Word Verification Pada Ruangan Komen
Blogwalking merupakan salah satu cara untuk meningkatkan Unique Visitor (UV) blog. Dengan blogwalking, kebarangkalian untuk mendapat komen balas adalah 50% dan setiap komen akan menyumbang UV kepada blog anda.
Kenapa perlu UV yang tinggi?
Jika anda menggunakan blog sebagai salah satu cara untuk menjana income, UV yang tinggi adalah faktor utama untuk mendapatkan income dari pengiklanan seperti Google Adsense, Nuffnang dan pelbagai lagi. CN pernah ceritakan tentang gaji pertama CN dari Google Adsense dan faktor utama CN mampu menjana income dengan Google Adsense adalah berdasarkan UV yang tinggi.
Salah satu cara untuk CN tingkatkan UV adalah dengan promosi blog. Selain menggunakan media sosial seperti facebook, Google + dan instagram, blogwalking juga merupakan salah satu cara untuk menyumbangkan UV kepada blog anda.
Word Verification
Apabila anda komen di blog rakan-rakan blogger anda, sudah pasti sebahagian dari mereka akan membalas kunjungan anda. Dengan cara ini anda telah mendapat UV dari rakan blogger anda tersebut. Jika zaman baru-baru berblogging, CN mampu blogwalking sehingga 100 lebih blog dalam masa sehari. Tapi kini faktor kesibukan dengan kerja dan juga word verification pada ruangan komen mengehadkan jumlah blog untuk diblogwalking.
Bayangkan untuk menghantar satu komen, anda perlu mengesahkan "I'm not robot" dan perlu pilih gambar yang entah apa-apa ! Jika jawapan yang salah, perlu memilih gambar yang lain pula. Jika ini terjadi, besar kemungkinan untuk CN tutup blog tersebut adalah 80% ! Hah ! Kan dah rugi tak dapat komen dari CN. Jika diikutkan kerajinan, CN boleh mengomen sehingga berbelas-belas komen dalam satu blog. Tapi bila munculnya word verification yang annoying ini, memang say goodbye la..
Alternatif Untuk Word Verification
CN faham kebanyakan blogger meletakkan word verification untuk mengelakkan komen spam. Sebenarnya cara terbaik untuk mengelakkan komen spam adalah dengan menukar Comment Moderation dibahagian setting kepada "Always". Dengan cara ini, setiap komen perlu disahkan oleh anda sendiri. Jika dapati komen tersebut adalah spam, anda boleh mendeletenya. Kan mudah?
Untuk bahagian Show word verification pilih "No". Ingat, pilih "No". Barulah jumlah komen di blog anda akan bertambah.
Selamat berblogging.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pelbagai Idea Menarik Untuk Berehat
Cuti sekolah kini bermula. Tibalah masa untuk berehat dari kerja-kerja menimbun. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu, terlalu banyak kerja pengkeranian yang perlu dibuat mengalahkan kerani sekolah ! Balik sekolah pun bawak balik kerja !
Kini cuti gunakan sebaiknya dengan BEREHAT. Yeah ! Seronoknya cuti...weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Betul tu. Irfan kalau diam jer mesti ada benda yang dia tengah kusyuk. Bersedialah mental dan fizikal bila lihat hasilnya. Biasanya losyen, lipstik, loose powder, bedak, eye liner, mascara serta serum yang mahal pun pernah menjadi 'mangsa' Irfan !
Alahai anak...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kondangan owh Kondangan
Kondangan adalah bahasa jawa yang bermaksud kenduri kahwin. Baru-baru ini sepupu Encik Suami iaitu Dayah yang cun telah bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya Napis. Majlis diadakan di Kampung Endah, Banting. Majlis yang simple tetapi mengumpulkan saudara-mara yang ramai memang meriah. Almaklumlah, menurut ayah mertua, penduduk di Kampung Endah sahaja hampir 50% ada ikatan saudara dengan keluarga ayah. Memang besar keluarga ini. Sebab itu bila diadakan majlis kenduri kahwin, meriah dengan saudara-mara sahaja.
