
Salam mesra..
Perut buncit adalah masalah biasa dan sering dihadapi oleh wanita selepas bersalin. Memang stress bila tengok perut yang dulu masa bujang slim melim menjadi buncit dan gedeber. Alhamdulilah, walaupun berat naik 10kg masa preggy Irfan dulu, CN telah kembali ke bentuk asal tak sampai 3 bulan dengan bantuan SET PELANGSINGAN SHAKLEE. Cuma yang menjadi masalah adalah perut buncit ! Walaupun kurus, tapi perut buncit memang susah nak cover ! CN telah terjumpa artikel menarik tentang tips kempiskan perut dekat Majalah Wanita. Marilah kita sama-sama mengamalkannya untuk PERUT YANG KEMPIS DAN MENARIK !
1. Gantikan Minuman Manis Dengan Air Putih
: Air putih dapat membantu melancarkan pencernaan terutama bagi golongan yang berdepan masalah sembelit. Digalakkan minum air suam dan tinggalkan ais. [p/s: susah tu nk tinggalkan ais lagi2 waktu tengah hari tengah panas tu..hehe]
2. Kunyah Makanan Dengan Sempurna
: Kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terapung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga halus tidak dapat dicerna dengan sempurna seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
Salam mesra
Masa blogwalking blog rakan2, CN terjumpa artikel menarik dari Mister Zarif tentang Ujian Personaliti secara online. CN memang suka jawab benda2 ni, saja2 menguji diri sendiri, nk tau gak macam mana diri sendiri dari perspektif lain. So u all semua boleh try dengan klik gambo kat atas ni yer.
Terus terang, test ni 98% tepat jika korang jawab dengan jujur. Jadi..ini adalah Cikgu Norazimah melalui ujian personaliti tersebut ! Hehehehe
............................................................................................................................................................................................................
ANDA PENCARI (SEEKER)
............................................................................................................................................................................................................
ANDA PENCARI (SEEKER)
Salam mesra..
Sempena Bulan Bahasa di SMK St Mary, CN ingin berkongsi dengan anda semua VIDEO menarik tentang seorang pesara yang sangat mementingkan bahasa melayu dalam kehidupan seharian. Osman Baku ditayangkan di TV2, tapi CN tidak pernah berkesempatan untuk menonton rancangan ini. Memang menarik dan sesuai sebagai alat bantu mengajar untuk mendidik pelajar tentang penggunaan bahasa melayu yang betul.
CN cuma berkongsi dengan anda semua video perbualan antara Osman Baku dengan doktor yang comel. Memang kelakar ! Hehehe
~ Pesanan Khidmat Masyarakat dari Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
JJCM kembali bersiaran dari CN. Kali ni CN nak berkongsi tempat makan MEE BANDUNG paling sedap ! Siapa suka mee bandung ? Angkat tangan !
CN tak berapa suka mee bandung ni, yang memang minat giler dengan mee bandung ni, Kak Su (housemate) jer. Tapi bila try mee bandung dekat Restoran Santai di Tesco Rawang ni, terus jatuh cinta RASA pertama ! Ahaks
Serius, memang sedap ! Kuahnya pekat dan pedas..kalau tempat lain, mee bandung banyak rasa udang kering, tapi kat sini takde. Udangnya besar2 dan segar, isi ada macam2, memang confirm kenyang ! Mangkuk besar tau, so kalau nak makan mee bandung dekat sini, kena pastikan memang betul2 lapar.
Air lak, CN suka jus durian belanda. Memang pekat dan menyegarkan. Kak Su dan Kak Pe'ah lak memang suka jus epal kasturi di mana epal hijau diblend bersama asam boi, fuh ! Memang menyegarkan !
Lagi satu, selain ada Restoran Santai dekat Tesco Rawang ni, u all gak boleh shoping baju2 yang gorges dekat sini. Ada banyak booth dan butik di sini. Selalunya, CN dan rakan2 akan ke sini selepas habis sekolah. Makan kasi kenyang then SHOPING ! Hehe
Mee Bandung menggoda JIWA anda ;)
Air Santai apa ntah ! Tapi sedap..soda+jelly
Kegemaran setiap masa : Jus apple kasturi
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Salam mesra..
CN cuma nak ucapkan tahniah kepada coursemate masa dekat UNIMAS, Mariam aka Mary bersama pasangan Nabil kerana telah selamat bergelar pasangan suami&isteri. Tahniah ! Serius last jumpa tahun 2009 masa final year tu ler ! Sekarang siap datang bawak si IB lagi..hehe
Congraz dear..semoga u cepat2 jadi mummy ! Best tau bila dah jadi mummy ni. Happy for both of u..semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Salam mesra..
CN cuma excited nk bercerita yang IB yang dah tak berapa bambam tu sebab aktif sangat dah berjalan ! Bestnyer ! Sebelum ni masa baru setahun dah melangkah beberapa langkah, lepas tu dia malas nak praktis. Beberapa minggu lepas IB kembali aktif praktis berjalan dan hasilnya, genap setahun sebulan iaitu minggu lepas, IB dengan muka omelnye telah berjalan berlangkah-langkah ! Sebagai seorang mama, rasa macam nak menangis terharu tengok anak dah pandai berjalan..hover kan? Hehehe
Alhamdulillah, walaupun IB bambam dan bulat, tapi dia memang rajin berusaha, umo baru 3 bulan setengah dah meniarap, then 5 bulan setengah dah merangkah dan boleh memanjat, sekarang setahun sebulan dah boleh berjalan. Syukur..
Bila IB dah pandai berjalan ni, memang jenuh ler nk snap gambo sebab asyik nk bergerak jer, gambo pon asyik shaking jer. Cuma gambo2 ni jer yang sempat CN snap untuk tatapan pembaca2 tersayang..ahaks~