Salam mesra..
CN cuma excited nk bercerita yang IB yang dah tak berapa bambam tu sebab aktif sangat dah berjalan ! Bestnyer ! Sebelum ni masa baru setahun dah melangkah beberapa langkah, lepas tu dia malas nak praktis. Beberapa minggu lepas IB kembali aktif praktis berjalan dan hasilnya, genap setahun sebulan iaitu minggu lepas, IB dengan muka omelnye telah berjalan berlangkah-langkah ! Sebagai seorang mama, rasa macam nak menangis terharu tengok anak dah pandai berjalan..hover kan? Hehehe
Alhamdulillah, walaupun IB bambam dan bulat, tapi dia memang rajin berusaha, umo baru 3 bulan setengah dah meniarap, then 5 bulan setengah dah merangkah dan boleh memanjat, sekarang setahun sebulan dah boleh berjalan. Syukur..
Bila IB dah pandai berjalan ni, memang jenuh ler nk snap gambo sebab asyik nk bergerak jer, gambo pon asyik shaking jer. Cuma gambo2 ni jer yang sempat CN snap untuk tatapan pembaca2 tersayang..ahaks~