Buku Rasa Rayang | CN memang suka anak-anak sukakan buku. Pelbagai buku ada dalam koleksi Irfan & Dhia Zahra. Terbaru adalah buku Rasa Sayang yang bukan sahaja mempunyai fungsi lagu, malah boleh rekod dan play lagu nyanyian kita. Memang best ! Buku Rasa Sayang ini menggunakan bateri AAA untuk berfungsi. Anak-anak CN bukan sahaja terhibur dengan lagu dari buku Rasa Sayang ini, malah boleh turut membaca lirik pada buku yang disediakan pakej ilustrasi yang sangat menarik.
Irfan & Dhia Zahra sukakan buku Rasa Sayang |
3 fungsi menarik pada buku Rasa Sayang
Terdapat 3 fungsi buku Rasa Sayang ini yang pasti berbaloi untuk dimiliki iaitu sebagai bacaan, nyanyian & rekod. Ada 4 mode pada buku Rasa Sayang ini iaitu :
1. PLAY
: Anda boleh tekan PLAY button untuk mendengar lagu sedia ada. Agak old school nyanyiannya tapi comel. Jika tidak suka dengan suara old school pada buku ini, anda boleh nyanyi sendiri untuk anak-anak menggunakan button RECORD.
2. RECORD
: Kegemaran anak-anak CN. Dengan RECORD button, anda boleh rekod nyanyian dengan mengikut minus 1 yang disediakan. Best tau. Irfan suka sangat button ini sebab dia perasan suara dia sedap !
4 mode pada buku Rasa Sayang |
3. PLAY RECORDING
: Klik button PLAY RECORDING untuk mendengar semula nyanyian anda yang merdu tu.
4. OFF
: Jika tak nak guna apa-apa, cuma tekan OFF button untuk jimat bateri.
7 Jenis Lagu Menarik Di Dalam Buku Rasa Sayang
Terdapat 7 jenis lagu yang menarik & biasa didengar dalam buku Rasa Sayang ini iaitu
>> Rasa Sayang
>> Chan Mali Chan
>> Burung Kakak Tua
>> Anak Itik Tokwi
>> Lenggang Kangkung
>> Bengawan Solo
>> Gelang Sipaku Gelang
Sambil anak-anak berhibur dengan lagu yang menarik, dalam masa yang sama turut memperkenalkan kepada anak-anak lagu lama yang masih sedap didengar. Asyik kpop je kan, biarlah anak-anak ini belajar lagu lama yang juga sedap di halwa telinga.
Buku Rasa Sayang dengan ilustrasi yang menarik |
Harga Buku Rasa Sayang
Harga buku Rasa Sayang ini cuma RM79.00. Anda boleh membeli di lamanweb rasmi iaitu >> https://bababaa-my.myshopify.com
Maklumat lanjut atau promosi layari media social BaBa Baa iaitu
Instagram : https://www.instagram.com/mybababaa/
Facebook : https://www.facebook.com/mybababaa/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 tempat ciuman untuk anak yang mesti anda tahu | Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya. Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak? Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi tahukah anda kat bahagian mana nak cium dan gosok anak ini?
4 tempat ciuman untuk anak yang mesti anda tahu |
Tempat ciuman untuk anak
Nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.
1. Kepala
Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Dahi
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Pipi
Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
4. Tangan
Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
Jangan cium bibir anak
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 - 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Sumber : Taufiq Razif
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Banding harga barangan keperluan di Hargapedia | Sejak ada anak kecil yang membelanjakan ratusan ringgit untuk barang keperluan anak, penting untuk dapatkan harga terbaik untuk barangan keperluan anak-anak ini. Lagi jimat lagi bagus. Pantang ada sale, cepat-cepat je borong buat stok. Sekarang senang, sejak CN tahu kewujudan apps Hargapedia, CN dah tak perlu pergi ke satu pasaraya ke pasaraya yang lain untuk survey harga. Bukak je apps hargapedia ini untuk tahu pasaraya mana yang menjual harga murah untuk barangan yang kita hendak beli. Senang je kan?
Senang banding harga barangan keperluan di hargapedia |
Download PERCUMA apps Hargapedia di Google Playstore |
Banding Harga Barangan Keperluan di hargapedia
Sempena dah gaji, CN akan membeli barangan keperluan anak-anak secara banyak untuk lebih jimat. Jadi CN akan ke apps Hargapedia untuk melihat perbandingan harga untuk lampin pakai buang Drypers. Nampaknya pasaraya Mydin tawarkan harga paling rendah iaitu RM29.79 sahaja ! Paling dekat dengan tempat CN iaitu Econsave Jenjarom pun tawarkan harga yang rendah iaitu RM29.90 sahaja. Boleh la shopping!
Perbandingan harga lampin pakai buang di apps Hargapedia |
Untuk tengok lebih detail, anda boleh search barangan yang dicari & akan dipaparkan lebih detail pasaraya yang menjual pada harga lebih murah. Nampaknya pasaraya Lulu menjual dengan harga paling murah minggu ini. Mujur jauh, kalau dekat dah borong hokay.
Perbandingan harga lampin pakai buang di apps Hargapedia |
Untuk anak dara CN si Dhia Zahra pula minum susu formula Dutch Lady Curious. Jadi hasil carian perbandingan harga di Hargapedia, Econsave juga turut tawarkan harga paling murah iaitu cuma RM18.90. Macam ni mudah lah CN pergi ke satu pasaraya sahaja untuk borong susu & lampin pakai buang anak dara CN sorang ni.