Walau bagaimanapun, kondangan kali ini CN tidak dapat join sinoman (rewang) kerana masalah darah rendah. Sejak kebelakangan ini memang CN kerap pening kepala dek sindrom darah rendah ini. Inilah penangan ibu mengandung, macam-macam penyakit yang hinggap, sabar jela.
Ok, takmo cerita tentang darah rendah CN. Nak cerita tentang perasaan 'hakak-hakak' bila CN balik ke Kampung Endah ini. Ini kerana ayah mertua adalah anak sulung dalam keluarga dan Encik Suami juga adalah anak sulung dalam keluarga. Jadi bila kahwin dengan cucu sulung ini, bertemu dengan sepupu-sepupu yang lain pasti akan menjadi hakak ! Terasa tua pulok ! Hehehe
Tapi adik-adik sepupu ini memang sporting dan ramah. Cun-cun pulok tu. Bolehlah adjust jika berkenan...hehe
Agenda wajib bila keluarga berkumpul adalah mengusik cicit nombor 2 iaitu Irfan yang kecoh
Gambar Encik Suami taken by Irfan, pandai pulak budak kecik ni ambil gambar, ada bakat ni..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Teater Muzikal Mak Cun
Pasti ramai yang telah menonton drama bersiri Mak Cun yang havoc dan menghiburkan tu. Paling best dengan longat utara yang tak berapa betul tapi kelakar ! Kali ini dalam bentuk Teater Muzikal Mak Cun yang akan dipersembahkan di Istana Budaya dari 14 hingga 22 November ini.
Cepat dapatkan tiket-tiket sebelum kehabisan ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Drama Kau Aku Kita
Drama TV3 terbaru adaptasi novel Kau, Aku, Kita ini memang best dan menghiburkan hati. Ditambah lagi dengan pelakon utama drama ini iaitu Syarul Ridzuan & Janna Nick yang mencuit hati. Sebelum ini CN memang dah baca novel ini. Cover gambar kasut tu. Serius baca novel je pun dah best. Ini bila sudah dijadikan cerita bertambahlah best.
JUDUL : KAU, AKU, KITA
EPISOD : 13 episodTARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Orkid Edyliyne
SKRIP: Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria
Watak Pelakon Kau Aku Kita
Syarul Ridzwan sebagai Aus
Janna Nick sebagai Iman
Isey Fazlisham sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie
Sinopsis Drama Kau Aku Kita
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.
Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.
Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.
Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.
Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pasar Malam Jenjarom
Jenjarom's night market atau pasar malam Jenjarom diadakan pada setiap hari Rabu. Sebenarnya kecil je pasar malam ni, Boleh la cari makanan faveret family iaitu leher ayam goreng ! Irfan pulak suka ayam gunting & CN suka cendawan goreng. Cun...
Leher ayam goreng rangup
Cendawan goreng rangup krup krap
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 Perbezaan Ketara Siaran TV Zaman Dahulu & Sekarang
Dahulu dan sekarang memang banyak perbezaannya. Jom kita lihat perbezaan ketara siaran TV zaman dahulu & sekarang di OhBulan.
Memang awesomein ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pejam celik pejam celik dah nak jadi abang sudah Irfan Hensem ni. Tapi tahap kemanjaannya melampau-lampau ! Selalu mintak didukung, kalau nak tidur tu mintak didodoi..sabar jela. Biasalah budak kecik nak dapat adik kan, confirm buat perangai.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ibubapa yang sering bergaduh
anak menjadi ganas & panas baran
Ibubapa sering sedekah
hati anak akan lembut
Ibu tidak meninggalkan solat
anak mudah mendapat hidayah
Ibu sering membaca al-quran
dapat anak yang bijak
Ibu mengawal emosi
anak soleh & pandai mengawal keadaan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dikoyak Waktu oleh Ronnie
Pertama kali CN dengar lagu dikoyak waktu terus terpikat dengan melodinya. Bila dicari rupa-rupanya penyanyi lagu dikoyak waktu ini adalah Ronnie. Patutlah suara sedap !
Jom kita layan lagu dikoyak waktu ini.
