulah pengalaman menarik apabila anda membawa anak-anak bekerja seperti orang dewasa di KidZania Kuala Lumpur.
Antara pengalaman bekerja Irfan di KidZania Kuala Lumpur adalah menjadi nurse, dentist, bekerja di kedai UMobile, menjadi buruh kasar serta paling menarik adalah menjadi Junior Tax Officer di pejabat LHDN. Siap ada kad gituw. Paling kelakar, di LHDN ini had umur adalah 6 tahun ke atas. Tapi disebabkan keturajaan Irfan untuk bekerja disitu, Irfan diberi peluang menjadi Junior Tax Officer hokay. Apabila task diberi, disini Irfan belajar tentang kerja berkumpulan dimana Irfan perlu mengikut kakak yang lebih tua mengutip hasil cukai di pejabat Volvo. Bukan sahaja anak, malah mamanya sendiri teruja melihat kesungguhan anak bekerja dan mendapat gaji.
Dari November 2017 hingga Februari 2018, Scott's menawarkan peluang untuk menebus Satu Tiket Dewasa & Satu Tiket Kanak-Kanak ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaimana? Ibu bapa cuma perlu mengumpulkan enam stamp (RM35.00 = 1 stamp) untuk tebus tiket percuma tersebut.
Untuk maklumat lanjut, layari Scott's Malaysia Facebook Page.

Irfan & Aqila di Program Bright Little Explorers di KidZania Kuala Lumpur |
Program Bright Little Explorers di KidZania
Scott's terkenal dengan pelbagai produk DHA seperti Scott's DHA Gummies. DHA adalah asid lemak Omega-3 yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak serta membantu penglihatan yang sihat. Ini amat penting kerana penyelidikan menunjukkan bahawa 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum berusia enam tahun.
Bersama Scotty iaitu maskot Scott's DHA Gummies |
"Ketika kanak-kanak semakin membesar, mereka terus tertanya-tanya sebagai cara untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka yang tidak berkesudahan. Rasa ingin tahu ini membantu kanak-kanak ini mempelajari maklumat baru dan menggerakkan imaginasi mereka. Di Scott's, kami faham kepentingan memberikan kanak-kanak ini keseronokan baru dan pengalaman pendidikan sebagai platform pembelajaran untuk meningkatkan tumbesarana mereka," kata Venaig Jegou, Area Marketing Director, Oral Healthcare and Nutrition, South East Asia. Pemakanan, Asia Tenggara.
"Program Scott's Bright Little Explorer bertujuan untuk mencetuskan children's inquisitive nature melalui aktiviti di atas tanah yang bukan sahaja menggalakkan mereka untuk ingin tahu tetapi merangsang perkembangan mereka. Kami gembira untuk bekerjasama dengan Kidzania Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada program ini dan berharap dapat memberikan peluang pengalaman kepada kanak-kanak menjadi dewas untuk sehari. Kami yakin bahawa melalui pengalaman ini, kanak-kanak ini dapat mengalami pekerjaan sebenar dan belajar berdikari dan bekerja dalam satu pasukan" katanya.
CN & Dhia Zahra di KidZania Kuala Lumpur |
Pengalaman bekerja seperti orang dewasa di KidZania Kuala Lumpur
Sebagai mama, memang seronok melihat anak berumur 5 tahun fokus ketika 'bekerja' dan excited memberikan duit 'gaji' mereka kepada mamanya. Tiada istilah penat bagi kanak-kanak ini. Mereka gigih 'bekerja' sampaikan boleh merajuk sebab tak dapat bekerja di tempat yang mereka nak atas alasan tak cukup umur. Memang kelakar tapi itulah pengalaman menarik apabila anda membawa anak-anak bekerja seperti orang dewasa di KidZania Kuala Lumpur.
Irfan bekerja sebagai buruh kasar |
Doktor gigi Irfan yang kusyuk mendengar taklimat |
Antara pengalaman bekerja Irfan di KidZania Kuala Lumpur adalah menjadi nurse, dentist, bekerja di kedai UMobile, menjadi buruh kasar serta paling menarik adalah menjadi Junior Tax Officer di pejabat LHDN. Siap ada kad gituw. Paling kelakar, di LHDN ini had umur adalah 6 tahun ke atas. Tapi disebabkan keturajaan Irfan untuk bekerja disitu, Irfan diberi peluang menjadi Junior Tax Officer hokay. Apabila task diberi, disini Irfan belajar tentang kerja berkumpulan dimana Irfan perlu mengikut kakak yang lebih tua mengutip hasil cukai di pejabat Volvo. Bukan sahaja anak, malah mamanya sendiri teruja melihat kesungguhan anak bekerja dan mendapat gaji.
Kusyuknya Junior Tax Officer, Irfan Hensem ni ketika bekerja |
Eksitednya Junior Tax Officer, Irfan Hensem menunjukkan kad pegawai dia ! |
Tebus tiket percuma ke KidZania Kuala Lumpur
Dari November 2017 hingga Februari 2018, Scott's menawarkan peluang untuk menebus Satu Tiket Dewasa & Satu Tiket Kanak-Kanak ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaimana? Ibu bapa cuma perlu mengumpulkan enam stamp (RM35.00 = 1 stamp) untuk tebus tiket percuma tersebut.
Untuk maklumat lanjut, layari Scott's Malaysia Facebook Page.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak bulus di rumah ayah mertua CN memang sangat manja. Walaupun dia tahu anak-anak CN geli dengan kucing, lagi dia nak dekat. Ni kebetulan Irfan tengah tidur, kemain si anak bulus ni parking tidur atas perut anak bujang CN! Mujur budak tu tengah tidur, kalau dia jaga mau jerit-jerit sebab geli dengan anak bulus ni ! Hehehehe....
Tempat tidur paling selesa si anak bulus! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~