Alhamdulillah, dah seminggu lebih kita beraya. Bukak sekolah je CN sibuk dengan PT3 Geografi, tak sempat nak up entry tentang raya 2017 CN dan keluarga. Tapi IG & facebook hari-hari CN update tentang raya 2017 ni tau. Nampak sangat tak sempat nak mengadap blog, maap ye.
Oklah, CN kongsi beberapa keping gambar pada raya pertama yang bertemakan grey. Tak plan pun raya kali ini nak tema grey. Tapi disebabkan tak sempat tempah baju Dhia Zahra, CN dan Encik Suami decide tema raya ikut baju Dhia Zahra. Susah pulak nak carik baju saiz 0 untuk di bambam sorang ni, last-last jumpa la baju kaler grey yang cantik terletak kat badan anak dara CN sorang ni. Jadilah tema tahun ni weoulss kaler grey gituw..

Susah benor nak bergambar dengan anak-anak yang aktif ni kan |
Kali ini pulak Encik Suami & Dhia Zahra yang tak pandang kamera |
My little bunnny Dhia Zahra |
Irfan Hensem cakap dia macam pengantin bila pakai sampin tu ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi pada peta lakar kemudian menghuraikan kawasan berpotensi dimajukan. Potensi ini hendaklah kreatif dan kritis serta rasional. Markah diperuntukkan untuk bahagian ini adalah 10 markah.
Untuk kawasan sekolah CN iaitu Telok Panglima Garang, ada banyak kawasan berpotensi dimajukan. Hal ini kerana kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana adanya Zon Perindustrian Bebas Telok Panglima Garang.
Kawasan berpotensi dimajukan di Telok Panglima Garang
Untuk kawasan sekolah CN iaitu Telok Panglima Garang, ada banyak kawasan berpotensi dimajukan. Hal ini kerana kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana adanya Zon Perindustrian Bebas Telok Panglima Garang.
Cadangan kawasan berpotensi dimajukan :
Antara cadangan kawasan berpotensi dimajukan adalah kawasan hutan belukar tepi jalan utama atau kebun-kebun kelapa sawit. Cadangannya pulak hendaklah kreatif dan kritis serta rasional. Antara cadangannya adalah seperti berikut :
1. Pembinaan rumah pangsapuri
: Huraian & contoh
2. Pembinaan MRT
: Huraian & contoh
3. Bangunan shoping complex
: Huraian & contoh
4. Pembinaan taman perumahan
: Huraian & contoh
5. Pembinaan jalan raya
: Huraian & contoh
Apa-apa sahaja cadangan yang releven boleh diterima. Tetapi tidak boleh melibatkan harta kerajaan seperti sekolah, balai polis, hutan simpan dan lain-lain.
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan peta lakar di kawasan sekitar tempat tinggal/sekolah. Peta lakar merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topografi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.
Untuk peta lakar, pelajar mesti menghasilkan satu draf peta lakar untuk bahagian Proses Awal dan satu peta lakar untuk bahagian Laporan Akhir.
Contoh peta lakar
Untuk peta lakar, pelajar mesti menghasilkan satu draf peta lakar untuk bahagian Proses Awal dan satu peta lakar untuk bahagian Laporan Akhir.
Peta Lakar haruslah mempunyai perkara berikut :
>> Tajuk
>> Simbol peta topografi
>> Petunjuk
>> Arah mata angin
>> Bingkai/frame
Jumlah markah untuk peta lakar adalah 15 markah.
Berikut merupakan contoh peta lakar yang dilukis berasaskan peta topografi hasil perkongsian dari Cikgu Zahari.
Contoh peta lakar |
Tafsiran Peta Lakar
Selepas menghasilkan peta lakar, pelajar dikehendaki untuk mentafsir peta lakar. Tafsiran peta lakar yang lengkap, tepat dan relevan dengan mempunyai ciri fizikal, ciri budaya dan saling kaitan akan diberi markah penuh iaitu 8 markah.
Lorekkan kawasan berpotensi pada peta lakar
Berdasarkan peta lakar yang dilukis, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan. Pelajar mesti memberikan justifikasi pemilihan kawasan dengan lengkap dan rasional untuk mendapatkan markah penuh iaitu 4 markah.
Contoh justifikasi adalah
>> Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana dekat dengan kawasan Zon Perindustrian Bebas.
>> Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana mempunyai banyak permintaan terhadap rumah kos rendah.
>> Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana kawasan tumpuan orang ramai.
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Setelah puas beraya seminggu, kini calon PT3 2017 berdepan pula dengan Tugasan PT3 Geografi. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, soalan PT3 Geografi 2017 berkenaan dengan kemahiran Geografi iaitu menghasilkan peta lakar. Agak teknikal sebab sejak pelaksanaan PBS, pelajar kurang didedahkan dengan melakar peta lakar. CN harap agar calon PT3 2017 mampu memperoleh A, insyaAllah.
Tugasan PT3 Geografi 2017 :
Calon dikehendaki menjalankan kajian dan menghasilkan peta lakar di kawasan sekitar tempat tinggal/sekolah anda. Peta lakar merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topografi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.
Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :
3.1. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian
3.2. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian
3.3 Lorekkan kawasan yang berpotensi dimajukan dan menghuraikan potensi tersebut.
3.4 Menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek.
3.5 Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek.
3.6 Membentangkan laporan hasil kajian tersebut.
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~