Raya 2018 | OOTD raya kedua CN dan keluarga adalah caca merba. Busana CN dari Haqqi manakala Encik Suami pula ada IzzueXclusive juga dari Haqqi. Dhia Zahra pula kemain bergaya dengan peplum purple dari doudou.my. Raya meriah bila baraan bersama adik beradik CN yang kecoh-kecoh tu. Bila dengan dorang tak sah kalau tak bergambar kan. Jadilah raya kedua meriah dengan pelbagai gambar dengan pelbagai gaya sebab ada tukang ambil gambar ! Hehehe...
Gaya Raya 2018
![]() |
| Macam-macam gaya keluarga kecil CN kan. |
![]() |
| Dhia Zahra ni memang susah nak dapat mood happy bila bergambar |
![]() |
| Bila CN sorang je bergaya macam ni lah rupanya |
![]() |
| Hai, saya CN mak anak dua |
Photoshoot raya di tangga kayu
![]() |
| Sudah tentu tempat wajib bergambar raya di tangga kayu umah atuk |
![]() |
| Gaya raya 2018 |
![]() |
| Opah pun taknak kalah turut sporting bergambar bersama cucu-cucu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
OOTD raya 2018 bersama sepupu | Antara koleksi gambar raya yang menjadi kegemaran CN adalah gambar Irfan & Dhia bersama sepupu mereka Aqila & Afiq. Comel sangat dengan tema maroon purple mereka. Paling kelakar, Dhia Zahra kemain bergaya dengan berkaki ayam.
OOTD Raya 2018
![]() |
| Gambar paling sweet, Irfan & Aqila kemain bergaya macam couple. Sedangkan Afiq & Dhia sengih semacam seronok kaco abang & kakak bergambar. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
OOTD dengan busana dari Pasar Kemboja | Hah, saja nak cerita. Busana maroon purple yang CN pakai pada hari raya pertama ni cuma berharga RM50 sahaja. CN beli di Pasar Kemboja Parit Buntar. Memang murah tapi selesa tau. Material kain ni pun best. Next time balik kampung confirm nak shoping lagi di Pasar Kemboja Parit Buntar.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Raya 2018 | Salam Aidilfitri dari CN & keluarga khas buat semua pembaca www.cekgunorazimah.com yang tersayang. Terima kasih kerana sentiasa membaca artikel-artikel perkongsian CN di blog ini. Sesunguhnya tanpa anda pembaca tersayang, tiada apa pada blog picisan ini. Disini CN ingin memohon seribu kemaafan andainya penulisan CN ada mengguris hati anda. Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datang dari diri CN sendiri. Sempena Aidilfitri yang mulia ini, sama-sama lah kita saling bermafan.
Ok, apa tema #Raya2018 anda? CN maroon purple uolss.
Ok, apa tema #Raya2018 anda? CN maroon purple uolss.
![]() |
| Raya 2018 dengan tema maroon purple |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
7 cara jimat minyak memandu jauh | Minyak owh minyak. Stress kot bila fikir harga minyak. Redha je bayar. Jika dulu diesel la paling murah, tapi sekarang dah sama dengan petrol. Disebabkan nak jimat minyak sebab kampung CN jauh nun di utara, CN cuba beberapa cara & ianya berkesan. Ok, disini CN kongsikan 7 cara jimat minyak memandu jauh. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang akan balik kampung tu. Hati-hati memandu.
1. Rancang perjalanan
Ini paling penting kerana ketika musim cuti perayaan, highway jammed teruk. Bila jammed, sudah tentu minyak banyak digunakan. Periksa laporan trafik supaya anda dapat mengelakkan kesesakan trafik seterusnya dapat menjimatkan minyak. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh dengan kesesakan trafik.
2. Isi minyak full tank
Untuk perjalanan jauh, pastikan tangki minyak penuh untuk mengurangkan ruang udara. Minyak yang bercampur dengan udara akan cepat terbakar.
3. Masa mengisi minyak
Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk. Ini kerana minyak adalah cecair yang cepat meruap pada waktu panas.
4. Kekalkan kelajuan
Antara cara jimat minyak yang selalu Encik Suami lakukan adalah kekalkan kelajuan. Almaklumlah, perjalanan ke utara menempuh banyak laluan berbukit. Elakkan menekan lagi pedal minyak ketika jalan mendaki, jika kenderaan masih mampu mendaki. Sentiasa amalkan pemanduan mengikur RPM dan bukan mengikut kelajuan.