Perbandingan harga susu formula di apps Hargapedia |
Oh ya, jika pergi ke detail ada pasaraya lain yang turut tawarkan harga lebih rendah iaitu Billion. Nasib la tempat CN tak ada pasaraya ni. Kalau tak, fuh, dapat jimat banyak bila beli borong.
Perbandingan harga susu formula di apps Hargapedia |
Buat list barangan di Hargapedia
Paling best tentang apps Hargapedia ni, kita boleh buat shopping list. Kira senang la nanti nak shopping bila dah ada list ni. Tak ada la beli benda yang 'bukan-bukan' kan. Ikut je list tu, duit jimat tu boleh la buat makan besaq gituw.
Buat list barangan di apps Hargapedia |
Oh ya, selain boleh banding harga, apps Hargapedia juga ada brouchure newspaper promotion yang di update setiap hari! Setiap hari anda boleh lihat promotion pasaraya kegemaran anda hanya di hujung jari. Syoknya !
Amacam, best tak apps Hargapedia ni? Download je di Google Playstore. PERCUMA tau. Sekarang, nak survey harga barang hanya di hujung jari sahaja. Jimat masa & tenaga !
Download PERCUMA apps Hargapedia di Google Playstore |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
7 Tanaman Bersihkan Udara Dalam Rumah | Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan. Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi mama dan papa yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat! Jadi apa tunggu lagi, jom tanam tanaman bersihkan udara dalam rumah ini.
Sumber : Majalah Pa&Ma
Sumber : Majalah Pa&Ma
Tanaman Bersihkan Udara Dalam Rumah
1. Dracaena
Pokok dracaena |
Spesis dracaena menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah
2. Spider plant
Pokok spider plant |
Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90% !
3. Lidah mertua
Pokok lidah mertua |
Walaupun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara
4. Monstera deliciosa
Pokok monstera deliciosa |
Tumbuhan ini mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara
5. Pakis boston
Pokok pakis boston |
Spesis ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam bilik tidur agar kulit tidak kering.
6. Aloe vera
Pokok aloe vera |
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzene dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut bilik.
7. Sirih gading
Pokok sirih gading |
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devi's ivy ini sangat cantik di tanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ikut kajian pertumbuhan gigi bayi mempunyai beberapa tahap. Tapi tahap pertumbuhan gigi bayi ini tidak sama untuk setiap bayi. Macam anak sulung CN si Irfan Hensem, dia tumbuh gigi atas dulu 2 batang manakala si adik Dhia Zahra pula tumbuh gigi bawah dulu 2 batang. Memang berbeza ! Sekarang Dhia Zahra dah setahun, tapi gigi baru tumbuh 4 batang iaitu 2 atas dan 2 bawah. Agak risau juga bila nak tumbuh gigi baru ni sebab bayi biasanya akan demam. Lagi-lagi bila tumbuh gigi geraham, fuh !
Jom tengok dimanakah tahap pertumbuhan gigi anak anda.
Di bawah merupakan tahap pertumbuhan gigi bayi.
Jom tengok dimanakah tahap pertumbuhan gigi anak anda.
Tahap pertumbuhan gigi bayi |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahukah anda bahawa cermin adalah salah satu medium untuk membina keyakinan diri? Bukan sahaja untuk kita orang dewasa malah kanak-kanak juga. Anak dara CN si Dhia Zahra memang pencinta cermin. Tidak seperti abangnya yang pemalu sangat bila berdepan dengan orang yang baru dikenali, Dhia Zahra ni agak peramah dan mesra alam. Bila tengok cermin, dia akan terus perasan yang dia lah baby paling comel di dunia ! Hehehehe
Dhia Zahra yang suka cermin |
Kemain kusyuk Dhia Zahra telek muka sendiri depan cermin |
Suka sangat haih dapat tengok cermin ! |
Agenda wajib CN bila jumpa cermin besaq, kita welfie...weee |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Macam-macam ragam si anak yang boleh membuatkan kita ketawa terbahak-bahak. Lagi-lagi anak bujang CN si Irfan Hensem ni. Walaupun nampak pemalu dengan orang yang baru dikenali, tapi bila dah lama kenal, maka keluarlah sifat 'masuk air'nya ! Memang sebijik ayahnya yang suka buat lawak.
Kali ni lawak yang memang membuatkan CN ketawa terbahak-bahak bila dengan spontannya Irfan bagi CN duit dalam gambar ni yang entah mana dia jumpa dan suruh beli henpon baru ! Alasan suruh beli henpon baru? Nak bagi Dhia Zahra henpon tu sebab si kecik yang aktif ni asyik kaco abangnya main henpon. Konon-konon tak mau share dengan adik la tuh. Alahai la anak...hehehe
Kali ni lawak yang memang membuatkan CN ketawa terbahak-bahak bila dengan spontannya Irfan bagi CN duit dalam gambar ni yang entah mana dia jumpa dan suruh beli henpon baru ! Alasan suruh beli henpon baru? Nak bagi Dhia Zahra henpon tu sebab si kecik yang aktif ni asyik kaco abangnya main henpon. Konon-konon tak mau share dengan adik la tuh. Alahai la anak...hehehe
Empat posen untuk beli henpon? Bijak bijak Irfan Hensem ni...hehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Normal la bila ada anak kecik ni, kereta dah seperti taman permainan! Semua mainan ada dalam tu. Ini semua gara-gara nak bagi anak diam bila dalam kereta. Tidak terkecuali, bumblebee Irfan Hensem ni. Nampak gagah pulak parking depan CN ni 😂
Bumblebee Irfan Hensem dibawa ke mana-mana |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~