Lirik Lagu Dikoyak Waktu : Ronnie
aku tak pandai bercinta
aku tak indah bicara
hanya manusia yang mengagumimu
walau takkan pernah ku miliki
aku ada di depan mata
aku tetap selalu ada
aku manusia yang mencintakanmu
dalam bisu bersendiri aku
dengan nafas ini
ku aturkan langkah
menuju dirimu
walau ku sedari
rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
selamanya
ku dikoyak waktu
dengan nafas ini
ku aturkan langkah
menuju dirimu
walau ku sedari
rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
selamanya ku dikoyak waktu
selamanya..
selamanya ku dikoyak waktu
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lagu UNIMAS Gemilang
Menggamit memori saat mendengar lagu UNIMAS Gemilang ini. Inilah lagu UNIMAS, tempat CN menimba ilmu untuk bergelar seorang guru. Empat tahun CN disini, pelbagai pengalaman suka duka pahit manis sebagai seorang mahasiswa. Pengalaman sebagai perantau banyak mengajar CN tentang budaya bangsa lain. Disini, kawan-kawan CN adalah dari bangsa melayu, cina, india, iban, bidayuh dan pelbagai etnik lain.
Memang menarik apabila berkawan dengan pelbagai kaum di Malaysia ini, banyak makanan 'unik' CN dah cuba. Sudah tentu makanan Sarawak faveret CN adalah umai. Pergh ! Sangat membuka selera. Jangan ditanya adakah CN pernah mencuba makan ulat sagu ye, never ! Hahahaha
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tajuk kemain ye? Tak nak kalah dengan gambo tema CN bersama bf kecik. CN cuma nak cerita tentang jodoh ni. Kadang-kadang orang yang kita 'benci' itulah akan jadi pasangan hidup kita. Ciri-ciri yang kita tidak suka itulah yang akan ada pada pasangan kita. Tak perlu demand dan cakap besar.
CN tidak tujukan untuk sesiapa. Cuma sebagai peringatan sebagai 'akak' buat adik-adik yang ingin mencari pasangan hidup. Jangan tetapkan ciri-ciri yang kita nak dari pasangan kita, 1/100 belum tentu ada. Tiada manusia yang sempurna. Terima pasangan kita seadanya. Yang paling penting, cintai orang yang cintakan kita. Tidak perlu mengejar Cinta Sempurna kerana Cinta yang SEMPURNA hanya untuk pencipta kita Allah S.W.T.
Ingatlah, kalau dah jodoh, si pendek kecik itulah pasangan hidup kita !! Rujuk kepada Encik Suami !! Hahahaha
Motip ??
Terkenang kembali saat macam mana CN boleh tukarkan gelaran bff kepada Encik Suami. Abang kecik kini semakin sado lengannya..lengan je. Oklah, janji tetap ada sadonya. Weee...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai Irfan. Pantang di rumah, pasti dicarinya henfon CN. Pantang tengok CN bersenang lenang dengan henfon, pasti dengan muka innocentnya sendel-sendel dekat CN sambil cakap "Mama, nak pon (henfon) !".
Henfon CN kini adalah hak milik mutlak Irfan jika dirumah. Jangan ditanya kenapa CN kurang aktif berwasap / bertelegram di rumah, ini semua gara-gara henfon di'hijack' oleh Irfan !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kerenah Irfan Hensem
Inilah muka bersalah Irfan Hensem bila buat sesuatu yang tak betul. Selamat dia tahu rasa bersalah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Senang Hati
Alahai, senangnya dalam hati dapat layan YouTube guna henfon mama. Kaki siap silang gituw..
Inilah Irfan Hensem bila dapat 'hijack' henfon CN. Dihentamnya sampai habis bateri.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Betul kan? Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bayaran Pengiklanan dari Google Adsense
Alhamdulillah, setelah 4 bulan menggunakan service Google Adsense, baru kini CN berasa 'gaji' pertama. Yang bestnyer, 'boss' masukkan gaji 21hb, 22hb dah masuk dalam CIMB ! Sangat cepat jika dibandingkan menggunakan cek ataupun Western Union. Sayang sangat Google Adsense.
Dulu masa CN guna Nuffnang, dah setahun pun baru dapat RM2++. Lepastu guna cek pulak. Dengan 'boss' baru ni, dah la bayar gaji dengan USD, cepat pulak tu.
Okay..lagi semangat nak tingkatkan uv bila dapat 'boss' macam ni !
