PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015.
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.
Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:
BIL
|
ASRAMA 1MALAYSIA
|
NAMA SEKOLAH
| |
1
|
A1M KUALA LUMPUR
|
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
|
LELAKI SAHAJA
|
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
|
LELAKI SAHAJA
| ||
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
|
LELAKI SAHAJA
| ||
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
|
LELAKI SAHAJA
| ||
2
|
A1M JOHOR
|
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
|
PEREMPUAN SAHAJA
|
3
|
A1M SABAH
|
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
|
LELAKI & PEREMPUAN
|
4
|
A1M SARAWAK
|
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
|
LELAKI & PEREMPUAN
|
Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.
Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016.
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015.
Pautan khas : http://www.moe.gov.my/my/Asrama-1Malaysia-AH
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Goodies dari PetPet
Beg comel warna oren ini adalah goodies dari PetPet setelah CN mendaftar dalam Happy Comfort Delights Program di page facebook PetPet Malaysia. Siap pos dengan PosLaju lagi tau. Jom la mendaftar sebab semuanya adalah PERCUMA.
Meh kita tengok apa ada di dalam goodies dari PetPet ini.
Beg oren comel dari Happy Comfort Delights Program
Surat dari pihak PetPet dan sample PetPet night tape.
Sapu tangan comel warna pink
Sample PetPet lagi
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
SISTEM PERMOHONAN ONLINE KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016
Sukacita di maklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia akan di buka mulai 15 Oktober - 15 November 2015.
Sila klik link di bawah atau ke pautan eBerkala Portal KPM.
Sistem Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pengisian SKT di HRMIS
Semoga cikgu-cikgu yang tengah mengisi SKT di HRMIS tu bertabahlah ye. CN pun ambil masa 2 hari nak buat benda tu. Dengan masalah LOADING sebab cuma boleh guna Internet Explorer version lama, CN ulang version lama! Kalau lappy baru memang tak boleh lah buat isi HRMIS ni. Nak tak nak terpaksa pinjam pc akak kerani buat isi HRMIS awal-awal pagi. Alhamdulillah, tak sampai 20 minit setle.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lirik Lagu Siapa Diriku by Ayda Jebat
Lagu faveret CN sekarang ini. Lagu rancak dengan lirik yang 'ngam' untuk haters CN. Eh, CN ada haters ke? Ala, kita kan manusia biasa, bukan semua orang suka kita. Pantang buat salah sikit, terus dicanang dekat semua orang. Tapi yang pelik, benda baik kita buat tiada pula dicanang. Alahai manusia..
Jadi lagu 'Siapa diriku' by Ayda Jebat ini khas buat haters yang suka cari pasal dengan CN.
Ayda Jebat : Siapa diriku
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Ku bukan primadona
Aku bukan juga DIVA
Aku.. aku..
Ku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu jangan cuba nak label ku
Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Jangan dengar senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Kau cuba jatuhkan ku
Tinggalkan ku seribu batu
Aku... Masih harapanmu
Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Jangan dengar senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Ku bukan primadona
Aku bukan juga DIVA
Aku.. aku..