5. Ekori belakang kenderaan besar
Jika anda mempunyai skil memandu yang awesome, anda boleh cuba mengekori kenderaan besar di belakang. Ini kerana, apabila rintangan udara (aerodinamik) dapat dikurangkan, ia juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.
6. Minimumkan berat muatan
Untuk perjalanan jauh, kurangkan muatan kereta untuk menjimatkan penggunaan minyak. Disini, cuba check bonet kereta anda. Pastikan barang-barang yang tidak diperlukan dikeluarkan dari kereta ye.
7. Tutup tingkap kereta ketika memandu
Anda boleh jimat sehingga 10% dengan menutup tingkap ketika memandu. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik. Bendera yang digantung pada kereta pun harus dicabut untuk menjimatkan minyak.
![]() |
| 7 Cara Jimat Minyak Memandu Jauh |
Tips Jimat Minyak Memandu Jauh
1. Rancang perjalanan
Ini paling penting kerana ketika musim cuti perayaan, highway jammed teruk. Bila jammed, sudah tentu minyak banyak digunakan. Periksa laporan trafik supaya anda dapat mengelakkan kesesakan trafik seterusnya dapat menjimatkan minyak. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh dengan kesesakan trafik.
2. Isi minyak full tank
Untuk perjalanan jauh, pastikan tangki minyak penuh untuk mengurangkan ruang udara. Minyak yang bercampur dengan udara akan cepat terbakar.
3. Masa mengisi minyak
Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk. Ini kerana minyak adalah cecair yang cepat meruap pada waktu panas.
4. Kekalkan kelajuan
Antara cara jimat minyak yang selalu Encik Suami lakukan adalah kekalkan kelajuan. Almaklumlah, perjalanan ke utara menempuh banyak laluan berbukit. Elakkan menekan lagi pedal minyak ketika jalan mendaki, jika kenderaan masih mampu mendaki. Sentiasa amalkan pemanduan mengikur RPM dan bukan mengikut kelajuan.
5. Ekori belakang kenderaan besar
Jika anda mempunyai skil memandu yang awesome, anda boleh cuba mengekori kenderaan besar di belakang. Ini kerana, apabila rintangan udara (aerodinamik) dapat dikurangkan, ia juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.
6. Minimumkan berat muatan
Untuk perjalanan jauh, kurangkan muatan kereta untuk menjimatkan penggunaan minyak. Disini, cuba check bonet kereta anda. Pastikan barang-barang yang tidak diperlukan dikeluarkan dari kereta ye.
7. Tutup tingkap kereta ketika memandu
Anda boleh jimat sehingga 10% dengan menutup tingkap ketika memandu. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik. Bendera yang digantung pada kereta pun harus dicabut untuk menjimatkan minyak.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam Aidilfitri | Alhamdulillah, hari ini umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri. CN dengan rasa rendah diri memohon maaf jika tulisan CN di cekgunorazimah.com serta media social milik CN ada mengguris hati anda yang membacanya. Sesungguhnya yang buruk adalah dari diri CN sendiri. Sama-sama kita saling bermaafan untuk kehidupan yang lebih harmoni.
Salam Aidilfitri dari cekgunorazimah.com
![]() |
| Salam Aidilfitri dari cekgunorazimah.com |
~ Salam Aidilfitri dari cekgunorazimah.com ~
Peraduan Ramadhan Lifebuoy | Anda pengguna sabun mandian atau pencuci tangan Lifebuoy? Jom ramai-ramai sertai Peraduan Ramadhan Lifebuoy & berpeluang untuk menang Baucer Emas Habib bernilai RM100,000 ! Hanya beli produk Lifebuoy sekurang-kurangnya RM20 & anda berpeluang menangi hadiah mingguan serta hadiah utama bernilai RM100,000. Peraduan Ramadhan Lifebuoy ini bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2018.
![]() |
| Peraduan Ramadhan Lifebuoy |
Langkah-langkah menyertai Peraduan Ramadhan Lifebuoy
Langlah 1 : Beli produk Lifebuoy bernilai RM20 dan ke atas
Langlah 2 : Ambil gambar resit pembelian Lifebuoy
Langlah 3 : Hantar melalui aplikasi Whatsapp ke 011-26292160
Langlah 2 : Ambil gambar resit pembelian Lifebuoy
Langlah 3 : Hantar melalui aplikasi Whatsapp ke 011-26292160
![]() |
| Cara-cara penyertaan Peraduan Ramadhan Lifebuoy |
CN dah shoping sabun mandi Lifebuoy ni, tazabar nak join ! Doakan CN menang ye ;)
Maklumat lanjut di http://ramadhanlifebuoy.ulmcontest.com.