Jadi kepada anda blogger Malaysia, cepat bertukar kepada Google Adsense. Sangat berbaloi !
'Slip gaji' dari Google Adsense
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pengantin Lama Bersanding Kembali
Sempena wedding sepupu Encik Suami minggu lepas, CN tak lepaskan peluang 'paksa' Encik Suami bergambar bersama di atas pelamin. Tapi yang tak best, kalau duduk bersanding, Encik Suami mesti akan duduk malas dan nampaklah kekecikan dia tu ! Hah ! Tak pasal2 CN kelihatan seperti mak ayam bersama anak ayam di atas pelamin ! Tak suka betul !
Walaupun Encik Suami tua 2 tahun dari CN, tapi ramai cakap dia lagi muda. Pernah dulu masa pergi pasar malam, orang ingat Encik Suami tu adik CN ! Alahai suami, bilalah muka awak nak nampak tua ye??
Tapi kan tajuk tu berempat, siapa ke-4 tu? Tu..si kecik dalam perut CN tu, dia duk babai-babai tu..nampak tak?
Mak buyung bersama Irfan Hensem
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Guru BI dari India di bawah Program SISC+
Proses pengambilan guru terlatih Bahasa Inggeris dari India dibawah program Jurulatih Pakar Pembangunan Prestasi Sekolah (SISC+) akan selesai dalam masa terdekat - Kamalanathan
Salah satu inisiatif kerajaan dibawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah untuk menempatkan guru BI tersebut di beberapa buah sekolah luar bandar bagi membantu guru BI termpatan. Hmm..apa pendapat anda ?
Masih tidak cukupkah guru BI di Malaysia yang berkualiti sampai perlu mengimport guru dari India?
Tapi kan? Kalau guru BI tersebut hensem macam di bawah ni, CN sokong jer....hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Soalan Buat Guru
Guru ibarat ibubapa pelajar di sekolah. Kadang-kadang sampaikan ada pelajar lebih gemar berkongsi cerita dengan guru berbanding ibubapa. Kenapa ini terjadi?
Ini kerana guru merupakan pendengar yang setia. Sabar melayan soalan yang sama setiap hari malah setiap kali kelas ! Bayangkan sehari paling kurang mengajar 4 kelas dan setiap pelajar dalam kelas itu akan tanya soalan yang sama. Mesti bosan kan? Tapi cikgu tabah je menjawab soalan tu.
Kalau CN bila dah hilang sabar, CN cuma angguk dan geleng je. Yela, dalam kelas yang sama, baru pelajar A tanya soalan tu, pelajar B dah tanya soalan yang sama ! Tak tensen? Ini baru 8 soalan, sebenarnya ada banyak lagi soalan lain seperti :
1. Cikgu, hari ini hari apa?
2. Cikgu, hari ni berapa haribulan?
Dan pelbagai soalan lagi....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rakyat Malaysia BUKAN Racist
Jika anda rasa rakyat Malaysia racist, cuba tonton video ini. Terharu tengok video ini sebab CN ada ramai kawan baik dari bangsa cina, india dan juga iban !
CN mula berkawan baik dengan rakan-rakan dari bangsa lain semasa di Kolej Matrikulasi Perak. Semester 1 di situ CN ada kawan baik india dengan nama panggilan Oggy (harap maaf lupa nama penuh)..hehe. Selain Oggy, roomate CN adalah seorang berbangsa cina tetapi berwajah melayu yang sangat cantik, Fong namanya.
Perkara sama juga berlaku di UNIMAS. Housemate CN iaitu Suzy adalah seorang berdarah campur iban disebelah ayahnya dan india disebelah ibunya. Kitorang memang rapat siap boleh tukar-tukar baju lagi ! Setakat makan share tu memang normal. Sama juga di dalam kelas, CN pernah satu kumpulan dengan semua pelajar cina dan cuma CN seorang sahaja melayu dalam kumpulan tersebut. Alhamdulillah, tugasan berkumpulan tersebut dapat dijayakan tanpa masalah.