Ku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu jangan cuba nak label ku
Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Jangan dengar senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Kau cuba jatuhkan ku
Tinggalkan ku seribu batu
Aku... Masih harapanmu
Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Jangan dengar senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Ku hanya manusia biasa
Kita tak sempurna
Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang Cinta Rindu kata
I Love You
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Jangan dengar senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahuSiapa diriku
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah wajah budak merajuk dengan mamanya. Ni tengah tersedu-sedu menangis sebab CN tak layan permintaan dia dibelikan robot. Dia kebal, CN lagi kebal ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keluarga Pontimau TV3
Drama slot Aksi terbaru di TV3 iaitu Keluarga Pontimau disiarkan di TV3 setiap hari selasa jam 10 malam. Drama baru yang membuatkan CN tertunggu-tunggu depan TV setiap hari selasa ini memang best. Malam ini merupakan episod kedua drama tersebut. Tarikan utama adalah tajuk yang unik selain pelakon hensem lagi sado iaitu Keith Foo ! Hehe
JUDUL : KELUARGA PONTIMAU
EPISOD : 13 Episod
TARIKH / MASA : 6 Oktober 2015 (Selasa, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Aksi TV3
SKRIP: Ashraff Zain dan Sharmaine
PENGARAH : Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu)
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
WATAK PELAKON KELUARGA PONTIMAU
Keith Foo sebagai Eddy (Harimau Jadian)Marsha Milan sebagai Elvira (Pontianak)
Sean Lee sebagai Joe
Amelia Henderson sebagai Sabrina
Esma Daniel sebagai Jabar
Yasmin Hani sebagai Julia
Lee Yvonne sebagai Hilda
Dazrin Kamaruddin sebagai Rayyan
SINOPSIS KELUARGA PONTIMAU
Rayyan (Dazrin Kamaruddin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. Lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu.
Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.
Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.
Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.
Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.
Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.
Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.
Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar?
Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar?
Sumber : SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Makanan Kegemaran Si Kecil
Kali ini CN nak bercerita tentang makanan kegemaran anak bujang CN iaitu Irfan. Irfan ni memang mewarisi kegemaran arwah neneknya yang amat gemarkan makanan berunsurkan MEE. Tak kisah la mee kuning ke, yee mee ke, spageti ke, janji bentuknya adalah gemuk2 menjadi kegemaran si Irfan.
Alkisah CN tetiba mengidam nak makan sizling yee mee. Bawaklah si bambam ni ke Tesco Jenjarom untuk try sizling yee mee di sana. Mula-mula Irfan tengok sizling yee mee ni agak menakutkan dia. Yela, panas berasap, memang la takut dia nak makan. Bila dah sejuk sedikit, tanpa segan silu terus merampas garfu dan sudu dari CN. Dengan semangat terus cakap, " Sedap mama !"
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
SEMAKAN SESI SERLAHAN SENI PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2016.
Semakan Sesi Serlahan Seni Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2016 boleh dibuat mulai 12 Okt 2015. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-88721620 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam
Dalam entry jalan-jalan ke Karangkraf , CN ada bercerita tentang lawatan Pengawas Pusat Sumber SMKTPG ke Shah Alam. Cuma 2 destinasi menjadi pilihan iaitu Kompleks Karangkraf & Perpustakaan Tun Raja Uda.
Okay, dari pagi sampai ke tengahhari kami berada di Komplek Karangkraf, kemudian terus bergerak ke Perpustakaan Tun Raja Uda. Disini kami solat zohor dan terus meronda-ronda bersama-sama pegawai incharge (harap maaf CN lupa namanya..hehe).
Ini kali pertama CN menjejakkan kaki kesini. Sangat kagum kerana bangunannya yang besar dan lengkap serta di lengkapi dengan karpet. Jadi pengunjung mesti membuka kasut. Jangan risau akan kasut anda kerana beg kasut disediakan. Jadi anda boleh mengunsung beg kasut anda ke mana-mana saja anda pergi.
Gambar atas : Setiap tingkat mempunyai tema dan warna karpet yang berbeza
Gambar bawah : Ketika taklimat oleh pegawai incharge
Paling mengujakan adalah terdapat tayangan 4D dengan bayaran RM10. Kemain eksited CN nak tengok cerita 4D ni, tetapi ibu mengandung dilarang sama sekali ! Waa..kecewa sudah..
Ok, tolak tepi soal kecewa. CN nak highlight kan disini terdapat bahagian kanak-kanak yang sangat mengujakan. Disini anda boleh bersantai bersama-sama anak membaca buku dan bermain. Paling menarik adalah deco pokok besar yang menjadi sasaran kami untuk bergambar seperti gambar di bawah. Disebabkan disini adalah bahagian kanak-kanak, jadi nak bising pun tak apa ! Weeee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ujian Bertulis PT3 2015
Kini tibalah masanya untuk calon PT3 2015 menempuh peringkat terakhir PT3 selepas PT3 Geografi & Sejarah iaitu Ujian Bertulis PT3 untuk beberapa matapelajaran. Tahun ini adik kandung dan adik ipar CN adalah calon PT3. Dan seperti biasa yang over risau adalah kakak mereka.