“Lifebuoy jenama cecair mandian badan kegemaranku, sentiasa melindungi diri dan keluargaku dari kuman 😉"
Maklumat lanjut di http://ramadhanlifebuoy.ulmcontest.com.
![]() |
| Barangan mandian Lifebuoy |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi kek butter | Kalau tiba hari raya, memang tak sah jika CN tak membakar kek butter gebu. Senang sangat buat kek butter gebu ni, lagi-lagi menggunakan sukatan cawan, semudah A, B, C tau! Apa kata anda cuba resepi kek butter sukatan cawan dari CN ni, confirm jadi hokay ;)
![]() |
| Resepi kek butter |
Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan
Bahan-bahan membuat kek butter pelangi
3 biji telur
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
![]() |
| Rupa kek butter pelangi sebelum dibakar versi warna-warni |
Cara membuat kek butter pelangi
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi biskut coklat rice sukatan cawan | Saban tahun CN merupakan pelanggan setia biskut coklat rice maksu adik ipar CN. Disebabkan tahun ini ekonomi keluarga tidak berapa baik, CN cuba untuk membuat sendiri biskut coklat rice sukatan cawan ini dan rasanya pergh, macam orang duk jual tu hokay. Biasanya 50 biji biskut coklat rice orang jual RM23 paling murah, ni ikut satu aduan resepi biskut coklat rice boleh dapat dalam 100 lebih biji. Kos? Sudah tentu murah gituw.
![]() |
| Biskut coklat rice sebelum dibakar |
Resepi Biskut Coklat Rice
Bahan membuat biskut coklat rice
>> 1 cawan planta atau 250g
>> 3/4 cawan gula halus
>> 1 biji telur kuning
>> ½ cawan serbuk koko
>> 1 cawan tepung jagung
>> 2 ½ cawan tepung gandum
Bahan hiasan
>> putih telur
>> coklat rice
![]() |
| Hasil biskut coklat setelah dibakar |
Cara membuat biskut coklat rice
>> pukul planta + gula halus (CN guna senduk kayu je)
>> masukkan telur kuning (pukul sekejap)
>> masukkan serbuk koko & gaul bagi sebati.
>> masukkan tepung jagung (gaul sebati)
>> last, masukkan tepung gandum 2 cawan dulu, Klu adunan lembik, baru masukkan balance tadi.
(pastikan adunan tidak terlalu lembik & tidak trlalu keras
>> terapkan adunan mengikut citarasa anda
>> tekan sikit bahagian tengah biskut & sapukan putih telur. Kemudian taburkan coklat rice.
>> bakar pada suhu 170c selama 30 minit api atas bwh ikut oven masing-masing
Selamat mencuba resepi ringkas biskut coklat rice ini !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
tips rumahtangga
Kenapa isteri yang baik lemah lembut berubah menjadi isteri yang garang & kuat marah?
June 12, 2018
Perkongsian Ustaz Ebit Lew, kenapa isteri yang baik lemah lembut berubah menjadi isteri yang garang dan kuat marah.
Kenapa isteri berubah?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi biskut 3 bahan | Seronoknya cuti sekolah ni kan? Ada pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama anak-anak. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama anak-anak adalah membuat biskut atau cookies. Si kecil memang suka rekacipta biskut-biskut ni. Lagi-lagi part menghias biskut tu. Memang kusyuk je budak-budak ni buat. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca resepi biskut 3 bahan yang dikongsi oleh Ana Sue. Kredit gambar kepada beliau kerana hasil biskut CN tidak cantik disebabkan oleh tangan CN yang keras serta anak-anak yang mem'bantu'. Cukuplah biskut tu boleh dimakan dalam sekelip mata ! Hehehe..
Resepi Biskut 3 Bahan
![]() |
| Biskut 3 bahan oleh Ana Sue |
Bahan-bahan membuat biskut 3 bahan
>> 2 cawan tepung jagung
>> 4 sudu susu pekat
>> 2 sudu butter
Cara membuat biskut 3 bahan
>> Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
>> Bulat-bulatkan kecil dan tekan pakai garpu
>> Hias biskut mengikut citarasa sendiri
>> Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit.
Siap sudah biskut 3 bahan ! Selamat mencuba !