Anak-anak kesayangan CN iaitu Tharanee & Velonney
Anak-anak kesayangan CN iaitu Tharanee & Velonney
Tugas guru juga sering dikaitkan dengan racist. Hello !! Pelajar kesayangan CN di SMK St. Mary dulu adalah pelajar India tau, Tharanee, Sharmila, Nivya & Velonney. Tharanee siap call CN masa dapat result SPM sebab nak ucapakan terima kasih ajar dia masa form 1&2. Hui Yin pulak menjadi antara likers utama CN di instagram. Inilah pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa yang menjadi kesayangan CN. Alhamdulillah, tahun ini juga kelas jagaan CN mendapat anugerah Sehati Sejiwa berkat semangat 1Malaysia.
Sudah bertahun kita hidup bersama antara melayu, cina dan india. Tak perlu ada racist. Tiada faedah pun. Takkan la bila beberapa orang dari bangsa tersebut buat hal, satu bangsa hendak dicopkan dengan gelaran tertentu? Tidak adil bukan?
Peace. I LOVE Malaysia !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Annual Dinner di Amverton Cove Pulau Carey
Baru kini CN berkesempatan berkongsi gambar sempena annual dinner yang berlangsung di Amverton Cove Golf&Resort Pulau Carey. Tempat yang mewah tetapi makanan yang tak berapa umph. Biasalah, tempat mahal memang susah nak cari makanan yang sedap. Lagi umph Mee Udang Kak Laila, berbaloi-baloi bayar gituw..hehe
Hadiah cabutan bertuah memang best-best, tapi satu pun tak kena pada CN ! Kesian kan? Memang dari dulu sampai sekarang, memang susah CN nak menang hadiah cabutan bertuah ni. Kalau Encik Suami tu, asyik bertuah je, Untunglah badan..
Oklah, layanlah beberapa keping gambar mak buyung 18 minggu ni yang sempat disnap. Preggy kali ini CN tak berapa gemar bergambar, pelik !
Bersama hakak-hakak tersayang
Welfie bersama Kak Anis (kiri) iaitu orang sekampung dan Kak Gee (kanan)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem & Power Rangers
Inilah wajah kesayangan CN, abang manja sorang ni. Kemain besar jam tangan Pak Ngah yang dibedalnya sebab berangan nak jadi power rangers !
Elok je lepas pakai jam tangan besar tu terus buat gaya ala-ala power rangers. Inilah anak, pengaruh YouTube betul !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
10 Sunnah Hari Jumaat
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Permohonan Online Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2016
Permohonan Secara Online bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2016 dibuka bermula 19 Oktober 2015.
Permohonan boleh dibuat melalui link berikut ;
Tingkatan 1 : http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Tingkatan 4 : http://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
Tarikh Tutup Permohonan : 8 November 2015
Maklumat Lanjut :
http://bit.ly/1GcJPI1
http://www.mara.gov.my
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pengisian Markah PAJSK Secara Online
Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) secara online kini boleh dibuat di laman berikut : https://pajsk.moe.gov.my/index.php
Untuk guru kelas dan guru matapelajaran PJK, akses menggunakan nama Guru Penolong Kanan Kokurikulum dengan ID (nombor kod sekolah) dan password yang boleh didapati dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah anda.
Walaupun pelajar CN cuma 30 orang, tapi disebabkan kena isi satu-satu yang menjadikan ia agak leceh. Berita baik pulak, setakat ini Sistem PAJSK ini masih laju dan tiada masalah ketika key in markah. Jadi gunakan kesempatan cuti jerebu ini untuk key in markah sebelum ia menjadi lembab seperti ciput ! Hehehe
Pengisian markah online PAJSK di SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Friend VS Bestfriend
Betul sangat-sangat !
Inilah perbezaan antara kawan & kawan baik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cendol Sedap Di Telok Panglima Garang
Jangan tak tahu, selain cendol Banting yang glamer tu, Telok Panglima Garang pun ada juga cendol yang sedap. Berdekatan dengan SJKC Peng Ming selepas traffic light menghala ke Banting. Sebelah kedai cermin mata je.
