Alhamdulillah, sekejab je sudah 27 Ramadhan. Rasa sekejab sangat Ramadhan kali ini. Walaupun tak dapat balik ke kampung raya ni, CN dah redha. Ada hikmah di sebalik semua ni. Lagi pun CN sendiri tak yakin diri & keluarga bebas dari Covid, risau membawa kluster ke kampung pula.
Tak apa lah, raya kali ini pun masih bervideo call macam raya tahun lepas. InsyaAllah, ibu di kampung memahami. Semoga semuanya baik2 sahaja di kampung.
Cuma kali ini CN ingin berkongsi berita gembira dengan pembaca semua sempena 27 Ramadhan ni. Alhamdulillah, CN mengandung.
Rezeki 27 Ramadhan |
Tidak merancang, namun tidak menolak. Rezeki 27 Ramadhan, Irfan & Dhia akan mendapat adik. Agak terkejut tapi tidak pelik sebab memang berlaku pelbagai perubahan dalam hidup kebelakangan ni.
1. Dhia Zahra semakin mengada-ngada, attention seeker. Rupa-rupanya nak dapat adik.
2. CN demam. Rupanya demam baru mengandung 😅
3. Rasa menyampah dengan Encik Suami. Pembawakan yang sama masa mengandungkan Irfan dulu. Alahai lah...
4. Suka tengok video baby, terbayang bau baby yang sedap tu.
5. Asyik nak makan pasta! Sama macam mengandungkan Irfan dulu, terlalu suka kan pasta.
Doakan CN dan baby ye pembaca semua. Lama tak preggy ni, rasa kekok! Hehehe..
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~