![]() |
| Biskut 3 bahan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alavie Total Reverse | Manggis merupakan buah tempatan yang kaya dengan antioksida yang sememangnya berkesan untuk melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, manggis juga kaya dengan dengan vitamin dan mineral seperti fibers, kalium, besi, kalsium, vitamin B1, B2, B6 dan vitamin C. Selain itu, manggis juga mengandungi Xanthones yang membantu sistem pertahanan badan. Hi-Beau Malaysia mengambil inisiatif menghasilkan Alavie Total Reverse yang mengandungi khasiat manggis untuk kekal muda luar dan dalam.
![]() |
| Rasai khasiat manggis dalam Alavie Total Reverse |
Alavie Total Reserve - Produk anti penuaan yang pertama di Asia Tenggara
Bila makin berusia, pelbagai masalah dalaman dan luaran muncul. CN sendiri bila menginjak ke 30-an sering berasa penat, kulit kusam dan kedut-kedut halus mula muncul pada muka serta pelbagai masalah lain yang timbul akibat faktor umur yang semakin meningkat. Suplemen amat penting pada umur begini untuk kekal cergas dan cantik luar serta dalam. Jadi CN telah memilih Alavie Total Reserve sebagai suplemen harian CN.
![]() |
| Alavie Total Reverse |
Khasiat Alavie Total Reverse
Alavie Total Reverse merupakan suplemen anti-penuaan, anti-oksidasi & anti-glycation yang berkesan dalam masa 20 hari jika diambil secara konsisten. Ia merupakan cecair campuran beri dengan manggis yang sedap dan boleh diminum begitu sahaja!
Antara khasiat Alavie Total Reverse yang mesti anda tahu adalah
>> anti penuaan kulit pramatang
>> anti sinaran UV
>> menegangkan kulit kendur
>> mencerahkan kulit
>> menghidratkan kulit kering
>> menghilangkan kedutan wajah
![]() |
| Pelbagai khasiat dalam Alavie Total Reverse |
Antara khasiat Alavie Total Reverse yang mesti anda tahu adalah
>> anti penuaan kulit pramatang
>> anti sinaran UV
>> menegangkan kulit kendur
>> mencerahkan kulit
>> menghidratkan kulit kering
>> menghilangkan kedutan wajah
![]() |
| Jom cantik & muda dengan Alavie Total Reverse. |
Berminat untuk mendapatkan Alavie Total Reverse
Anda boleh membeli Alavie Total Reverse di Lazada << https://bit.ly/2G9VrMJ >>. Di Lazada ada promosi sekotak Alavie Total Reserve cuma berharga RM159 berbanding harga biasa iaitu RM219. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan diskaun RM10 dengan memasukkan kod <<ALAVIETR10>> ketika membuat pembayaran. Tawaran ini sah dari 1 hingga 30 Jun 2018 sahaja ! Cepat sebelum kehabisan stok ye.
![]() |
| Dapatkan harga menarik di Lazada |
Untuk promosi dan maklumat lanjut layari Facebook Hi-Beau Malaysia.
#hibeaumalaysia #Alavie #AlavieTotalReverse #1stAgeReversingMangosteenLiquidGelInSoutheastAsia #TripleReverseAction #AntiGlycation #AntiOxidant #AntiAging #Solve6problemsin1solution #Reduce wrinkles #Reduceagespots #Reduceblemishes #Firmsaggingskin #Preventprematureaging #Improvedryskin #Brightendullskin #AntiUVrays
#hibeaumalaysia #Alavie #AlavieTotalReverse #1stAgeReversingMangosteenLiquidGelInSoutheastAsia #TripleReverseAction #AntiGlycation #AntiOxidant #AntiAging #Solve6problemsin1solution #Reduce wrinkles #Reduceagespots #Reduceblemishes #Firmsaggingskin #Preventprematureaging #Improvedryskin #Brightendullskin #AntiUVrays
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bagaimana untuk minum 8 gelas air di bulan puasa | Semua orang bersetuju dengan kepentingan air kosong kepada tubuh manusia. Bulan puasa menuntut umat Islam agar menahan lapar dan dahaga sepanjang waktu siang, bermula Subuh hingga Maghrib iaitu kira-kira 13 jam sehari selama 30 hari. Oleh sebab itu, kita perlu bijak mengatur disiplin agar tubuh badan kita tidak terdehidrasi kerana kurang air. Tips daripada KKM ini boleh membantu kita untuk mencukupkan 8 gelas air sehari walaupun berpuasa selama sebulan ! Jom minum 8 gelas air di bulan puasa untuk tubuh yang sihat.