Harap-harap mereka dapat menjawab soalan dengan tenang. Begitu juga dengan semua calon PT3 2015 seluruh Malaysia, CN ingin mengucapkan semoga anda semua berjaya menjawab soalan dengan tenang dan beroleh keputusan yang cemerlang, InsyaAllah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Lawatan sambil belajar anjuran Pusat Sumber SMKTPG yang berlangsung minggu lepas melibatkan 86 bilangan pelajar dan 8 orang guru. Destinasi lawatan kali ini adalah ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam dan Perpustakaan Tun Raja Uda. CN akan ceritakan tentang Perpustakaan Tun Raja Uda di entry berikutnya ye.
Ini merupakan kali kedua CN datang ke sini. Kali pertama ketika Jualan Gudang Karangkraf 2 tahun yang lepas ! Hehe..
Lawatan bersama pelajar ini memang best kerana kami dibawa masuk ke kilang percetakan yang terletak di dalam kompleks ini juga. Untuk pengetahuan anda, kilang percetakan ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Dan yang paling best, ia adalah milik melayu bumiputera. Jika anda lihat di sekitar kompleks ini terletaknya kilang-kilang jenama antarabangsa, tetapi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf berdiri teguh ditengah-tengahnya melambangkan kejayaan anak Melayu.
Kami berada di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sehingga tengah hari. Banyak jugalah pelajar2 dan cikgu2 memborong novel dan majalah di sini. CN? Jangan tak percaya, ketika semua orang sibuk membeli belah di pusat jualan, CN boleh diam2 makan di cafetaria disitu. Lapar beb ! Hehe
Oklah, layanlah beberapa keping gambar dari kamera henfon CN yang tak berapa canggih ni. Nak harapkan gambar dari kamera pelajar2 yang canggih2 memang lambatlah...
Suasana di dalam kilang percetakan milik bumiputera yang terbesar di Asia Tenggara, bangga beb !
Cikgu-cikgu berlatarbelakangkan deco wall yang cantik
Eh ! Bambamnya CN disitu
Bergambar bersama editor Majalah Remaja (duduk baju purple) dan editor Majalah Media Hiburan (duduk tengah2 antara pelajar tu). Editor majalah Remaja ni memang sporting melayan pelajar perempuan bergambar, kulit wajahnya pun cantik, jeless tawww
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jom kita bersukan ! Preggy mom macam CN ni buat yoga jela..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Contoh Buku Program Majlis Persaraan
Seperti biasa, CN suka berkongsi hasil kerja CN di blog kesayangan ini. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda Buku Aturcara Majlis Persaraan Pengetua SMKTPG. Jika anda berminat untuk mendapatkan buku aturcara tersebut dalam bentuk publisher, bolehlah email CN di norazimah15@gmail.com. CN bagi free jer. Jangan risau ye.
Buku Program Majlis Persaraan Pengetuan SMKTPG
Kehamilan Minggu ke-14
Pejam celik pejam celik, kehamilan CN dah masuk minggu ke-14. Ini bermakna CN telah memasuki fasa trimester kedua. Alhamdulillah, mabuk-mabuk yang dasyat lagi-lagi mabuk sampai muntah tengok laptop telah berakhir. Masih lagi mabuk, tapi telah banyak berkurang. Jika sebelum ini CN langsung tak boleh bau tumisan masakan menyebabkan CN tidak boleh memasak, kini CN dengan bahagia boleh memasak masakan idaman hati.
