Da Men Mall USJ | Mall dengan icon matahari yang terletak di USJ ini tersergam indah bersebelahan dengan Summit USJ. Reka bentuknya agak menarik & terdapat pelbagai tarikan disini. Antaranya sudah tentu Book Xcess Fair & Discover A Taste Of Malaysia yang giat berlangsung sekarang.
Bestnya Book Xcess Fair di Da Men Mall USJ |
Book Xcess Fair di Da Men Mall USJ
Sempena meraikan sambutan ulangtahun ke 13 tahun Book Xcess, anda kini berpeluang untuk membeli pelbagai buku, komik, permainan educational dan macam-macam lagi dengan diskaun sehingga 80%!
Ada banyak pilihan sampai pening kepala nak pilih tau. Best sangat! |
Book Xcess Fair ini bermula dari 8 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020. Best sangat duk shopping buku dan permainan untuk anak-anak.
CN suka sangat Book Xcess ni sebab dekorasinya memang cantik. Sesuai untuk kaki bergambar macam weoulss |
Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli Book Xcess dan anda boleh mendapat pelbagai diskaun & tawaran menarik khas buat ahli Book Xcess.
Excited budak-budak ni sampai ikut ke kaunter. Tak sabar nak ambil barang dorang lah tu. |
Muka happy dengan barang masing-masing |
Oh ya, anda juga berpeluang untuk mendapatkan Goodie Bag Percuma* jika mendaftar sebagai 200 ahli yang pertama. Daftar lah terus untuk mendapatkan pelbagai diskaun lain khas buat members!
*Terms and conditions apply.
Rehat kejab ye anak-anak sementara tunggu mama shopping! Hehe |
Mama penat pilih buku. Rehat kejab! |
Muka happy dengan bff dapat shopping buku |
Bayar time! Happy je ek Encik Suami? Hehehe... |
Discover A Taste of Malaysia, macam-macam ada!
Kini sedang berlangsung Discover A Taste of Malaysia sempena kempen Beli Barangan Malaysia sehingga Disember ini di tingkat 4 Da Men Mall. Ada pelbagai produk tempatan seperti Beryls, MyKuali, Childhood Memories dan banyak lagi. Seronok sangat shopping coklat dekat sana sebab ada sale tau.
Antara produk yang dijual di Discover A Taste of Malaysia |
Coklat Beryls kegemaran semua! |
Aneka makanan & minuman di Food Arcade, Da Men Mall USJ
Jika anda haus & lapar setelah sakan shopping di Book Xcess Fair & Discover A Taste Of Malaysia, apa kata rehatkan diri & makan-makan di Food Arcade Da Men Mall.
Cantik kan tempat bergambar di Food Arcade? |
Ada banyak pilihan makanan & minuman yang sedap-sedap sampaikan pening kepala untuk memilih! Hehehe. .
Jadi apa tunggu lagi, jom ke Da Men Mall!
Double date mama & ayah dengan makngah & pakngah. Anak-anak? Dorang tengah sibuk dengan barang shopping masing-masing |
Video Book Xcess Fair di Da Men Mall oleh Cekgu Norazimah
#BookXcess #BX13Years #books #ATasteOfMalaysia #BeliBaranganMalaysia #DaMenUSJ #DaMenUSJ2020
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~