CARRIE MOZZIBUSTER | Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum
ia terjadi kerana kadang kala apabila penyakit diketahui, ia sudah terlalu lambat
untuk mendapatkan rawatan. Hal ini termasuklah pencegahan terhadap penyakit yang
dibawa oleh nyamuk. Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan
sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes yang mengakibatkan kematian berlaku dari
31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018. Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak
5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang tempoh tersebut. Selain Denggi,
terdapat lebih daripada 67 kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh
yang sama.
Tips elak gigitan nyamuk |
Demam
Denggi dan Chikungunya merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk
Aedes. Penyebaran ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam
mencegah penyebaran dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah
pencegahan nyamuk diamalkan.
Simptom demam denggi |
Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana
beranggapan demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah
terselamat. Hakikatnya penyakit ini dapat merebak menjadi demam Denggi yang
lebih parah, atau demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang
mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya!
Cara musnahkan tempat pembiakan nyamuk |
Ibubapa
perlu sedar bahawa Denggi tidak dapat diramalkan dan satu-satunya cara adalah dengan
melindungi keluarga daripada nyamuk sepanjang masa. Selaras dengan fakta dari
WHO, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit
yang berpunca darinya. KKM juga turun menyarankan penggunaan penghalau nyamuk
agar kekal terhindar dari serangan nyamuk.
Statistik kes deggi di Malaysia |
CARRIE MOZZIBUSTER: Penghalau nyamuk yang mesti ada di setiap rumah
Salah
satu cara berkesan bagi memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan
penghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER
Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE
MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah
diuji agar dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah
menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan badan-badan
pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji dan diperakui agar
ibubapa kekal yakin bahawa produk ini mematuhi piawaian keselamatan produk.
Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER |
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotionwith UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL.
Kandungan CARRIE MOZZIBUSTER yang selamat untuk si kecil |
Harga CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions
Kedua-dua CARRIE
MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah
dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. CARRIE
MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya
terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.
Losyen CARRIE MOZZIBUSTER yang lembut pada kulit dan berbau wangi |
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.35(Semenanjung)/ RM 9.85 (Sabah
& Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung)/ RM 14.75 (Sabah &
Sarawak) untuk saiz 100ml.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual
pada harga RM 9.95 (Semenanjung)/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz
50ml, RM 14.65 (Semenanjung)/ RM 15.40 (Sabah & Sarawak) for 100ml.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ajar anak kecil membaca awal | Ada beberapa tips atau panduan yang ingin CN kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh Pn. Nik Eliani Nik Nawi dan Tn. Hj Othman Ahamad.
Irfan & Dhia yang suka membaca buku Rasa Sayang |
Tips Ajar Anak Kecil Membaca Awal
1. SINGKATKAN MASA
Perlu di ingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dapam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibubapa lebih mengenali anak-anak anda bukan?
Namun, masa yang paling baik yang di cadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI. Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain.
Contoh :-
2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL
5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif)
SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak.
2. BERHENTI SEBELUM JEMU
Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu?? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP?? Haaa... ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi ☺️☺️☺️ hoooreeeyyyy!!!!
Belajar Membaca sungguh seronok untuk kanak kanak ! 😍😍
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pantai Morib | Indahnya pagi ahad apabila dapat bersantai di Pantai Morib bersama yang tersayang. Suka sangat anak-anak dapat bermain pasir pantai dengan cuaca yang redup.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Buku Rasa Rayang | CN memang suka anak-anak sukakan buku. Pelbagai buku ada dalam koleksi Irfan & Dhia Zahra. Terbaru adalah buku Rasa Sayang yang bukan sahaja mempunyai fungsi lagu, malah boleh rekod dan play lagu nyanyian kita. Memang best ! Buku Rasa Sayang ini menggunakan bateri AAA untuk berfungsi. Anak-anak CN bukan sahaja terhibur dengan lagu dari buku Rasa Sayang ini, malah boleh turut membaca lirik pada buku yang disediakan pakej ilustrasi yang sangat menarik.
Irfan & Dhia Zahra sukakan buku Rasa Sayang |
3 fungsi menarik pada buku Rasa Sayang
Terdapat 3 fungsi buku Rasa Sayang ini yang pasti berbaloi untuk dimiliki iaitu sebagai bacaan, nyanyian & rekod. Ada 4 mode pada buku Rasa Sayang ini iaitu :
1. PLAY
: Anda boleh tekan PLAY button untuk mendengar lagu sedia ada. Agak old school nyanyiannya tapi comel. Jika tidak suka dengan suara old school pada buku ini, anda boleh nyanyi sendiri untuk anak-anak menggunakan button RECORD.
2. RECORD
: Kegemaran anak-anak CN. Dengan RECORD button, anda boleh rekod nyanyian dengan mengikut minus 1 yang disediakan. Best tau. Irfan suka sangat button ini sebab dia perasan suara dia sedap !
4 mode pada buku Rasa Sayang |
3. PLAY RECORDING
: Klik button PLAY RECORDING untuk mendengar semula nyanyian anda yang merdu tu.
4. OFF
: Jika tak nak guna apa-apa, cuma tekan OFF button untuk jimat bateri.
7 Jenis Lagu Menarik Di Dalam Buku Rasa Sayang
Terdapat 7 jenis lagu yang menarik & biasa didengar dalam buku Rasa Sayang ini iaitu
>> Rasa Sayang
>> Chan Mali Chan
>> Burung Kakak Tua
>> Anak Itik Tokwi
>> Lenggang Kangkung
>> Bengawan Solo
>> Gelang Sipaku Gelang
Sambil anak-anak berhibur dengan lagu yang menarik, dalam masa yang sama turut memperkenalkan kepada anak-anak lagu lama yang masih sedap didengar. Asyik kpop je kan, biarlah anak-anak ini belajar lagu lama yang juga sedap di halwa telinga.
Buku Rasa Sayang dengan ilustrasi yang menarik |
Harga Buku Rasa Sayang
Harga buku Rasa Sayang ini cuma RM79.00. Anda boleh membeli di lamanweb rasmi iaitu >> https://bababaa-my.myshopify.com
Maklumat lanjut atau promosi layari media social BaBa Baa iaitu
Instagram : https://www.instagram.com/mybababaa/
Facebook : https://www.facebook.com/mybababaa/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 tempat ciuman untuk anak yang mesti anda tahu | Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya. Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak? Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi tahukah anda kat bahagian mana nak cium dan gosok anak ini?
4 tempat ciuman untuk anak yang mesti anda tahu |
Tempat ciuman untuk anak
Nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.
1. Kepala
Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Dahi
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Pipi
Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
4. Tangan
Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
Jangan cium bibir anak
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 - 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Sumber : Taufiq Razif
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~