Perut CN pula membesar dengan jayanya walaupun baru 14 minggu. Berat pulak sudah mencecah 56 kg ! Pergh ! Dasyat juga mengandung kali ini. Berat naik dengan cepat. Masa mengandungkan Irfan dulu, CN cuma naik 10kg je, kali ini tak tahu la berapa kg nak naik. Its ok, lepas bersalin wajib workout untuk kembalikan berat badan asal 48 kg ! Mampukah? Hehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gadget Tercinta
Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA hari ke-7 & yang terakhir. Apakah itu Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA?
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA
1. SeLFiE PaLinG CoMeL - 1oCt
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa? - 2oCt
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi - 3oCt
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer? - 4oCt
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT - 5oCt
6. BReaKFaST WaJiB AnDa - 6oCt
7. GaDgeT TeRCiNTa - 7oCt
SYaRaT PeNyErTaaN:
1. TeRbUKa KePaDa SeMuA yaNg AdA BLoG dAn InSTaGrAm
2. UpDaTe di BLoG dAHuLu
3. MaSuKkAn GaMbaR YaNg BeRKaiTaN dEnGaN CaBaRan daN kARanG aYat MeNaRiK YaNg Tak TeRLaMpaU pEnDeK aTaU TaK TeRLaMpaU PaNjAnG
4.KeMuDiaN sHaRe GamBaR BLurr di INstAgRaM
5. BuAT CaPTioN YaNg MeNaRiK igErs uNtuk MaSuk Ke BLoG AnDa
6. MaSuKkAN HaShTaG
#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi
7. BLoGWaLkiNg kE SeTiAp BLoG YaNg JoiN CaBaRaN INi dEnGaN MeNiNgGaLkaN KoMeN MeNaRik
8. FoLLoW bLoG sEkiRaNyA bELuM FoLLOw dAn MeNtiOn YaNg AnDa BaRu FOLLow
Jom kita mulakan cabaran terakhir iaitu hari ke-7.
Gadget tercinta...
Inilah gadget tercinta CN selain henfon yang selalu di'hijack' oleh Irfan. Berblogging memang indah dengan lappy ini.
p/s : Berakhir sudah cabaran 7 hari ini. Cabaran yang direka untuk suka-suka selain untuk lebih mengenali blogger yang terlibat. Walaupun ada 'kata-kata belakang' tentang cabaran ini yang tiada manfaatnya, bagi CN ini adalah salah satu cara untuk CN maintain update entry dan ig. Bukan mudah untuk mendapatkan idea menghasilkan entry. Dengan entry 'suka-suka' ini sekurang-kurangnya berupdate juga blog www.cekgunorazimah.com in..peace !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Educational Quotes
" Children are made readers on the laps of their parents "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Breakfast Wajib Anda
Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA hari ke-6. Apakah itu Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA?
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA
1. SeLFiE PaLinG CoMeL - 1oCt
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa? - 2oCt
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi - 3oCt
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer? - 4oCt
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT - 5oCt
6. BReaKFaST WaJiB AnDa - 6oCt
7. GaDgeT TeRCiNTa - 7oCt
SYaRaT PeNyErTaaN:
1. TeRbUKa KePaDa SeMuA yaNg AdA BLoG dAn InSTaGrAm
2. UpDaTe di BLoG dAHuLu
3. MaSuKkAn GaMbaR YaNg BeRKaiTaN dEnGaN CaBaRan daN kARanG aYat MeNaRiK YaNg Tak TeRLaMpaU pEnDeK aTaU TaK TeRLaMpaU PaNjAnG
4.KeMuDiaN sHaRe GamBaR BLurr di INstAgRaM
5. BuAT CaPTioN YaNg MeNaRiK igErs uNtuk MaSuk Ke BLoG AnDa
6. MaSuKkAN HaShTaG
#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi
7. BLoGWaLkiNg kE SeTiAp BLoG YaNg JoiN CaBaRaN INi dEnGaN MeNiNgGaLkaN KoMeN MeNaRik
8. FoLLoW bLoG sEkiRaNyA bELuM FoLLOw dAn MeNtiOn YaNg AnDa BaRu FOLLow
Jom kita mulakan cabaran hari ke-6.
