Nasi goreng 1 minit | Tarikan utama di Restoran Funtasia Hotel Bangi-Putrajaya sempena Ramadhan nanti sudah tentu nasi goreng 1 minit yang menggunakan mesin khas. Walaupun menggunakan mesin, rasa nasi gorengnya memang sedap ! Setiap hari berbeza jenis nasi goreng yang akan dihidangkan. Pastikan anda mencuba nasi goreng 1 minit apabila anda ke buffet Ramadhan Jom Iftar di Hotel Bangi-Putrajaya. CN percaya anda akan puas hati.
![]() |
| CN sudah cuba nasi goreng 1 minit, anda bila lagi? |
![]() |
| Nasi goreng 1 minit tarikan ke Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya |
Aneka hidangan di Restoran Funtasia sempena Jom Iftar Hotel Bangi Putrajaya
Selain nasi goreng 1 minit, ada pelbagai lagi hidangan menarik sempena Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya yang akan bermula dari 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018. Dari kambing golek, sate dan Mongolian BBQ serta pelbagai hidangan melayu dan western yang pasti mengujakan anda.
![]() |
| Aneka hidangan lauk pauk melayu yang menyelerakan |
![]() |
| Kambing golek yang menjadi tumpuan di setiap buffet Ramadhan |
![]() |
| Antara stall yang ada di Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya |
![]() |
| Antara stall yang ada di Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya |
![]() |
| Aneka mee dan ulam-ulaman |
![]() |
| Peminat jeruk mesti sukakan variety jeruk di sini |
Peminat dessert seperti CN memang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai dessert yang sedap-sedap dan menarik hiasannya. Anda juga mesti mencuba homemade gelato dengan pelbagai perisa yang berbeza setiap hari.
![]() |
| Bread pudding favourite CN dan aneka kek |
![]() |
| Tergoda tak dengan aneka dessert di Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya ini? |
![]() |
| CN dan dessert tidak dapat dipisahkan |
Kempen "Care for Hunger" untuk setiap pembelian pakej buffet berbuka puasa Jom Iftar
Dengan setiap pembelian pakej buffet berbuka puasa Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya, RM3.50 akan didermakan untuk kempen "Care for Hunger". Anda bukan sahaja dapat menikmati pelbagai hidangan yang sedap di Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya, malah anda berpeluang menderma untuk mereka yang memerlukan.
![]() |
| Irfan Hensem pun suka makan di Hotel Bangi-Putrajaya tau |
Harga buffet Ramadhan di Hotel Bangi-Putrajaya
Jom Iftar oleh Hotel Bangi-Putrajaya bermula pada 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018. Harga promosi adalah RM90 untuk dewasa manakala RM45 untuk kanak-kanak. Harga ini adalah untuk booking sahaja. Untuk harga walk-in adalah RM120 untuk dewasa manakala RM60 untuk kanak-kanak. Parking adalah PERCUMA dan kemudahan surau terletak di Level 2 hotel.
Untuk tempahan, hubungi 03-8210 2222 atau email ke >> fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com
Maklumat lanjut layari lamanweb >> www.hotelbangi-putrajaya.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk tempahan, hubungi 03-8210 2222 atau email ke >> fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com
Maklumat lanjut layari lamanweb >> www.hotelbangi-putrajaya.com
Lokasi Hotel Bangi-Putrajaya
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




















































