Salam mesra..
Kepada semua guru2 & ibubapa, boleh la rujuk SINI untuk takwim persekolahan 2014.
CN tak plan lagi apa aktiviti cuti tahun depan, yang pasti nak bagi Irfan kawan la, sian dia takde kawan ! Hehehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Menjadi tradisi di SMK St Mary untuk mengadakan class party serentak seluruh sekolah pada hujung tahun. Maksudnya setiap kelas diberi tempoh masa untuk plan party dan ditetapkan tarikh untuk party class 2013 adalah pada 20 Oktober. Pada hari tersebut tiada PdP dijalankan, tempoh masa untuk prepare party dan berparty adalah dari waktu pertama sampai 12.30 tengah hari. Selepas tu pelajar dikehendaki untuk mengemas dan mengembalikan kelas kepada keadaan yang asal.
Setiap kelas mempunyai pelbagai tema yang menarik. Kelas yang memenangi tema & hos party terbaik adalah kelas 4 Sains 1 di mana mereka menggunakan tema 'Galaxy'. Tahu tak apa yang dorang buat? Kelas tu dihias menjadi gelap dan diterangi dengan lampu suluh. Ala-ala disko lak ! Tapi memang happening budak2 tu, masa CN & gengs melawat kelas tu, kebetulan ada cikgu praktikal 2 orang yang menjadi idaman pelajar, apa lagi, dorang pasang la lagu Gangnam Sytle dan paksa 'abang' 2 orang yang omel tu menari !

11 Perkara Membentuk Karakter Anak
Salam mesra..
Wahai ibubapa & warga pendidik semua ..
ingat lah 11 perkara ini untuk membentuk karakter anak dari Dorothy Law Nolte.
1. Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
2. Jika anak dibesarkan dengan permusuhan/kekerasan, dia belajar membenci.
3. Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri/kurang keyakinan diri.
4. Jika anak dibesarkan dengan hinaan, dia belajar menyesali diri.
5. Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.
6. Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.
7. Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri sendiri.
8. Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan, dia belajar keadilan.
9. Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.
10. Jika anak dibesarkan dengan dukungan, dia belajar menyenangi dirinya.
11. Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang & persahabatan, dia pun belajar menemukan cinta dalam kehidupan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~