Breakfast wajib anda :
ESP bersama susu HL strawberi ! Memang sedap & menyihatkan. Cantik luar dan dalam gituw..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Majlis Persaraan Pengetua SMKTPG
Pada minggu lepas, pengetua SMKTPG iaitu Tn. Hj. Nordin bin Saad diraikan dalam majlis yang meriah sempena persaraan beliau. Seperti biasa, CN sekali lagi memikul tanggungjawab membuat buku aturcara majlis tersebut dibantu oleh beberapa orang guru. CN akan kongsikan buku aturcara tersebut di entry yang lain ye.
Majlis tersebut bertambah meriah dengan kesportingan guru-guru memakai baju seragam berwarna coklat. Memang cantik bila seragam dan bertambah cantik di dalam gambar. Ok, meh CN share beberapa gambar cikgu-cikgu SMKTPG yang sporting bersama Tn. Pengetua.
Can u spot me? hehehe
Agenda wajib bergambar bersama geng di pentas yang ala-ala pelamin
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Drama TV Feveret
Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA hari ke-5. Apakah itu Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA?
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA
1. SeLFiE PaLinG CoMeL - 1oCt
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa? - 2oCt
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi - 3oCt
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer? - 4oCt
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT - 5oCt
6. BReaKFaST WaJiB AnDa - 6oCt
7. GaDgeT TeRCiNTa - 7oCt
SYaRaT PeNyErTaaN:
1. TeRbUKa KePaDa SeMuA yaNg AdA BLoG dAn InSTaGrAm
2. UpDaTe di BLoG dAHuLu
3. MaSuKkAn GaMbaR YaNg BeRKaiTaN dEnGaN CaBaRan daN kARanG aYat MeNaRiK YaNg Tak TeRLaMpaU pEnDeK aTaU TaK TeRLaMpaU PaNjAnG
4.KeMuDiaN sHaRe GamBaR BLurr di INstAgRaM
5. BuAT CaPTioN YaNg MeNaRiK igErs uNtuk MaSuk Ke BLoG AnDa
6. MaSuKkAN HaShTaG
#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi
7. BLoGWaLkiNg kE SeTiAp BLoG YaNg JoiN CaBaRaN INi dEnGaN MeNiNgGaLkaN KoMeN MeNaRik
8. FoLLoW bLoG sEkiRaNyA bELuM FoLLOw dAn MeNtiOn YaNg AnDa BaRu FOLLow
Jom kita mulakan CaBaRaN hari ke-5 iaitu :
Drama TV Feveret !
Running Man !!
Bila bosan atau tak ada idea nak up entry, mesti bukak kshowline untuk tengok cerita Running Man ni. CN boleh tengok berulang kali episod yang sama dan masih boleh ketawa sepenuh hati. Cerita Running Man ni memang boleh hilanglan stress dan penat bekerja.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Walaupun Hari Raya Aidil Adha telah seminggu berlalu, baru kini CN sempat berkongsi gambar suasana di kampung yang nyaman udaranya tanpa jerebu. Serius, masa di kampung dapat bernafas dengan bahagia sekali. Balik je ke Banting, terus mengadap jerebu dengan IPU 197 !!
Sambutan raya kali ini dengan sangat 'sederhana' dek kerana kecuaian CN terlupa membawa balik baju raya CN dan Encik Suami. Sebagai protes, Encik Suami langsung takmo bergambo raya dengan CN dan Irfan. Its ok, yang penting Irfan sporting dan hensem bergaya dengan baju melayu lengkap bersampin ! Hehehe
Dress CN tu murah je beli di Mydin Mall Parit Buntar. Orang perempuan ni memang senang cari baju murah-murah. Best kan? Ok, layankan jela gambar CN bersama adik-adik yang single mingle bersama ayah tersayang yang tetap sporting melayan anak-anak nya berposing raya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~