![]() |
| 8 Gelas Air Di Bulan Puasa |
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
KÄRCHER Challenge | Rumah yang ada anak kecil ni jangan harap la sentiasa berkilat. Lagi-lagi si Dhia Zahra yang suka sangat tumpahkan air & makan berterabur. Kan seronok kalau ada floor cleaner yang boleh bersihkan lantai sekaligus kilatkan lantai. Jumaat lepas CN ke HomePro IOI City Mall, CN dah try guna Floor Cleaner jenama KÄRCHER. Serius wei, best betul guna benda ni. Bukan sahaja lantai bersih, pakej berkilat gituw. Teringin nak ada 1 Floor Cleaner KÄRCHER ni, jadi CN dah daftar untuk KÄRCHER CHALLENGE >> MAKE IMPOSSIBLE CLEANING POSSIBLE di IOI City Mall pada 15 Julai nanti. Doakan CN menang ye.
![]() |
| KÄRCHER CHALLENGE - MAKE IMPOSSIBLE CLEANING POSSIBLE |
Pelbagai produk KÄRCHER yang mesti ada di setiap rumah
Jenama KÄRCHER memang tidak perlu diperkenalkan lagi, jenama yang established ini terkenal dengan produknya yang semakin 'power' seperti Hard Floor Cleaner FC 5 yang berharga RM1508. Jatuh cinta hokay selepas kali pertama menggunakannya !
![]() |
| CN bersama Hard Floor Cleaner FC 5 |
Selain itu, CN tersuka pulak dengan High Pressure Washer K5 Premium Full Control (RM1885) yang macam magic ! Zap zap dah bersih ! Bestnya kalau Encik Suami belikan untuk CN. Membersihkan rumah bukan lagi masalah besar bagi CN gituw.
![]() |
| Jom join KÄRCHER CHALLENGE |
Menangi duit tunai, produk KÄRCHER & tiket wayang
Kenapa anda mesti sertai KÄRCHER Challenge ini? Hah, selain berpeluang menangi produk KÄRCHER yang awesome tu, anda juga berpeluang untuk menangi duit tunai sehingga RM60,000 dan lebih 1000 tiket wayang untuk dimenangi !
Bagaimana untuk sertai KÄRCHER Challenge?
Langkah 1 : Follow https://www.facebook.com/karcher.my/
Langkah 2 : Lengkap borang seperti dibawah & submit. <<BORANG>>
![]() |
| Dua jenis contest >> KÄRCHER Challenge & Mini KÄRCHER Challenge |
Langkah 3 : Peserta akan dimaklumkan sama ada terpilih atau tidak. Jadi stay alert ye.
Langkah 4 : Peserta yang terpilih diminta untuk datang ke ground event yang terdekat dengan alamat yang diberi.
Ground Event >> HomePro Johor, HomePro Penang & HomePro IOI City Mall Putrajaya
Langkah 5 : Pemenang dipilih berdasarkan task yang lengkap di ground event

Untuk maklumat lanjut, klik >> https://www.kaercher.com/my/mission-impossible/karcher-challenge.html
KÄRCHER CHALLENGE - MAKE IMPOSSIBLE CLEANING POSSIBLE
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Biskut sarang semut | Biskut tradisional sememangnya ada pengikut nya yang tersendiri. Lagi-lagi dengan rasanya yang autentik, sudah pasti menjadi kegemaran tetamu yang bertandang ke rumah. CN percaya pasti ramai yang sukakan biskut sarang semut ini kan? Bahan nya seakan bahan membuat biskut semperit, cuma cara membuatnya agak berbeza sedikit. Jom cuba resepi biskut sarang semut yang mudah ini.
Resepi biskut sarang semut
![]() |
| Biskut sarang semut |
Bahan membuat biskut sarang semut
>> 1 cawan majerin (CN suka guna planta sebab lagi wangi)
>> 1 cawan gula halus (kalau mahu kurang manis kurang kan tiga sudu gula)
>> 1 biji kuning telur
>> 1 1/2 cawan tepung kastard
>> 1 3/4 cawan gandum
>> 1 tutup esen vanila
Cara membuat biskut sarang semut
>> Pukul majerin dan gula halus sehingga sebati kemudian masukkan kuning telur. Kacau sebati.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila. Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila. Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


















