Apa yang menarik di sini, disebabkan cuaca jerebu yang teruk, CN dan Encik Suami order drivethru je dan makan di dalam kereta ! Fuh ! Heaven makan cendol di tempat beraicond pada harga RM1.50 semangkuk.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lukisan 3D
Pergh ! Memang tergamam CN melihat video cara untuk melukis lukisan 3D ini. Memang salute kepada mereka yang sangat kreatif ini. Kalau lukisan ini dibuat semasa pihak nazir datang ke sekolah, mau pengsan nazir tu tengok ular ni gamaknya ye ! Hehe
Lukisan 3D ular yang real
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Laman Ping Terbaik Pilihan CN
Ping entry merupakan salah satu cara untuk meningkatkan UV (unique visitor) blog. Kenapa perlu UV tinggi? Hah ! Jika anda yang menjadikan blog sebagai medium untuk pendapatan sampingan, UV yang tinggi amat penting untuk menjana pendapatan daripada medium pengiklanan seperti Google Adsense.
Semasa musim PT3 sahaja, UV blog CN mencecah ratusan ribu dan sudah tentu menjana pendapatan untuk Google Adsense. Alhamdulillah, CN pernah mencapai USD10 dalam masa sehari semasa musim PT3. Tapi masa musim tu jela. Sekarang ni cuma mampu mendapat sehari USD0.50 ! Hehehe
Okay, sambung cerita tentang ping entry. Disini CN kongsikan 7 laman ping terbaik pilihan CN. Ini adalah pendapat peribadi CN sahaja. Jika anda rasakan tidak, terpulang kepada anda.
1. Babap.Net
: Laman ping terbaik Malaysia yang menyumbang UV tertinggi dalam blog CN
2. Ping My URL
: Sudah lama CN gunakan laman ping ni. Memang best.
3. Pingler
: Antara laman ping yang popular di kalangan blogger Malaysa
4. Ping My Blog
: Memberitahu semua major blog direktori yang blog anda telah dikemaskini
5. Ping-O-Matic
: Memberi perkhidmatan kepada beberapa enjin pencari bahawa blog anda telah dikemaskini6. GooglePing
: Salah satu laman yang mempunyai ranking yang tinggi dan mudah digunakan7. Bulk Ping
: Sebuah auto mass ping yang unik untuk mempromosi blog anda
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Permohonan Online ke Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2016
Permohonan secara online ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional boleh dibuat di laman web https://sptv.moe.gov.my/ sebelum 20 Disember 2015.
Selain itu, pemohon juga boleh hadir ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik berhampiran untuk mendapatkan maklumat.
Makluman :
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Sebarang masalah dengan sistem APDM hendaklah berurusan dengan Guru Tingkatan masing-masing
Semoga berjaya !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Daging Bakar
Tekak ibu mengandung 16 minggu ini tiba-tiba teringin nak makan daging bakar. Kebetulan daging korban hari itu masih ada lagi. Jadi lajulah tangan ini memasak daging bakar bersama sambal pencicah yang pedas berasap. CN saja buat pedas-pedas supaya tahan lama untuk makan malam sekali, sekali masa lunch dah habis daaa.
Untuk daging bakar pula, CN saja perap sekali banyak. Nanti senang bila nak masak lagi dah ada daging perap. Daging perap ni, lagi lama diperap lagi sedap tau ! Ok, jom cuba resepi mudah dari CN ini.
Resepi Daging Bakar Sedap & Sambal Pencicah Pedas Berasap
Bahan-bahan Daging Bakar
1. Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
2. Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit lada hitam
6. Sedikit garam
Cara-caranya :
1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.
3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.
5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali non stik. CN guna kuali ajaib je, sangat mudah.
Bahan-bahan Sambal Pencicah Pedas Berasap
1. Cili padi segenggam tangan anda. Bergantung kepada tahap kepedasan yang anda mahu. Kalau CN lagi pedas lagi best !
2. Bawang putih 2 ulas
3. Bawang merah 7-8 ulas
4. Limau kasturi 3-4 biji (ikut citarasa memasing)
5. Sedikit belacan
6. Gula
7. Garam
Cara-caranya :
1. Belacan, cili padi, bawang putih dan bawang merah digoreng tanpa minyak di dalam kuali
2. Tumbuk bahan-bahan yang digoreng tadi di dalam lesung batu sehigga lumat.
3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
4. Perahkan limau kasturi ke dalam mangkuk tersebut bersama sedikit garam dan gula. Ikut citarasa anda. Nak masam sedikit lebihkan limau kasturi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~